Tuesday, March 3, 2015

The Matrix Interstellar Part II





Dalam pengajian yang lepas,kita sudah maklum tentang satu kenyataan yang aneh iaitu alam semesta yang kita lihat yakni jasad-jasad di langit itu sebenarnya imej yang wujud pada masa lampau.Pertimbangannya ialah imej matahari yang sampai kepada kita itu adalah lewat 8 minit dari imej terkini matahari pada masa-nyata.

Yakni,jika seseorang berada hanya satu meter di depan matahari,maka dia melihat matahari 8 minit lebih awal dari kita di bumi!

Di sini kita lihat bahawa sebenarnya,cahaya yang membawa imej itu tersangatlah lemah untuk 'berlari' membawa matahari lebih cepat dari masa 8 minit itu pada jarak 149,680,000 km ke bumi.Bagaimana dengan Proxima Centauri yang jauhnya 37,817,019,821,952 km ke bumi?

Maha suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluk yang lemah.

Namun pemerhatian dalam bidang Fizik kini mendapati bahawa ada partikel-partikel yang berhubung pada jarak-jarak superjauh ini SERENTAK DAN MASA-NYATA tanpa menghiraukan sekali jarak berpuluh-puluh malah beratus-ratus tahun cahaya.Subhanallah.

Semua keanehan ini menyebabkan saintis-saintis Fizik Teori membangunkan hujah-hujah di dalam topik Teori String yang kini digelar Prinsip Holografik.

Bagaimana ini terjadi?Bagaimana ada jasad yang boleh berhubung di antara satu sama lain dalam jarak-jarak yang jauh pada masa-nyata?Sementara kita berhubung dengan Proxima Centauri lewat selama 47 bulan dengan menggunakan partikel-partikel foton cahaya yang bergerak selaju 299,792,458 meter sejam?

Apakah ada rahsia lain di sebalik sana?

Apa yang terjadi di sebalik sana,bintang-bintang,alam semesta yang jauh pada masa kita melihatnya?Adakah mereka sudah musnah atau bertukar kepada ruang yang lain?

Mengapa kita hidup di tengah-tengah imej-imej dan pandangan yang sudah berabad-abad lamanya?

Mengapa kita tidak boleh memandang mereka pada masa yang sama,pada keadaan yang sama kita dan mereka?

Apa rahsia alam semesta ini?

Benarkah cahaya membawa semua gambaran bintang-bintang itu?

Adakah medium yang lain yang lebih pantas dari cahaya?

Yang boleh membawakan semua rahsia langit itu tanpa batasan jarak yang teramat jauh?










JARAK-ILUSI DALAM HAKIKAT MATRIKS



To the mind that is still, the whole universe surrenders.
-Lao Tzu




Pada tahun 1997,seorang ahli Fizik Teori,Juan Maldacena mencadangkan satu model yang 'berani' merujuk kepada alam semesta di mana graviti timbul daripada satu entiti infiniti-nipis, iaitu terkenal sebagai tali yang bergetar yang menjadi asas kepada Teori String.Beliau mengatakan semua pengiraan matematik yang rumit dalam mengira semua struktur dalam Teori String,yang wujud dalam sembilan dimensi ruang tambah satu dimensi masa, akan menjadi semata-mata hologram: secara praktikalnya akan menjurus kepada maksud  lebih mudah,kosmos mendatar di mana tidak ada graviti.


Artikel penuh di MistisFiles

Cara akses:Kunci Kepada Pengetahuan Rahsia



Kenyataan Berhubung Isu Terkini Srikandi




Salam dan selamat sejahtera,

Kami ingin memberikan kenyataan berkenaan akaun media sosial salah seorang ahli kami yang juga admin dilantik untuk mengendalikan beberapa medium kami iaitu Srikandi,yang telah dihalang akses oleh media sosial tersebut.

Hampir seminggu akaun beliau dihalang dengan alasan:

-'contain suspicious activity'
-'unusual traffic'
-'explicit content'

Pihak kami berhubung dengan Lodgekeeper yang memiliki pengaruh dalam cabang-cabang organisasi The Elite untuk melobi bagi melepaskan akaun Srikandi.

Lodgekeeper memahami cabang teknologi The Elite tersebut dengan codename ECHELON. Echelon secara kasarnya ialah satu teknologi berasaskan software yang dipasang di dalam sesuatu host untuk memberi isyarat kembali kepada satu penerima.

Ia seakan trojan horse namun keupayaan Echelon memiliki lebih dari itu dan ia memiliki akses kepada satelit dan sistem komunikasi.

Media sosial yang menghalang Srikandi untuk mengakses akaunnya digelar oleh kami sebagai BLUE ECHELON.Ia adalah antara projek konsep-Echelon yang berjaya selepas beberapa projek serupa itu sejak zaman ARPANET lagi.

Jadi ingat,terma MEDIA SOSIAL pada hari ini bersangkut dengan projek konsep-Echelon untuk mengumpul data-data dan demografi penduduk dunia.

