Monday, December 30, 2013

Coming soon....The Dark Vatican





Di sebalik lorong-lorong gelap ke biara-biara bawah tanah...ada rahsia yang tersembunyi.Pedophile...perzinaan sesama biarawan dan biarawati.Penderaan dan kehidupan lesbian para biarawati...ini adalah sisi gelap Vatican.

Sejarah hampir 1000 tahun di mana tapak Saint Peter's Basillica itu adalah bekas kuil dewa matahari adalah kesinambungan secara rahsia kepada adat dan budaya paganisme Eropah.

The Black Mass dan upacara tahbis adalah mengandungi pengertian yang tersembunyi dari sejarah lama penyembahan syaitan di kalangan bangsa Jerman,Frank atau Rom.



MAC INI



Di depan tiang obelisk Saint Peter's Basillica....

MistisFiles akan membawakan kepada anda...



17 Rahsia Domba-domba para Syaitan

dan memberikan kepada anda

KUNCI BERSILANG DARI DEWA JANUS



-Sejarah Kuil Matahari di Bukit Janiculum
-Misteri Saint Peter
-Iblis wanita 'Lady in Red'
-Perjanjian para 'Apostle' dengan syaitan-syaitan
-Ritual Iblis Matahari di altar gereja
-Halaman yang hilang di Secret Archive of Vatican
-Buku asal Book of Devil
-Rahsia Rennes le Chateau yang ditakuti paderi Vatican
-Riwayat Janus dan kaitan dengan ritual misteri 'The Black Mass'
-Apa yang dilihat oleh Saint Peter sebelum disalib?
-Lukisan syaitan di tembok gereja

dan banyak lagi...

Bersediakah anda menerima rahsia Vatican?

Bersediakah anda untuk diancam oleh M16,agensi perisikan yang di-remote oleh para pendeta Jesuit?


MAC INI

The Hidden Secret of Dark Vatican

hanya di MistisFiles dan MistisJournal


-disusun oleh M.O








Wednesday, December 11, 2013

Tidak semua apa yang anda lihat adalah dinamakan 'last realiti'



Kehidupan di dunia ini sebenarnya,benar-benar misteri.Kita bukan berada apa yang dinamakan 'realiti terakhir'.Dalam dunia Fizik sekalipun,saling bersalin realiti fizik dan ini memeningkan saintis,sehingga Euclid,legenda ilmu geometri Barat pernah mengeluh, "Tuhan,mengapa Engkau membina alam semesta begitu sukar difahami?"

Saya M.O dan pengasas laman MistisFiles.Selamat bertemu kembali.

Setelah sekian lama berkelana ketika saya 'bersara' sebentar dari mengendalikan MistisFiles,saya telah memerhatikan bahawa senario dunia berada dalam landasan yang sama seperti apa yang saya jangkakan 10 tahun lepas.

Apa yang kami tulis di dalam MistisFiles,ramai yang melabelnya sebagai salah satu mazhab Teori Konspirasi.Itu yang anda kata.Anda yang labelkan.Pengetahuan rahsia bergantung kepada siapa yang mendekodkan maklumatnya.

Siapa yang ingin belajar sesuatu,dia akan dapat kuncinya.

Saya tidak mahu memberi ucapan panjang-panjang.Sebenarnya ada beberapa pengumuman penting.

MistisFiles kekal untuk Inner Circle.Sebenarnya kami merancang untuk membukanya kembali awal tahun depan.Namun banyak isu yang berbangkit tentang laman itu dan agak merbahaya membiarkan ia mengapung secara terbuka dalam ruang siber.Topik-topik di dalamnya majoritinya adalah berat dan 'mengganggu' sesetengah pihak.

Tambahan pula,Srikandi yang diamanahkan untuk menguruskan laman itu tidak dapat mengawal pembaca dan sepatutnya pembaca dihadkan untuk menempah sehingga bulan 12 sahaja.Namun Srikandi sewenang-wenangnya membiarkan orang ramai menempah akses ke MistisFiles sehingga melebihi tahun ini.Ini melibatkan orang lain yang berurusan dengan beliau dan kami tidak mahu masuk campur dalam masalah beliau.

Packplan akan duduk bawah pengawasan saya.Saya akan jemput para penulis lain untuk kembali menulis.Saya melihat masa depan dunia akan lebih menarik dan menyeronokkan.Ada banyak rahsia yang saya simpan sepanjang 'hiatus'.

Kepada Srikandi,kami ingin menasihatkan supaya anda cepat menyelesaikan masalah para pembaca anda.Jangan asyik ber-facebook sahaja.Kesibukan di universiti bukan alasan untuk melewat-lewatkan kerja-kerja editor semua artikel MistisFiles.Kami tahu anda mengupah freelancer untuk buat kerja-kerja yang sepatutnya dibuat sendiri oleh anda,namun anda nampaknya tidak pandai mendisiplinkan freelancer-freelancer anda itu.

Cuti seminggu selepas tugas di Kedah sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan masalah Inner Circle anda.Bukan berdating di Genting.Maaf,kami tidak tahu bagaimana lagi untuk mendisiplinkan anda.You are genius,I admit it,but please grow up.

-M.O
area13


Sunday, December 8, 2013

Jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur



Jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur





Dalam pesanan ringkas ini,saya ingin memberitahu anda dan diri saya sendiri beberapa perkara.Sekiranya kita tidak mampu berkelakuan baik,sekurang-kurangnya harta dan diri kita tidak menyusahkan orang lain.Jika mengalihkan halangan di jalan merupakan tanda iman yang terendah dari 70 bahagian iman,tidak sepatutmya kita menjadikan diri dan harta kita sebagai halangan itu sendiri.Kita menjadi batu-batu,duri-duri atau tunggul-tunggul kayu yang menghalang laluan orang ramai semata-mata atas nama demokrasi penipu ciptaan penyembah-penyembah patung dan dunia.

Apa yang dikejarkan?Supaya makhluk yang mengendalikan pilihanraya menjadi 'bersih'.Ini samalah seperti berharap dan memprotes kepada Bank Dunia atau IMF supaya menjadi 'bersih';jangan mengambil bunga ketika urusniaga kewangan mereka.Jika anda bermain dalam sistem demokrasi,anda kena bersedia untuk ditipu.Ini kerana dewa-dewi penyembah demokrasi adalah UNDI,UNDI dan UNDI.Undi banyak anda menang.Undi sikit anda kalah.Samalah dengan permainan nombor ekor.Nombor anda kena,anda dapat untung.Nombor tak kena,anda rugi.Jadi atas maksud itulah,pihak-pihak yang bermain dalam sistem ini akan berpakat secara senyap untuk mengambil faham Machiavelli;matlamat menghalalkan cara.Siapa yang berlagak jujur amanah dalam permainan demokrasi akan kalah.Pihak yang pandai memastikan ia mendapat undi terbanyak,dia akan menang walaupun menipu.Dalam sistem ini,undilah yang menentukan untung nasib anda.Menentukan sama ada anda mampu menjadi kaya dan berpangkat atau jatuh terduduk.

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Wanita muslimah tidak ada keperluan untuk berpekik terlolong menonjolkan diri di hadapan bukan muhrim.Berjuang berdemostrasi bukanlah tugas yang diamanahkan oleh Nabi s.a.w kepada wanita muslimah.Menentang orang Islam yang 'zalim' secara berpekik terlolong di jalan tidak membuahkan apa-apa pahala kepada 'wanita muslimah' itu.Malah membuahkan dosa kerana mendedahkan aurat,mempamerkan tubuh badan di hadapan bukan muhrim dan mendayuskan para suami secara automatik.Jika inginkan pahala,hanya ada dua cara sahaja untuk wanita muslimah yang sudah berkahwin,iaitu taat perintah Allah s.w.t dan taat perintah suami.Wanita yang pertama masuk ke syurga bukan 'muslimah' yang terpekik terlolong di jalanan,tetapi seorang yang menyediakan rotan dan air menunggu kepulangan suami sehingga anak Nabi s.a.w,Fatimah Az-Zahra r.anha begitu kagum dengan sifat wanita muslimah itu.Dan wanita mulia itu sudah pasti tidak menghinakan diri sendiri berdemonstrasi di tengah padang pasir.Para suami menjadi dayus secara automatik kerana mengizinkan isterinya keluar mempamerkan tubuh badan,tambahan pula ketika panas terik,dan keringat di tubuh mereka menyebabkan baju yang mereka pakai basah dan anda lebih memahami situasi yang berlaku.Keperluan para wanita ialah menguruskan rumahtangga,menjaga harta suami.Menentang kezaliman bukanlah tugas afdal mereka.Nampak,sistem demokrasi telah berjaya mengeluarkan wanita-wanita 'muslimah' yang bertudung litup supaya beraksi di khalayak ramai tanpa segan silu.Para Sahabat r.a,orang-orang mukmin dan soleh berusaha menyembunyikan isteri dan anak perempuan mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim di rumah-rumah mereka,namun lelaki-lelaki soleh di zaman kerosakan umat kini membiarkan anak gadis mereka,isteri mereka terkinja-kinja di hadapan orang ramai.Keluar mencari rezeki sesuap nasi itu cerita lain,namun memang tiada keperluan langsung wanita yang menganggap dirinya lebih muslimah dari artis-artis majalah,menghinakan diri mereka sendiri di jalanan.

