Saturday, July 4, 2015
The Historian Secret Society Public Board
To : All Comrade Artifex
From : Virgin of Orient
Date : 1 July 2015
Subject : Notes for Higher Diploma in Special History
The meeting will be held as follows:
Date : 5 July 2015
Time : 3.00 a.m.
Place : Imperial Chamber
The Agenda of the meeting is as follows:
1. Virgin of Orient address
2. The structure of the syllabus
3. Coronation
4. Other items to be discussed and decide
5. Distribute task
6. Motions relating to the above
7. Date of next meeting
8. Others matter
9. Close
======================================================
Kuliah telah masuk sesi ke-4
Struktur bahan kuliah:
The Historian Secret Society
1) Nota Srikandi IV
2) Video Teaser 'Tok Temong'
The Historian Conclave
1) Minitesis II
2) Video Syarah "Tok Temong" Bhg 1
2a) Video Syarah "Tok Temong" Bhg 2
2b) Video Syarah "Tok Temong" Bhg 3
2c) Video Syarah "Tok Temong" Bhg 4
3) Nota Muslihat Kewangan: "Aiming Psychology"
Yang masih belum mendaftar,anda boleh mendaftar untuk mendapatkan semua bahan-bahan kuliah yang tertinggal :
==========================================================
Klik sini untuk daftar>> http://historianlodge.historiansecret.com/?page_id=282
==========================================================
"Berkhidmat Untuk Kelompok Rahsia"
~virginoforient
Universiti Malaya
Wednesday, July 1, 2015
Dark Vatican VI
Kita telah membincangkan,bagaimana pengaruh pagan dari tradisi sistem dewa-dewi Rom,Greek dan Jerman/Skandinavia telah mempengaruhi perayaan-perayaan serta tradisi tertentu dalam dunia Katolik.
Namun di sana,di dalam tradisi kepaderian dan kebaktian gereja,tersembunyi rahsia paling penting dan ini adalah antara faktor-faktor yang memungkinkan Dua Kunci Sulit Terbesar dunia Kristian mesti disembunyikan dari pengetahuan umum.
Beribu-ribu tahun lamanya,sebelum pagan Eropah bangkit pada tahun-tahun kegemilangannya,dan sebelum para pengarang Veda menuliskan cerita tentang dewa-dewi Hindu mereka,para maharaja dan kesatria Babilon berperang untuk mempertahankan empayar mereka dan meluaskan jajahan.Sesetengah raja adalah begitu menggerunkan akibat kezaliman dan kegagahan mereka,sesetengahnya menganut fahaman sihir.
“Conclave Of The Babylonian Magus”
“…On her forehead: Mystery Babylon the Great, the Mother of Prostitutes and of the Abomination of the Earth..”
You need to login to view the rest of the content. Please Login. Not a Member? Join Us
Dark Vatican V
Untuk memahami The Black Mass,kita mesti faham bagaimana adat dan tradisi pagan mula-mula meresap masuk ke dalam tradisi Katolik.Sejarah menyaksikan bagaimana para paderi dan kardinal berdebat di dalam persidangan-persidangan ‘menentukan keimanan’ seperti Persidangan Nicaea yang terkenal itu setelah lebih kurang 300 tahun setelah Jesus tiada.
Terdapat empat aliran kepaderian utama di dalam dunia Katolik; Benedectine,Franciscan,Dominican dan Jesuit.
Setiap aliran kepaderian,memiliki gaya bagaimana mereka menyerap secara rahsia,simbol-simbol kebaktian pagan pada masa silam secara teramat halus.
Ketika yang lainnya meneruskan kepada adat kebaktian dari order lama pagan,yang lainnya bersembunyi dalam ritual gelap zaman Rom,yang lainnya…lebih bijak,menguruskan organisasi bawahtanah yang menyusup ke dalam politik dan sosial.