Jadi sebab itu,kebanyakan media sosial sekarang mula meminta nombor telefon dan 'Blue Echelon' mula menekan penggunanya supaya memberikan identiti sebenar.

Kami sebenarnya tidak menyukai Srikandi terlalu asyik bermain dengan Blue Echelon kerana lambat laun pasti ia akan mengesan identiti Srikandi melalui peranti komunikasi terbina-dalam di dalam telefon pintarnya.Namun Srikandi beralasan untuk melayan para peminatnya sekitar soalan-soalan sejarah.

Pihak kami sedang menggunakan lobi pihak ketiga untuk memulihkan akaun Srikandi.Mungkin ini akan memakan masa,namun dengan izin Tuhan,pasti berjaya.

-M.O
area13



Monday, March 2, 2015

The Matrix Interstellar

matrix_code_round

Amaran: Kami tidak menghalalkan artikel-artikel kami diplagiat TANPA MEMBERIKAN LINK KEPADA ARTIKEL ASAL/LAMAN ASAL.Semua peniruan yang bersumber dari artikel kami sama ada diubahsuai selepas itu adalah TIDAK DIIZINKAN.Amaran dan individu yang selalu memplagiat artikel kami telah didedahkan sebelum ini.Lihat SINI: Plagiat.Jika anda melihat artikel kami diplagiat sesuka hati tanpa memberikan KREDIT ke atas kami,sila laporkan di sini: MistisFiles.
Harap maklum.

Pernahkah anda terfikir,bahawa masa atau waktu yang anda miliki kini,adakah sama dengan 'seseorang' yang berada 5 juta tahun cahaya dari planet yang anda berdiam?

Adakah masa atau waktu yang ada merasainya kini sama dengan 'seseorang' yang berada di bibir lohong hitam yang sedang berada pada tahap klimaks daya gravitinya?

Adakah masa atau waktu yang anda tahu kini,sama dengan 'seseorang' yang berada di tengah-tengah pusat bumi?

Pernah tak anda terfikir,jika suatu ketika... semua sel-sel dan zarah-zarah tidak berubah,atau pegun...adakah masa dan waktu itu benar-benar wujud ketika itu?

Dalam artikel khas dalam siri The Maxtrix ini,kami akan cuba menerangkan kepada anda apakah sebenarnya masa dan waktu itu,bagaimana ia bergerak dan bagaimana ia 'menghantui' hidup anda selama ini.







The Matrix Interstellar


interstellar-30-780x327

Aim for the moon. If you miss, you may hit a star.
-W. Clement Stone


Alam Semesta ini sememangnya  luas.Keluasan alam semesta ini digambarkan seperti sebuah cincin di atas padang pasir yang luas.Ruang di dalam cincin itu diibaratkan alam semesta yang kita lihat sejauh mata memandang,sebagaimana jika kita mendongak ke langit dan melihat jauh ke arah bintang-bintang dan warna hitam ketika di waktu malam.

Apabila kita berdiri di tengah-tengah padang yang luas di waktu malam yang cerah,cuba dongak ke langit.Kita akan nampak beribu-ribu bintang bertaburan di atas langit.Kita tidak tahu berapa jauh bintang-bintang itu dari tempat kita berdiri tetapi kita tahu ia memang jauh.Oleh kerana bumi ini berbentuk bulat secara kasarnya,maka orang yang berada di bahagian bertentangan juga akan melihat perkara yang sama;iaitu langit yang seolah-olah tidak punya sempadan di hujung sana.




earth002



Jadi,katakan kita terbang ke angkasa dan berada di tengah-tengah alam semesta,kita akan lihat pemandangan yang sama di semua arah-keadaan gelap dengan taburan bintang-bintang di langit...di atas,di bawah,di kiri dan kanan.Berapa jauh setiap ruang di sekeliling kita?INI ADALAH PERSOALAN YANG AMAT SUKAR DIJAWAB.

Bintang yang paling dekat,iaitu Proxima Centauri sekalipun memiliki jarak 4.24 tahun cahaya.Berapa jauh bintang Proxima Centauri?

Artikel seterusnya dihttp://mistisfiles.historiansecret.com/

Skop perbincangan:

==========================

-Imej purba di langit
-Manusia hidup di kelilingi 'ancient timeframe'
-Masa yang berubah-rubah mengikut 'sesuatu'
-Garis masa atau 'timeline' yang melompat-lompat dari satu garis ke satu garis
-Adik yang berusia 20 tahun lebih tua dari si abang
-Ruang masa yang berbeza di antara Matriks
-Sehari yang sama dengan 1000 tahun
-Tingkatan masa antara galaksi
-Masa yang disedut dalam Lubang Hitam.
-Cahaya,si pengirim Matriks paling lembab.
-Medium lebih pantas dari cahaya.
-Medium berbeza dari langit ke langit.
-Matriks yang melengkung-lengkung

==============================

INI ADALAH PENGETAHUAN RAHSIA ANTARA PALING PURBA!
TRIK ATAU MUSLIHAT ALAM SEMESTA YANG JARANG DIKETAHUI!
HANYA DI MISTISFILES!