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Menjadi halangan di jalan yang digunakan orang ramai adalah sesuatu yang menyedihkan.Sepatutnya kita menggunakan diri kita dan harta kita untuk menyenangkan orang ramai atau menggunakannya untuk mengalihkan halangan dari menyusahkan orang ramai.Kita bukan sahaja tidak mengalihkan halangan malah menjadi halangan itu sendiri;asbab kita orang ramai menjadi susah.Banyak jalan ditutup dan para peniaga tidak dapat berniaga.Berapa banyak sumpahan dan kutukan dari makhluk-makhluk Tuhan yang berasa marah kerana periuk nasi mereka terjejas.Tidak ada keperluan langsung orang Islam berkumpul beramai-ramai terpekik terlolong seperti dirasuk hantu,semata-mata marahkan orang Islam lain.Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a di sepanjang hayat mereka tidak pernah berdemontrasi untuk menuntut keadilan.Nabi s.a.w menegakkan Hukum Hudud dengan dakwah,bukan dengan tunjuk perasaan.Sebelum negara Islam Madinah ditegakkan,Nabi s.a.w berdakwah kepada penduduk Madinah terlebih dahulu sehingga mereka memeluk Islam.Selepas semua faham Islam,baru hukum Islam tertegak.Nabi s.a.w tidak payah terpekik terlolong di tengah-tengah jalan kota Mekah atau Madinah untuk menuntut keadilan dari kaum Musyrikin.Buatlah 1000 tunjuk perasaan sekalipun,selagi anda tidak berdoa dan berdakwah,anda akan GAGAL SELAMA-LAMANYA.

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Caranya amat mudah.Anda mesti berdoa untuk saudara SeIslam anda.Bangun di tengah malam dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla yang memegang hati-hati manusia supaya orang yang anda marahkan itu diberi hidayat untuk sembah Pencipta dirinya sendiri,isterinya dan anak perempuannya mudah tutup aurat dan anak lelakinya menjadi pemuda soleh.Anda tidak boleh membenci dia sampai mati.Anda mesti berdakwah kepadanya tentang kebesaran Allah s.w.t dan keagungan Islam.Anda tidak ada hak membenci orang itu,kerana di dalam hatinya ada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah walaupun imannya sebesar zarah,dia masih di dalam pengampunan dan rahmat Tuhan walaupun dosanya sebesar Gunung Everest.Ini tidak,nak berdakwah pun tak nak,berdoa pun taknak,kerut dahi pun tidak ada malah membenci saudara SeIslam sendiri bagaikan anjing kurap di tepi timbunan sampah berdekatan loji kumbahan.Seburuk-buruk dia,kakinya masih gagah menghadirkan diri di Perhimpunan Umat Islam di Sepang 3 tahun yang lalu.SEburuk-buruk dia,tangannya masih mahu bersalam dengan para ulama.Jika dia ditipu dunia,mana perginya tok-tok guru dan ustaz,supaya memanjatkan doa hidayat kepadanya?

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Pesanan ini bukannya mahu mengajar sesiapa,tetapi mahu mengajar diri saya sendiri betapa orang yang belajar ilmu agama boleh juga ditipu oleh dunia sebagaimana orang yang bencikan agama.Iblis syaitan tidak pernah kehabisan idea.Melalui demokrasi,Iblis syaitan mampu mengeluarkan wanita yang sebelumnya berlagak muslimah dari rumah-rumah dan hijab-hijab mereka ke jalanan,bercampur dengan lelaki bukan muhrim,terpekik terlolong dan beraksi di khalayak ramai.Tok-tok guru menjadi bisu atas nama demokrasi dan mereka berjaya meletakkan diri mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan para sekularis dan penyembah dunia.Ilmu-ilmu agama atas kertas yang dipelajari dari Tanah Arab,India dan merata dunia tidak mampu menyelamatkan mereka dari ditipu sistem demokrasi yang mentarbiah mereka supaya raih seberapa banyak undi untuk menang,bila kalah buat tunjuk perasaan.Mereka menari dengan khusyuk bersama-sama para sekularis dengan gendang yang dipalu demokrasi.Nampak di sini pengetahuan agama tidak cukup,jika faham sekalipun,anda tidak mengamalkannya...anda akan hanyut dibawa arus kekeliruan.Demokrasi telah mengelirukan mereka semua.Saya telah melihat semua ini dari atas pagar ini dan memikirkan jika saya masuk bermain di dalam sistem keparat ini,saya juga akan dibaham ikan 'Jaws'.

Semua pihak harus pandai memahami bahaya di atas papan catur.Jika anda tidak tahu bermain,anda boleh menjadi penonton sahaja.Jika anda tahu bermain,anda MESTI menjadi pencatur,bukan yang dicaturkan.Tetapi,jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur.




3.19 a.m, Bugis Street.

Sebenarnya,kita semua sedang dicaturkan






"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)





Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO,tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO,kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung.Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme.Apa kata Sosialisme?Memiliknegarakan kekayaan.Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan?Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta.Secara teori,kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi.Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini?Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme,demokrasi juga adalah utopia.Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO adalah parti yang perlu anda undi.Atau UMNO adalah parti syaitan manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi,anda akan dijamin masuk syurga.Tidak,saya tidak mengatakan begitu.Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul.Jika anda tidak mahu bersatu,tidak mengapa.Berpecahlah,apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove.Cuma yang saya fikirkan,ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa,anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang.Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan,apakah yang boleh mereka lakukan?Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja,adakah nasib mereka akan terbela?Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela,kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan PAS itu betul,jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat.Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim.Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam,menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah,maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini.Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu.Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla.Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi',anda telah membuat satu pekerjaan yang gila.Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya.Demokrasi adalah sistem yang cacat.Demokrasi adalah TONG TAHI.Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru.INI SALAH.Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih.INI SALAH.Pilihanraya tidak akan selamanya bersih.Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif.Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR,beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau,dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya.Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam mengajarkan sistem politik,ekonomi dan sistem sosial manusia.Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara.Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran,pajak gadai dan sebagainya,namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi.Pernah dengar Mudharabah?Ar-Rahnu?Bank Islam?Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya.Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam.Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik,bagaimana menguruskan negara,namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan.Undang-undang,kuasa mahkamah,kuasa eksekutif,sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah.Hukum Hudud,Qisas,Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini.Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini?Di sebabkan Jesus tidak pernah mengajar sistem kenegaraan kepada pengikutnya maka penganut Kristian 'terpaksa' menurut sistem ciptaan manusia.Itulah demokrasi.Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri,yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla,namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi,ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO adalah betul jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam.Namun mereka mengikut sistem sekular.Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam,maka mereka masih mahu menyuburkan Islam.UMNO masih terpenjara dalam sistem penjajah.Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi.Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain.Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA.Dibersihkan dari apa?

DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar.Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar.Mengapa?Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar.Apa kenyataan sebenar itu?

Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus.

Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason,Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam.Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft,yang menjadi anutan elit-elit dunia.Jika anda lahir sebagai seorang Islam,anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti:syaitan,nafsu, orang kafir,munafik,Nasrani,Yahudi,Majusi,penyembah berhala,orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini,para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Mereka adalah orang-orang yang terkaya dalam dunia.Mereka makan di atas pinggan emas dan minum dalam gelas emas.Namun setiap hari mereka takutkan orang Islam mengamalkan sepenuhnya agama mereka.

Bagaimana saya tahu?Adakah saya salah seorang dari mereka?Sudah tentu tidak.Namun saya boleh 'access' ke tempat-tempat mereka melalui 'backdoor'.Tiada yang mustahil bagi Allah.Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Orang yang memiliki pengetahuan rahsia akan menyedari perkara sebenar.Saya berada di kalangan elit yang mengawal anjing-anjing,hamba atau patsies seperti Ambiga ini dan saya tahu beberapa perkara.Cukup saya katakan,PKR tidak perlu,PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah.Di akhirat nanti,jika Lim Guan Eng,Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam,apakah alasan anda di hadapan Allah nanti,padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?

UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.

Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hari nanti.Selepas kita menjadi mayat,adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana.Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan.Bagi mereka cukup wang maka cukup makan.Bila kita menjadi mayat,apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun.Yang berguna adalah iman kita.Solat kita.Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti.Agama tidak perlukan anda.ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA.Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini,ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Biar semua manusia masuk Islam sekalipun,ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada Allah bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.


PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam.Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah,silakan.Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama.Rapatkan saf anda.Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.Anda semua adalah bersaudara.

Ingat,untuk menang di atas papan catur,anda perlu memiliki strategi sendiri.Kami telah tunjukkan beberapa langkah.Namun sampai satu tahap,anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi.Tiada lagi strategi.Sampai satu tahap,anda akan menyedari hakikat sebenar.Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.





-Lodgekeeper
313above666

Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan





Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan

Oleh Lodgekeeper





Dalam pesanan ringkas ini,saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.Gunakan akal anda.Bertindak dengan bijak.

Saya menujukan pesanan ini khusus kepada orang Islam di Malaysia atau Muslim Malaysia,khasnya orang Melayu kerana mereka adalah tunjang kepada majoriti umat Islam di Malaysia.Saya mulakan dengan realiti politik di Malaysia.Kebanyakan dari kita tahu bahawa kita mengamalkan demokrasi.Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai,maka untuk tujuan propaganda,muncullah parti-parti politik.Sekumpulan orang yang berkerjasama untuk meraih undi lebih berkesan dari hanya satu individu bekerja untuk meminta simpati orang ramai.Sistem ini menyebabkan timbulnya satu petua penting untuk menjadi juara demokrasi;siapa meraih undi paling banyak,dialah juara.Maka untuk maksud ini,muncullah hukum Machiavelli-matlamat menghalalkan cara.Penganut-penganut demokrasi dihalalkan menggunakan apa jua cara untuk mencapai undi paling maksimum.

Anda boleh memakihamun,menjatuhkan maruah lawan,mengeluarkan video lucah atau lompat parti.Anda boleh merasuah pengundi,menabur janji palsu atau menipu undi pos.Anda juga boleh mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu,memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali.Anda boleh membuat persempadanan semula,merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media.Banyak cara sebenarnya anda boleh lakukan untuk meraih undi.Ingat peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI.uNDI ialah Tuhan demokrasi.Dari rakyat kepada rakyat.Tidak kisah dengan cara apa sekalipun anda mendapatkan undi tetapi anda mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.

Dalam sistem demokrasi,dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak,sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu.Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang.Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang bodoh tadi mati.

Jadi,adakah kini kita menjadi pencatur atau kita sendiri dicaturkan?

Dalam sistem Islam,secara ringkasnya,kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura.Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai,alim ulama,mereka yang terpilih hasil sokongan orang ramai.Syura bukanlah kerajaan,tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan.Jadi nampak di sini,bahawa kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis.Orang bijak yang memilih kerajaan,bukan majoriti.Ini adalah sistem Islam.Ini adalah sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.Ketika nabi wafat,para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam.Para sahabat tidak mengadakan pilihanraya.Mereka tidak menubuhkan parti.Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan.Para sahabat nabi tidak kenal apa itu demonstrasi atau tunjuk perasaan.Mereka tidak hantar memorandum ke pada raja Mekah.Mereka hantar doa hanya kepada Allah Azza Wa Jalla.Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah.Bukan buang masa terpekik terlolong di jalanan.

Adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Dalam situasi di negara kita,kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM.Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia.Bukan sahaja kita yang terkena,malah Thailand sebagai contoh juga mengamalkan demokrasi walaupun majoritinya Buddha.Ini boleh dipertimbangkan kerana Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan sistem politik kepada murid-muridnya.Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan.Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara.Sistem Syariah di Malaysia berjaya mendaulat bab munakahah,iaitu hal ehwal kekeluargaan Islam.Sistem ekonomi Malaysia semakin maju mendaulatkan bab muamalat,urusan sesama manusia dalam konteks ini,hal ehwal kewangan Islam.Sistem ekonomi Islam baru popular sejak pertengahan 90-an setelah orang ramai nampak keberkesanannya,dan ia adalah pilihan (option) yang terbaik bagi mereka yang ingin lari dari sistem kapitalis yang bertuhankan kadar faedah,bunga atau penindasan ekonomi.Bila orang hendak kahwin,mereka mahukan syariat.Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan,mereka mahukan syariat.Namun bila mahu mentadbir negara,mereka buang syariat.Adakah hukum AlQuran boleh diambil dan dibuang sesuka hati.Di dunia,anda boleh terlepas bebas,namun di akhirat anda tidak boleh lari.Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti.Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian?Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn telah dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya,mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia?Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.Adalah Allah s.w.t menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan?Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'?Apa itu 'Negara Kebajikan'?Rasulullah s.a.w pernah atau tidak bercakap tentang Negara Kebajikan?Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam?

Ingat,jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya,anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti.Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya,apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?Anda layak diletakkan di kelompok para Sekular dan Komunis yang anda kecam dan makihamun semasa di dunia.

Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur.Kita ada UMNO,PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam.Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim.Selebihnya ialah NGO.NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam,Suaram,Perkasa dan lain-lain.Dalam sesetengah keadaan,NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti.Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti.Dalam isu terkini,seperti isu Bersih 2.0,kita sebagai orang Islam,khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras.Pertamanya,siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA.Siapa penganjurnya,siapa pendukungnya?Jika anda tahu siapa di belakangnya,anda kaji,apakah pandangan sosio-politiknya,fikrahnya atau halatujunya.Jika anda tahu siapa penggeraknya,tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.Tanya diri,adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka?Orang Melayu kena bijak,kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 2.0 nanti.Bagaimana?Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.Siapa mereka?Orang Melayu-Islam.Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0?Adakah anda terbaca,DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih 2.0?TIDAK.Tidak ada janji seperti itu.Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.Yang buat kerja adalah Melayu Islam.Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.Yang buang masa di tengah panas adalah kita,yang tolong tengok adalah mereka.Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.



Mereka akan berkumpul di SOGO,Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Saudara-saudaraku,ini tempat lepak orang Melayu.Lihat,masjid Kampung Baru ada dalam senarai.Mengapa mahu berkumpul di masjid,tidak di gereja atau tokong?Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.Mengapa gunakan masjid?INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.Mengapa berkumpul di SOGO,bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.Sekali lagi ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,bukan di depan Berjaya Times Square?Why?Why my brothers?

Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

Cukup.Cukup kita dipergunakan.Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.Bersih 2.0 didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam.Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR.Untuk tidak nampak dipergunakan,beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.Provokasi dijalankan,hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang.Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang.Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah.Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan.Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO.Mereka berselisih pendapat.Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran,musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda.Silap haribulan,yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi.Tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan adalah salah satu instrumen demokrasi sebagai satu cara kempen menentang yang dibenarkan.Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi.Masuk pilihanraya,dia masuk pilihanraya.Berkempen,oklah...dia pun berkempen.Raih undi,dia pun raih undi.Bila kalah,maka demokrasi pun suruh PAS tunjuk perasaan.Pas pun tunjuk perasaan.Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO.Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan.Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah.Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR,maka hukum Allah boleh diketepikan?

Siapa yang masuk tong najis,maka dia akan terpalit najisnya.Pas terpaksa menanggung segala kebodohan ini sebab dia bermain dalam demokrasi.Lihat PKR,dia tidak pandai hidup dalam tong najis,maka dialah yang paling hina dilemaskan dalam air tahi.Yang pandai bermain tahi setakat ini adalah UMNO dan DAP.Menariknya DAP memijak kepala PKR dan PAS untuk 'bernafas' di dalam tong najis.Sekarang UMNO yang memiliki tong najis dan dia berhak mengawal tong najis supaya najis-najis tetap hidup segar bugar dalam tong.Penjajah mengajar UMNO supaya jangan bersihkan tong najis.Jadi dia selesa memeluk tong najis.

Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini.Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu,iaitu TUNGGU DAN LIHAT.Jangan turun ke perhimpunan.Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas.Ingat,biar mereka yang buat kerja,bukan kita.Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan.Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong,paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong.Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.Ahli PAS,buat macam ini.Tolong.Anda kena bijak.Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati,INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA.

Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam.UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam.Kita kasi cantas dahulu musuh Islam.Kemudian kita rawat UMNO,ajak mereka ke masjid,solat berjemaah.Beritahu mereka kebesaran Allah s.w.t.Keluarkan dari hati mereka kebesaran makhluk.Masukkan kebesaran Allah ke dalam hati mereka.Beritahu mereka keindahan Islam.Hikmah melaksanakan perintah Allah.

Cintakan Allah,cintakan nabi.

Ingat,caranya mesti tepat dan betul,untuk menang di atas papan catur.Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak.Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak.Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan.





-Pekan Baru,Riau

Surat dari Bukhara





Surat dari Bukhara






Ke hadapan pembaca,

Pada masa dahulu di sebuah padang rumput steppe,telah lahir seorang bayi lelaki di dalam sebuah khemah.Pada waktu itu cuaca di luar amat sejuk.Tiba-tiba petir sabung menyabung.Semua penghuni khemah (yurt) memekup telinga mereka.Seorang kanak-kanak menangis.Namun bayi itu tidak menangis sedikit pun.Namanya Temudjin.

Temudjin telah membesar menjadi pemuda yang berbakat dalam kepimpinan dan disiplin.Pengaruhnya semakin melebar di kalangan puak-puak Mongol.Selepas mengalahkan Jamukha,iaitu saudaranya dalam satu peperangan,Temudjin telah menjadi 'The Great Khan' bagi seluruh puak-puak Mongol.Beliau telah menyatukan semua puak-puak Mongol ini dan memasukkan mereka ke dalam pasukan berkudanya.Temudjin inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Genghiz Khan.

Genghiz Khan mula meluaskan kuasanya ke seluruh Asia Tengah dengan melanggar Kara-Khitan,Kerajaan Khwarezmi di barat Mongolia,Xia Barat dan kerajaan Jin di China.Genghiz Khan pada mulanya tidak berminat untuk menakluk Kerajaan Khwarezmi yang ketika itu diperintah oleh Shah Ala ad-Din Muhammad,beliau berminat untuk menggalakkan rangkaian perdagangan.Untuk itu Genghiz Khan telah menghantar satu karavan yang terdiri dari 500 muslim ke Khwarezmi.Inalchuq,gabenor Otar,sebuah wilayah Khwarezmi telah menahan karavan ini dengan alasan mereka adalah perisik.Genghiz Khan telah menghantar rombongan kedua dan menuntut supaya karavannya dilepaskan dan gabenor Otrar dihukum.Namun Shah Khwarezmi telah membotakkan kepala utusan Mongol dan yang lain dipancung.Ini menyebabkan kemarahan Genghiz Khan yang berpegang pada prinsip bahawa setiap utusan raja mesti dihormati,suci dan tidak boleh diganggu.Pada tahun 1219,tentera Mongol telah melintasi Gunung Tien Shan,menuju ke istana Shah Khwarezmi.

Mula-mula tentera Mongol mencapai Otrar.Dengan kekuatan tentera sebanyak 30000 orang,askar-askar Mongol mengepung kota itu selama 5 bulan sebelum dapat memasuki gerbang kota dan membumihanguskannya.Gabenor Otrar ditangkap dan dihukum mati dengan mencurahkan emas lebur ke dalam mulutnya,sebagai pembalasan akibat perbuatannya menahan karavan Genghiz Khan.Sementara itu gerombolan askar berkuda di bawah pimpinan Jochi,anak sulung Genghiz Khan telah berjaya mengalahkan ketumbukan selatan tentera Khwarezmi dan ini memaksa ketumbukan yang lain berundur.Selepas itu tentera Mongol mara ke arah ibukota empayar Khwarezmi dengan menakluk Bukhara,Samarkand dan Urgench,di mana ibukota empayar Khwarezmi ketika itu terletak di Samarkand.Tentera Mongol sampai di Bukhara dahulu dengan serangan mengejut.Ini menyebabkan Bukhara jatuh ke tangan Mongol dengan mudah.Pada Mac 1220,ibukota empayar Khwarezmi,Samarkand jatuh ke tangan Mongol.Shah meninggal dunia ketika pelariannya ke Laut Kaspia.

Seorang askar berkuda Mongol


Kejatuhan empayar Khwarezmi membuka jalan terbentang luas ke arah barat.Selepas kematian Genghiz Khan,empayarnya dibahagikan kepada 4 bahagian utama terutamanya selepas kematian Mongke Khan,yang mengakibatkan perang saudara antara Kublai Khan dan Ariq Boke;Dinasti Yuan di China yang juga mengawal Mongolia,Chagatai Khan (Chagatai Khanate) yang meliputi Amu Darya hingga ke pergunungan Altai,Ilkhan (Ilkhanate) yang meliputi Iran,Iraq,Afghanistan,Turkmenistan,Armenia,Azerbaijan,Georgia,Turkey dan barat Pakistan dan yang terakhir apa yang dipanggil sebagai Golden Horde yang menakluk sebahagian besar Eropah Timur dari Ural sampai ke Sungai Danube,melangkaui ke pedalaman Siberia,manakala ke selatan empayar Golden Horde disempadani oleh Laut Hitam,pergunungan Kaukasus hingga bersempadan pula dengan wilayah Ilkhanate,sebuah dinasti Mongol yang lain.Ketika kemuncak penaklukannya,empayar Mongol telah meliputi jarak 9700 kilometer,dengan luas 33,000,000 kilometer persegi iaitu 22 peratus dari keluasan tanah di mukabumi dan memerintah ke atas populasi sebanyak 100 juta manusia.Ia adalah empayar terbesar pernah ada di mukabumi.

Mongol pernah menghantar pasukan tenteranya untuk menakluk Jepun dan Jawa namun gagal,antara sebabnya ialah mereka kurang berkemahiran dalam peperangan laut,sebagai contoh,ramai askar Mongol mati lemas ketika pertempuran di Jepun dan ketika ekspedisi ke Jawa,askar-askar Mongol terperangkap di pedalaman Jawa selepas lari dari pengejaran tentera Raden Wijaya (kemudiannya menubuhkan Majapahit) kerana tidak dapat berlayar balik ke China.Perubahan angin monsun mengelirukan askar Mongol yang buat pertama kali berlayar di Selat Sunda dan Laut China Selatan menggunakan kapal-kapal China.
     
Dalam sejarah China,terdapat dua kali penjajahan bangsa asing ke atas etnik Han.Pertama,bangsa Mongol yang menakluk seluruh China dan menubuhkan Dinasti Yuan.Kedua,orang Manchu yang menewaskan sisa-sisa pemerintahan Dinasti Ming dan kemudiannya menubuhkan Dinasti Qing.Manchu berasal dari suku Jurchen,satu bangsa nomad sebagaimana Mongol.

Dinasti Yuan diasaskan oleh Kublai Khan,cucu Genghiz Khan.Selepas menewaskan Ariq Boke,saudaranya,Kublai Khan menggelarkan dirinya huang di,bermaksud maharaja.Kublai Khan telah melanggar Dinasti Song di selatan China selepas menakluk dinasti-dinasti Xia Xia,Liao dan Jin.Selepas berjaya menewaskan sisa pertahanan Song di Pertempuran Yamen,akhirnya Kublai Khan menjadi emperor seluruh China dan pertama kali bangsa China dijajah oleh satu suku nomad yang dahulunya digelar orang China sebagai orang gasar (barbarian),tidak bertamadun dan dipandang rendah.

Sebagaimana karakter bangsa Mongol dalam peperangan dan penyerbuannya yang melakukan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai (massacre),begitu juga yang dihadapi oleh rakyat China.Mongol telah membumihanguskan kerajaan Jin dan Song serta membunuh dan memperhambakan beribu-ribu rakyat China.Populasi penduduk China telah mengurang separuh secara drastiknya pada 50 tahun pemerintahan Mongol dari kira-kira 120 juta kepada 60 juta sahaja.

Hulagu dan isterinya Doguz Khatun yang beragama Kristian


Cabang empayar Mongol yang menuju ke Timur Tengah dengan menakluk ibukota Baghdad yang terkenal itu ialah Ilkhan (Ilkhanate).Ilkhan dipimpin oleh Hulagu Khan,saudara Mongke Khan dan Kublai Khan,dan cucu kepada Genghiz Khan.Tentera Ilkhan telah menggempur kubu kuat Hashshashins,sebuah pergerakan bawah tanah Syiah Ismailiah bermotifkan politik pada tahun 1256.Selepas menakluk Alamut,pertahanan terakhir Hashshashins,Hulagu Khan bergerak ke Baghdad,ibukota Empayar Khilafah Abbasiah.Baghdad telah dikepung dan berjaya ditakluk pada tahun 1258.Terdapat kisah yang popular tentang apa yang berlaku sebelum penaklukan Baghdad oleh Hulagu Khan.


Hulagu Khan

Hulagu Khan kononnya telah menjemput para ulama Baghdad ke khemahnya untuk satu jamuan yang diadakan di luar benteng kota Baghdad atas nasihat seorang menteri Abbasiah yang belot dan  tamakkan kuasa.Selepas menjamu mereka,tiba-tiba Hulagu Khan bangkit dan ketawa lalu menyatakan bahawa makanan yang dijamu kepada para ulama itu bercampur dengan daging babi dan minuman mereka bercampur dengan arak.Maka doa mereka tidak lagi didengar Tuhan kerana makanan dan minuman dari sumber yang haram.Khalifah terakhir Abbasiah,Al-Mu'tasim ditangkap kemudian dibunuh dengan cara membalutnya dengan permaidani dan dipijak dengan beribu-ribu kuda para askarnya.Cara membunuh sebegini khas untuk raja-raja,khan atau perwira mengikut tradisi Mongol di mana membunuh tanpa menumpahkan darah adalah cara penghormatan.Jamukha,saudara Genghiz Khan yang membelot telah dibunuh dengan mematahkan tulang belakangnya.

Kepungan ke atas Baghdad

Kejayaan menamatkan usia 500 tahun empayar Bani Abbasiah (Abbasid Caliphate) telah membakar semangat Hulagu Khan untuk mara lebih ke barat,menakluk negeri-negeri Islam sehingga ke Palestin dan Mesir.Hulagu Khan mahu menuju ke Eropah namun ketika itu para pembantunya yang beragama Kristian menasihatkan tidak berbuat demikian.Pada permulaan sejarah Ilkhan menyaksikan pengaruh Yahudi dan Kristian di dalam kerajaan Hulagu Khan.Hulagu Khan dilihat memusuhi Islam dan mahu menghancurkannya.Dalam sejarah Ilkhan,Hulagu telah mengahwini seorang wanita Kristian.Ketika menjarah Baghdad,penduduk yang beragama Kristian dibiarkan hidup atas nasihat isteri Hulagu Khan itu,di mana pada masa yang sama kira-kira 200 000 penduduk Islam dibunuh beramai-ramai.Hulagu Khan kemudiannya menakluk Aleppo (Halab) dan Damsyik (Damascus) di Syria,kemudian menyerbu ke arah Palestin.Namun ketika itu Khan Agung,Mongke diberitakan meninggal dunia.Hulagu terpaksa menarik sebahagian tenteranya dan balik ke Mongolia kerana menjadi tradisi Mongol apabila Khan Agung mati,semua kerabat Genghiz Khan mesti menghadiri kurultai,iaitu perhimpunan untuk melantik 'The Great Khan' yang baru.Anehnya,selepas kematian Hulagu,para pemerintah selepasnya mula terpengaruh dengan budaya Islam,terutamanya Mahmud Ghazan,Khan Ilkhan ke-7 yang memeluk Islam selepas menumbangkan Baidu,Khan Ilkhan sebelumnya.Sebenarnya Khan Ilkhan yang pertama sekali memeluk Islam ialah Teguder iaitu anak Hulagu sendiri dan saudara Abaqa,Khan Ilkhan kedua.Teguder asalnya ialah seorang Kristian Nestorian dengan nama Nicholas namun kemudiannya beliau memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Ahmad Teguder.

Buat pertama kali,empayar Ilkhan telah ditukarkan menjadi sebuah kesultanan apabila Teguder naik menjadi Khan ketiga.Teguder sendiri bergelar sebagai Sultan Ahmad.Teguder telah cuba menyebarkan Islam kepada rakyatnya tentang Islam.Beliau juga menggalakkan para pegawainya masuk Islam dan menyebarkannya.Malah Teguder juga berutus surat kepada Sultan Mamluk,musuh ketat dinasti Ilkhan dan meminta damai.Ini menyebabkan satu kemarahan kepada adik beradik dan kaum kerabatnya.Arghun,anak saudaranya yang ketika itu menjadi gabenor Khurasan telah mengadu kepada Maharaja Yuan-China yang juga Khan Agung kepada Empayar Mongol,Kublai Khan perihal keislaman Teguder.Kublai Khan menjadi teramat marah.Arghun mula menyiapkan pasukan tentera yang besar untuk menghukum bapa saudaranya.Menyedari bahaya yang timbul,Teguder meminta bantuan dari Sultan Mamluk.Namun ketika itu hubungan Ilkhan-Mamluk masih belum kukuh dan dalam situasi berhati-hati.Teguder terpaksa menghadapi tentera Arghun seorang diri.Dengan jumlah tentera yang kecil,akhirnya Teguder dikalahkan.Beliau kemudian dihukum mati pada 10 Ogos 1284.

Ketika zaman Mahmud Ghazan,Khan dinasti Ilkhan ke-7,warga Kristian dan Yahudi mula hilang status istimewa mereka malah lebih rendah dari status Muslim dan terpaksa membayar cukai.Penganut Buddha paling teruk ditindas,mereka diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau dipaksa atau direndahkan status.Tentera-tentera Mongol mula memeluk Islam terutamanya ketumbukan tentera Tartar.

Berbalik kepada keinginan Hulagu menakluk Mesir dan Syria,tentera Hulagu berterusan dengan kempen penaklukannya ke arah pusat dunia Islam yang terakhir,Mesir yang diperintah oleh Sultan Qutuz dan panglimanya Baibars.Pada tahun 1260,tentera Mesir telah berjaya mengalahkan tentera Mongol di bawah pimpinan Kitbuqa,panglima Hulagu yang beragama Kristian dalam Pertempuran Ain Jalut yang terkenal itu.Pertempuran ini dilihat setaraf dengan  Pertempuran Hittin pada tahun 1187 di mana tentera Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera Salib.Beribu-ribu tentera Mongol mati dibunuh dan saki-bakinya dikejar oleh askar berkuda Mamluk yang amat terkenal ketangkasannya.Kitbuqa berjaya ditangkap dan dihukum bunuh.Inilah sejarah pertama kali tentera Mongol dikalahkan secara besar-besaran dan panglima tenteranya dibunuh dalam pertempuran.Ini menyebabkan kemarahan Hulagu Khan atas kekalahan yang memalukan ini.Pertempuran ini amat penting kerana selepas itu dinasti Ilkhan mengalami kemunduran dan sedikit demi sedikit dihalau keluar dari Syria oleh Mamluk.


Pertempuran Homs Kedua Syria

Selepas kekalahan ini,tentera Mongol dilihat tidak lagi mampu menakluk Syria dan Palestin apatah lagi Mesir.Malahan kerajaan Mesir yang kemudiannya diperintah oleh Baibars menjadi dinasti Mamluk telah menjadi duri dalam daging bagi empayar Ilkhan Mongol itu.Harapan dunia Islam beralih dari Khilafah Abbasiah ke dinasti Mamluk untuk mempertahankan tanah-tanah Islam terutamanya Palestin.Mongol pernah bergabung dengan tentera Salib dalam Perang Salib ke-7 namun gagal mengalahkan kekuatan tentera berkuda Mamluk yang amat sukar untuk ditundukkan.Hulagu mati pada tahun 1265.Tidak banyak yang diketahui sebab-sebab kematiannya.Namun terdapat satu kisah tentang cara kematian Hulagu Khan yang menyebabkan punca tentera-tentera Tartarnya mula memeluk Islam.


Golden Horde



Batu Khan,pengasas bagi Golden Horde



Golden Horde (Ulus of Jochi),salah satu bahagian dari Empayar Mongol berasal dari 2 divisyen tentera Mongol,White Horde yang dipimpin oleh Orda Khan manakala Blue Horde dipimpin oleh Batu Khan,anak sulung kepada Jochi.White Horde dan Blue Horde asalnya merujuk kepada dua sayap tentera Mongol yang menyerang Rusia Selatan dan Eropah Timur yang kemudiannya digelar dalam kesusasteraan Parsi dan Slav sebagai Golden Horde.Sebagaimana gelarannya,pasukan tentera ini banyak bertempur dengan bangsa-bangsa Eropah dan dianggap sebagai pasukan 'Atilla The Hun' yang kedua.Jika kekuatan tentera Ilkhan yang mampu menewaskan pasukan-pasukan legenda Timur Tengah seperti tentera Empayar Abbasiah,gerila berani mati Hashshashins (Assassin) dan dinasti Ayyubbi (ketika ini tidak sekuat era Salahuddin) maka Golden Horde pula dengan senang memukul rata pejuang-pejuang Salib seperti Knight Templar yang terkenal ganas,Hospitaller dan Teutonic.Batu Khan dan panglimanya Subedei memulakan penaklukan dengan Bashkirs dan Volga Bulgaria.Kemudian menyerang padang steppe di Ukraine dan Crimea di mana tempat tinggal suku-suku Tartar.Golden Horde telah menakluk kesemua bangsa Tartar dan merekrut mereka ke dalam gerombolan askar berkuda empayar Mongol.Ketika inilah,bangsa Tartar telah menyertai tentera Monggol dan gabungan inilah yang terkenal sebagai gabungan Monggol-Tartar.

Penjarahan ke atas Suzdal

Gabungan ini kemudiannya menjarah Rus,wilayah yang kini berada di Rusia,membumihanguskan Moscow,meratakan Kolomna,kemudian membumihanguskan Suzdal dan Kiev.Golden Horde kemudiannya melanggar Poland dan Hungary,memusnahkan Pest (sebuah bandar di Hungary),mengepung Vienna serta menundukkan Bulgaria.Mereka juga menyerang Croatia dan Serbia.Dalam pertempuran-pertempuran di Eropah Timur sampai ke tengah benua itu,perwira-perwira Mongol dan Tartar telah menewaskan askar berkuda Hungary,Poland,Bulgaria dan lain-lain,menundukkan tentera Knight Templar,askar-askar upahan seluruh Eropah,Kesatria Armenia,Rusia dan Cossack,tentera-tentera berkuda nomad Rusia,Magyar dan Croat dan pejuang berani mati dari Serbia.

Pertempuran Legnica

Anehnya,walaupun Golden Horde banyak bertempur dan memerintah wilayah-wilayah Kristian,namun akhirnya para Khan Golden Horde memeluk Islam,bukannya Kristian.Malah pengislaman Golden Horde lebih awal berbanding saudaranya Ilkhan yang walaupun memerintah wilayah-wilayah Islam namun agak lambat mencerna kepercayaan mengenal Tuhan yang satu.Berke,Khan keempat Golden Horde mengenal Islam mulai tahun 1257 manakala khan Ilkhan yang pertama memeluk Islam,Teguder mula memeluk Islam sekitar tahun 1282,itu pun dibunuh anak saudara dan kerabatnya.

Penyerbuan ke atas Hungary

Diberitakan,Berke mula mencintai Islam setelah bertanyakan tentang kepercayaan para sufi Khwarezmi yang berkafilah dari Bukhara.Berke diIslamkan oleh Saifuddin,darwish dari Khwarezmi,wilayah yang dahulunya sebuah empayar Islam yang musnah digempur Genghiz Khan.

Oleh kerana Golden Horde telah memeluk Islam lebih awal,maka terjadilah konflik antara Golden Horde dengan saudara-saudaranya,terutamanya Ilkhan.Berke telah mengambil keputusan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Mamluk Mesir untuk menentang Ilkhan,saudaranya yang masih kafir walaupun duduk di sekeliling budaya Islam.


Khan Agung terakhir,Mongke Khan

Sebenarnya Berke pernah menulis sebuah surat kepada Khan Agung,Mongke Khan,berkenaan perilaku tidak berperikemanusiaan Hulahu Khan ke atas umat Islam terutamanya ketika penaklukan Baghdad.Berke berasa simpati dengan Islam dan tersentuh dengan kekejaman Mongol ketika menjarah Baghdad.Namun,ketika suratnya sampai ke Karakorum,Mongke Khan sebenarnya telah meninggal dunia di China.Ketika Pertempuran Ain Jalut,Berke telah menyertai Mamluk untuk membantu menewaskan tentera Hulagu Khan di bawah pimpinan Kitbuqa.Inilah perang saudara antara Golden Horde dan Ilkhan,dua kerajaan Mongol yang paling berpengaruh dalam sejarah Empayar Mongol.Ketika Empayar Byzantin (kemudiannya ditakluk oleh Muhammad Al-Fatih dari Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453) menangkap delegasi dari Mesir,Berke mengarahkan Bulgaria (negara bawahannya) supaya menghantar tentera untuk melepaskan rombongan Mesir itu.Golden Horde berterusan menjadi seteru Ilkhan bersama-sama kerajaan Mamluk yang masih belum mampu dikalahkan.

Tentera Golden Horde mengalahkan tentera Ilkhan dalam satu pertempuran

Apa yang terjadi selepas itu adalah kuasa Allah Yang Maha Berkuasa.Ilkhan kemudiannya menjadikan Islam sebagai agama rasmi selepas pengislaman Mahmud Ghazan walaupun masih berseteru dengan Mamluk dan Golden Horde.Golden Horde pula selepas perpecahannya,memunculkan banyak kerajaan-kerajaan Khan kecil seperti Crimea,Kazakh dan Uzbek.Perpecahan Ilkhan pula mengembalikan wilayah-wilayah Islam kepada orang Parsi dan Arab setelah beberapa generasi bangsa Mongol dan Tartar terserap ke dalam bangsa-bangsa Islam.Maka terjadilah apa yang kita saksikan seperti hari ini;negara-negara atau wilayah seperti Uzbekistan,Kyrgystan,Kazakhtan,Turkistan,Tajikistan,Bosnia,Crimea,Chechya,Uyghur dan dinasti Moghul di India yang banyak berperanan mengislamkan India Utara adalah kesan dari kisah empayar Mongol yang penuh suka duka ini.

Banyak moral atau pengajaran dari kisah empayar Mongol ini.Empayar Abbasiah jatuh disebabkan banyak penyelewengan dan jauh dari agama Islam.Fitnah berleluasa di sana-sini.Rasuah dan cintakan dunia makin meresap ke dalam hati para atasan kerajaan.Ketika itu negeri-negeri Islam di bawah empayar ini adalah yang paling kaya,namun semakin jauh dari hidayat ilahi.Semangat jihad mempertahankan Islam sudah semakin jauh di dalam hati para perwira,kerana dilemahkan oleh harta benda yang berlimpah ruah.Bagaimana tentera Mamluk boleh mengalahkan askar-askar Mongol padahal ketika itu hanya Mesir sahaja yang menghadapi Mongol,ketika serangan ke atas empayar Abbasiah,khalifah mengarahkan seluruh tentera empayar menghalang kemaraan Mongol?





PENGKHIANATAN

Kunci pertama ialah PENGKHIANATAN DARI DALAM.Seorang wazir khalifah telah memberitahu bahawa Hulagu bersetuju mengahwinkan anaknya dengan Abu Bakr,putera khalifah.Ketika pintu kota dibuka untuk upacara sambutan perkahwinan,dengan para utusan peminangan membawa pelbagai hantaran dan hadiah yang mahal-mahal berjalan ke luar kota,namun alangkah terkejutnya mereka apabila apa yang dilihat mereka di luar bukanlah sambutan meriah dari pihak Mongol tetapi barisan gerombolan tentera Hulagu Khan yang bersedia untuk menyerang.Semua utusan peminangan dibunuh,dan kemaraan tentera Mongol tidak boleh ditahan lagi,terus menggempur masuk ke dalam kota.

Inilah juga faktor utama kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.Juga kejatuhan Vijaya,sebuah kota Champa ke tangan Dai Viet disebabkan pembelotan menteri Champa.Juga kejatuhan Pattani disebabkan pembelotan seorang pegawai Sultan Pattani.Pengkhianatan adalah racun paling dasyat dalam negara.Jika terdapat pilihan untuk menghukum dua orang;seorang panglima tentera musuh dan seorang ialah menteri yang khianat,maka sang menteri itulah yang patut dihukum terlebih dahulu.

Faktor kedua adalah amalan agama.Sultan Qutuz sebelum menggerakkan pasukannya,beliau bangun malam bertahajud sambil berdoa kepada Allah s.w.t.Muhammad Al-Fatih ketika menjelang penaklukan Constatinople,pada malam sebelum serangan,memerhatikan khemah-khemah para askarnya.Beliau memerhatikan siapa di antara para askarnya yang bangun malam.Pada keesokkan harinya beliau memilih hanya yang bangun malam bertahajud sahaja yang ikut serta menyertai menakluk Constatinople.Di dalam rekod Turki,terdapat kira-kira 80000 tentera Turki Uthmaniyyah semasa penaklukan itu manakala dalam rekod Barat terdapat 160000 hingga 300000 tentera.Bayangkan,ini bermakna jumlah itulah yang bangun bertahajud pada malam sebelum serangan.Muhammad Al-Fatih sendiri sejak kecil tidak pernah meninggalkan solat tahajud!Sebab itu dalam hadis nabi s.a.w ada menyatakan:

“Sesungguhnya Constantinople itu akan jatuh. Pemimpinnya adalah pemimpin yang terbaik dan tenteranya adalah yang tentera terbaik”

Jika kita mula meninggalkan atau mengabaikan urusan agama,tunggulah...Allah s.w.t akan menggantikan kita dengan satu kaum yang lebih baik dari kita.Penggantian itu tertakluk kepada Allah s.w.t,sama ada secara kasar seperti yang dihadapi oleh bangsa Arab ketika kejatuhan empayar Abbasiah,ataupun secara halus,seperti pengislaman beramai-ramai umat Melayu Nusantara.


"....Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”
(Muhammad: 38)


Jika kita lihat dipermulaan kisah Empayar Mongol,mereka amat ganas kepada orang Islam,membunuh dan menjarah kota-kota Islam.Namun diakhir cerita,mereka menjadi lembut dan terpesona dengan Islam dan akhirnya menjadi pengikut agama Islam yang taat dan sanggup berperang bermati-matian demi meluaskan Islam.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa makhluk langsung tiada kuasa.Apa yang terjadi semata-mata hanya dengan izin Allah.



Malaysia Hari Ini


Saya ingin sentuh sedikit dalam konteks apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.Rasuah dan politik wang sememangnya berleluasa dalam kerajaan.Subsidi kepada rakyat makin berkurang sedangkan kerajaan bertanggungjawab atas kebajikan rakyat kerana kerajaan dibayar cukai oleh rakyat dan rakyat berhak mendapat subsidi.Pengurangan subsidi ini ditutup dengan istilah 'penyelarasan harga'.Padahal sebenarnya harga diselaras untuk mengurangkan subsidi,jadi kantung pihak-pihak tertentu dapat diselaraskan ke tahap maksimum manakala kantung rakyat diselaras ke tahap menyedihkan.Ketika Malaysia heboh berkenaan video seks Anwar Ibrahim,harga minyak 'diselaraskan' secara bertahap sedikit demi sedikit.Tetapi rakyat marhaen tidak sedar.Apabila minyak naik,maka majoriti barangan harian akan naik,sehingga yang tiada kaitan juga akan naik atas alasan kos pengangkutan.Sekiranya barangan naik tidak terkawal,maka ia akan sampai ke tahap inflasi,rakyat terpaksa membeli barangan yang sama dengan nilai wang lebih tinggi.Kos hidup akan naik.Emosi akan naik.Orang yang lapar adalah orang yang panas baran.Pihak kerajaan kena fikirkan tentang ini dan bilakah masanya rakyat yang lapar ini perlu diberi gula-gula untuk menenangkan mereka.

Bayangkan seorang bapa muda yang mempunyai 3 orang anak,hanya bekerja sebagai posmen atau pekerja kilang mahu menyara kehidupan anak beranak dikala harga gula meningkat kepada RM2.40 sekilogram.Barangan dapur,ikan dan sayur perlu dibeli.Dengan pendapatan hanya sekitar RM1300,ia adalah pengalaman yang mengerikan.Ada menteri yang bijak menyarankan rakyat marhaen bercucuk tanam di belakang rumah.Ada menteri yang pintar menyuruh mengurangkan gula dalam minuman,menambahkan manis dalam senyuman.Ini adalah pendapat yang menyakitkan hati.Adalah disyorkan menteri-menteri tadi dikurangkan pendapatan sehingga sekitar RM1300 sebulan selama beberapa tahun.Adakah mereka hidup dalam keadaan tersenyum-senyum dengan bermanis muka selepas itu?Mungkin mereka membantah kerana mereka sepatutnya mendapat pendapatan yang setimpal dengan pendidikan mereka,namun jika mereka memilih untuk menjadi menteri yang menjaga rakyat dan negara,MEREKA SEBENARNYA PERLU BERSEDIA UNTUK MENJADI HAMBA DAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT.Bukan berlagak sombong dan memberi pendapat yang menyakitkan hati.

Fitnah yang berleluasa jika tidak dibendung akan memusnahkan sesuatu bangsa dan peradaban.Jika Perdana Menteri kita,DS Najib Tun Abdul Razak dituduh membunuh Altantuya Shariibuu,maka ketua pembangkang,DS Anwar Ibrahim pula dituduh dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari dan kini berzina dengan pelacur China.Apabila pemimpin-pemimpin Islam sebegini tidak digambarkan dengan imej yang baik,bagaimana mereka mahu memimpin rakyat,apabila terganggu dan sibuk dengan fitnah yang menempek ditubuh mereka?Tidak penting sama ada mereka bersalah atau tidak,apa yang ditekan di sini,budaya fitnah memfitnah ini tidak baik untuk 'kesihatan' umat Islam.Disarankan Najib dan Anwar mengamalkan membaca surah Kahfi pada setiap Jumaat:

Dari Ali r.a berkata: “Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibnu Kathir)

Isteri Perdana Menteri juga tidak terlepas dari bermacam 'fitnah'.Pembaziran wang rakyat yang dilakukannya jika tidak dikawal akan menyebabkan beliau berpotensi menjadi 'Imelda Malaysia'.Alangkah baiknya jika wang itu disedekahkan kepada orang-orang yang memerlukan.Negara tidak memerlukan 'Imelda'.Kita memerlukan wanita seperti isteri Khalifah Umar Abdul Aziz yang menyerahkan segala perhiasannya kepada Baitulmal untuk keperluan negara.

Perseteruan antara Pas-UMNO mesti ditamatkan.Tidak kisah Pas dan UMNO berbeza pendapat dalam politik namun diluar politik mereka perlu menunjukkan contoh umat Islam yang bersaudara.Lihat bagaimana Allahyarham Fadzil Noor yang sepentas dengan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.Mereka berjabat tangan dengan senyuman mesra.PKR dilihat terlampau lembik untuk menangani DAP.Namun PKR masih penting untuk 'check and balance'.Tetapi jika silap langkah,PKR akan 'checked' dan hilang 'balance'.Pas tiada keperluan untuk menyertai Pakatan Rakyat.Pas boleh berdiri sendiri sebenarnya.Pas sepatutnya menjadi pemimpin dalam Pakatan,bukannya dipimpin oleh DAP dalam Pakatan.Jika tidak ada calon yang kompeten atau segan memimpin,sekurang-kurangnya Pas bertindak menjadi 'penasihat hal-ehwal Ugama Islam' kepada DAP,bukan dibuli oleh DAP.

Setelah lama berkawan dengan Pas,sepatutnya DAP lebih faham sensitiviti umat Islam,seperti mana Golden Horde dan Ilkhan yang memeluk Islam setelah lama bercampur dengan umat Islam.DAP sepatutnya ke arah lebih memahami agama Islam,bukan makin keliru dan mengelirukan diri sendiri.Pas kena perhatikan baik-baik perkara ini.Usahakan untuk dakwah kepada DAP tentang Islam,jangan takut.Jika ego dengan UMNO sampai segan mahu cakap kebesaran Allah,kenapa tidak dengan DAP?Sekular dan Komunis sama sahaja.Tetapi hati orang yang pernah masuk kalimah Lailahaillallah adalah lebih mudah untuk lembut jika diajak ingatkan Tuhannya.Ajak saudara UMNO datang ke masjid solat berjemaah.Kurangkan cakap pasal politik dahulu.Lembutkan hati mereka dengan kelebihan dalam Islam dan sistemnya.Layan mereka dengan baik dan mesra.Bila mereka baling batu,balas kembali dengan buah-buahan.

Bila mereka dekat dengan Tuhan mereka,mereka pasti akan menurut perintah-Nya tanpa perlu disuruh-suruh.Percayalah.

Hari ini usaha nabi s.a.w telah terpecah-pecah.Ada gerakan yang mengusahakan politik Islam namun usaha dakwah ditinggalkan.Ada jemaah yang mengusahakan dakwah,namun fiqh Jinayah atau bab kenegaraan Islam diabaikan.Ada pertubuhan yang mengusahakan bangkitnya sistem Khalifah,namun usaha paling asas untuk ajak manusia ke masjid dan tingkatkan iman tercicir dari agenda.Nabi s.a.w bukan datang ke Madinah terus bercakap pasal khalifah,nabi s.a.w bina masjid dahulu.Alangkah baiknya jika semua usaha nabi ini bergabung dalam satu gerakan.Nabi Muhammad s.a.w disamping ajak manusia kepada agama,beliau berhijrah dan menulis Piagam Madinah,perundangan pertama negara Islam Madinah.Baginda turut serta dalam usaha dakwah dan jihad;kedua-duanya adalah usaha di jalan Allah.Nabi s.a.w perintis kepada kekhalifahan Islam,namun pada masa yang sama istiqamah dalam mengusahakan dakwah ke masjid dan usaha atas iman masing-masing.Sesungguhnya nabi adalah sebaik-baik contoh,mengapa masih ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan ego dalam mempertahankan prinsip nafsu sendiri?

Umat Melayu Nusantara selama ini berjaya memainkan peranan sebagai pembantu agama yang mulia ini.Ketika era penyebaran Islam,raja-raja Melayu melayan dan menyambut baik para pendakwah dari kalangan Ahlu Bait dan para generasi Sahabat nabi.Kita tidak pernah mendengar raja-raja Melayu menghalau atau membunuh para pendakwah Arab ini.Kemudian raja-raja Melayu menyebarkan Islam sehingga ke Filipina.Jika kita belajar sejarah Wali Songo,kita akan lihat percampuran darah dari Arab,Parsi ,Champa,Melayu Kelantan hingga ke Jawa.Hasilnya seluruh Nusantara menerima hidayat Ilahi.Bukti penyebaran Islam oleh orang-orang Melayu ditampilkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai antara 3 bahasa penting penyebaran agama Islam.Dua bahasa lain ialah Arab dan Parsi.Bahasa Melayu juga antara bahasa yang wajib dipelajari oleh para sarjana Islam terutamanya di Asia Tenggara kerana banyak kitab dan karya agama ditulis dalam bahasa Melayu.

Kini apabila terdapat usaha dakwah yang berpusat di Nizamuddin,India,yang membantu para daie dari India Muslim ini ialah sekali lagi...umat Melayu Nusantara tampil sebagai pembantu yang setia kepada agama yang mulia ini.Usaha ini dikatakan lambat diterima oleh umat Arab mungkin kerana polisi Wahabinya yang keras.Namun umat Melayu sekali lagi nampak betapa perlunya membantu rakan-rakan mereka dari India ini untuk sama-sama menyegarkan Islam di hati umat manusia.Firman Allah s.w.t:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)

Jika kita tidak mampu berdakwah kepada manusia,seperti saya yang lemah iman ini,sekurang-kurangnya kita sokong dan bantu jika ada saudara kita yang mahu  menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.Maka sebab itu Allah s.w.t menyatakan perlunya ada satu golongan di kalangan kita yang ambil tugas ini walaupun sepatutnya semua orang Islam semestinya menjalankan amal maaruf nahi munkar.Janganlah sampai kita dicatat oleh malaikat sebagai orang yang menghalang agama Allah yang mulia ini.

Saya berdoa supaya Perdana Menteri dan isterinya diberi hidayat oleh Allah s.w.t untuk amal agama dalam hidup.Saya juga berdoa supaya negara ini aman dari fitnah,juga DS Anwar Ibrahim.Hanyasanya orang berjaya dan selamat dunia akhirat ialah orang yang hidup dalam kemuliaan agama.

Berdiri di hadapan makam Syeikh Saifuddin Bokharzi di Bukhara benar-benar menginsafkan.Sekiranya lelaki mulia ini mampu melembutkan hati seorang Khan,malah pemimpin kepada pasukan Mongol yang paling ditakuti seluruh Eropah,Golden Horde,mengapa tidak kita,mampu melembutkan saudara kita yang pekat dengan sekularisme namun masih mengaku Allah s.w.t,Tuhan yang memerintahkan hukum Hudud dan Qisas dilaksanakan di dalam AlQuran.







"Tidak rugi orang yang bermesyuarat tidak menyesal orang yang istikharah"


-Hermit
Bukhara,Uzbekistan

Selamat Datang ke Dunia MistisFiles


Selamat Datang ke MistisFiles.




Ini adalah versi 'extension' kepada laman induk MistisFiles.Ia diwujudkan setelah permohonan 'letter of execution' yang digunakan oleh Srikandi,salah seorang penulis bersekutu kami.

Jika anda pembaca setia MistisFiles,anda sudah tentu tahu kredibiliti kami dalam memasarkan maklumat-maklumat yang kebanyakannya jarang diketahui khalayak.Kami mempunyai standard tersendiri dalam pembikinan artikel-artikel kami dengan tujuan berkongsi maklumat.

Di bawah ini adalah antara kempen-kempen artikel yang popular dan ada di antaranya mencapai tahap 'cult' di kalangan pembaca blog di Malaysia.







The Matrix 4th Density.




Keterangan: Siri Matrix adalah antara siri yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat sains-agama.Siri yang mengungkap kepalsuan alam dunia menurut fakta-fakta sains dari kajian Fizik Teori,Fizik Nuklear,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Teori String,Fizik Partikel dan sebagainya adalah 'cult' yang tersendiri oleh para peminatnya.Siri ini akan menyambung perbahasan seterusnya dalam tajuk 'Matrix di dalam Matrix'.



Subjek:Fizik,Mekanik Kuantum,Kimia Mekanik,Sains Bahan,Metafizik,Agama







Alter Terahsia Bangsa Melayu 




Keterangan:Siri ini adalah bestseller di dalam MistisFiles sejak diambil alih oleh penulis paling popular,prolifik dan kreatif-Srikandi.Siri ini mengungkapkan sejarah paling gelap satu tamadun yang dikenal sejak era Hapsetshut dari peradaban Mesir Purba,Phoenicia,Kerajaan Israel dan Judah serta Babilon.Sejarah ditulis oleh mereka yang menang,dan ini terbukti bahawa tamadun ini tetap wujud di kala tamadun yang sezamannya telah pupus atau mengecil.Bagaimana mereka 'memenangi' perlawanan untuk terus mengharungi keganasan zaman?Adakah melalui peperangan atau penjajahan?Srikandi bijak membangkit alter terahsia yang selama ini disimpan di dalam tabut rahsia beribu-ribu tahun yang lalu.

Dalam siri terbaru ini,Srikandi akan membawa anda menyelusuri pelbagai riwayat Mon,Pyu,Khmer,Thai,Annam,Burma dan diari-diari Imperial China serta membongkar catatan-catatan pengembara Parsi,Arab,India,China dan juga Jepun sekadar menamakan beberapa sumber.Srikandi akan membawa anda hasil kajiannya dari hutan Belum dan Pahang,menemui beberapa Tok Batin dari suku Jakun dan Semelai yang masih menyimpan rahsia beberapa Malay city-states yang pernah berdiri beribu tahun dahulu dari tradisi terahsia nenek moyang mereka zaman-berzaman.Juga beberapa suku bukit hasil pelarian dari Dvaravati,sebuah kerajaan purba orang Mon di tengah Thailand.Legenda naga Tasik Chini,gelaran naga dalam riwayat-riwayat Khmer,rahsia Merong Mahawangsa,asal-usul dinasti Pan-pan yang memerintah Funan,rahsia gelaran Si Antan dalam penabalan raja-raja Lao serta lokasi rahsia ibukota Srivijaya era pra-Dapunta Hiyang.



Subjek:Sejarah,arkeologi,sosio-budaya,antropologi,sains kronologi








Catatan Srikandi







Keterangan:Merupakan pengalaman dan diari Srikandi dalam mencari rahsia Kemelayuan.Catatan peribadi yang diolah dalam pelbagai aspek penulisan membuatkan siri ini mempunyai fans tersendiri.Sejarah Melayu menjadi epik yang tidak membosankan.Fakta dan legenda diadun dengan begitu mendebarkan di dalam pengalaman unik Srikandi,pejuang sejarah yang penuh emosi dan sensasi.


Subjek:Travelog,diari,rumusan ATBM,sejarah,arkeologi,antropologi,sosio-budaya









Heavengate "The Gate of Yehova
Extension Pack




Keterangan:Siri antara paling kontroversi di dalam MistisFiles,menampilkan topik-topik yang jarang dan luarbiasa.Menyelusuri sejarah kemanusian mencari kebenaran dari era purba hingga era angkasa dan nuklear.Jangan lepaskan peluang mengikuti siri ini.Pelbagai kejutan dan keajaiban akan dipaparkan dalam The Heavengate.


Subjek:'rare,forbidden & topsecret' material.






Jigsclue




Keterangan:Segala teknikal,strategi,taktik,tutorial dan teori malah kajian kes berkenaan  perancangan  pihak yang digelar 'The Elite','Hidden Hand','The AntiChrist' dan sebagainya.Sesungguhnya Iblis dan syaitan tidak berasa penat dan lelah berusaha siang dan malam menyesatkan anak Adam.Kebanyakan kandungan di dalam siri ini di luar kotak pemikiran.Media menggelarkannya 'Teori Konspirasi',pesimis melabelkannya 'paranoid',mereka yang perasan bijak mencebiknya sebagai 'tahyul dan karut'.

Orang ramai melihatnya sebagai filem 'National Treasure' dan hiburan masa lapang.


Kita sedang melangkah ke era yang penuh drama.Hari demi hari semakin berkurang dan mendekatkan 'The Universe' kepada 'The Judgment Day'.Anda boleh memilih sama ada menjadi zombie dan goyyim atau minda yang penuh kesedaran.Tidak kira sama ada anda Muslim atau non-muslim,'religious' atau 'secular',akhir kepada semua cerita ini pasti akan tiba kerana hari ini bukan sahaja dalam ramalan agama malah sains membuktikan,suatu hari nanti...alam semesta ini akan musnah.



The Endgame.



Subjek:Mindcontrol,Sosio-Politik,Psikologi,Sains Politik,Budaya,Sejarah,Agama,Sains Perhubungan Manusia,NLP,Strategi Diplomatik 
=====================================================================
Teks disediakan oleh:
-M.O
area13