“The Jesuit”
“…the Bible, that serpent which with head erect and eyes flashing, threatens us (the Jesuits) with its venom while it trails along the ground, shall be changed into a rod as soon as we (the Jesuits) are able to seize it…”
You need to login to view the rest of the content. Please Login. Not a Member? Join Us
Dark Vatican IV: Saturnalia
Di sana ada satu perayaan yang amat masyhur sejak masa-masa Pagan di Eropah. Perayaan istimewa ini jatuh pada penghujung bulan Disember dan dianggap para penduduk sebagai waktu untuk beristirehat dan bergembira sepenuhnya. Sewaktu masa ini, mahkamah-mahkamah undang-undang ditutup.
Tiada sebarang perniagaan boleh dijalankan. Sekolah-sekolah diberi cuti. Memulakan suatu peperangan dianggap perbuatan jahat dan menghukum seseorang penjahat adalah tidak dibenarkan.
Hamba-hamba dilepaskan daripada pekerjaan-pekerjaan berat dan dibenarkan untuk memakai pileus ataupun lencana kebebasan.
Mereka diberikan hak kebebasan bersuara dan dilayani di dalam majlis khas yang dianjurkan tuan-tuan mereka serta memakai pakaian-pakaian yang cantik. Semua lapisan masyarakat menumpu perhatian mereka kepada bersukaria dan bergembira dengan acara pertukaran hadiah antara teman-teman.
“Saturnalia”
“..Iblis telah menggantikan satu perayaan pagan Saturnalia, dan menghubungkannya dengan apa yang diandaikan sebagai hari lahir Jesus,dan mereka-reka cerita tentang Santa Claus…”
You need to login to view the rest of the content. Please Login. Not a Member? Join Us
“Origin of The Black Mass”
Pada tahun 2011,Pastor Peter James telah memberikan satu ucapan yang sukar dalam kariernya di perjumpaan Gereja Presbyterian Vienna.Beliau bercakap tentang kekejaman seksual yang berlaku di gereja itu selama hampir 6 tahun.Skandal itu melibatkan pengurus-pengurus muda yang dipercayai.Beliau meminta maaf kepada khalayak dan mengatakan bahawa selepas menyelami masalah tersebut,mendedahkan “semua itu adalah lebih dasyat dari apa yang kita bayangkan”.
Dalam pada itu,kira-kira 2 tahun lepas gereja terbesar Wesleyan Methodist yang merupakan cabang gereja keempat di Britain telah merakamkan ucapan maaf atas kes pencabulan seksual yang berlaku di situ.Gereja tersebut membuat ucapan maaf secara umum setelah terbongkarnya hampir 2000 kes pencabulan di dalam institusi gereja itu sejak 1950.
Di Belgium,Biskup kota Bruges, Roger Vangheluwe, meletak jawatan pada April 2010 selepas mengakui bahawa dia telah mendera secara seksual seorang budak lelaki selama bertahun-tahun semasa menjadi paderi malah selepas dilantik menjadi biskup.
Skandal itu menarik perhatian bekas ketua Gereja Katolik di Belgium, Cardinal Godfried Danneels, yang telah menasihatkan mangsa pada bulan April tidak mendedahkan kepda awam akan skandal itu sehinggalah Vangheluwe bersara pada tahun 2011.
Pada 20 Mac, Pope Benedict XVI memohon maaf kepada mangsa-mangsa penderaan seks kanak-kanak oleh paderi Katolik di Ireland.
Beliau kemudiannya menerima perletakan jawatan Bishop John Magee, seorang pembantu kepada tiga paus sebelum ditugaskan ke Ireland, yang didapati telah menyeleweng dalam mengendalikan kes penderaan seks para biarawan di County Cork.Pope Benedict kemudiannya telah melantik 9 ahli panel gereja untuk menyiasat penderaan kanak-kanak di institusi Katolik Ireland.
Sejak dua dekad yang lalu, Gereja Katolik Rom di Amerika Syarikat - dengan Uskup Agung Boston khususnya - telah terlibat dalam beberapa siri skandal seks kanak-kanak.
Pada tahun 2002 ketika itu, Pope John Paul II mengadakan mesyuarat tergempar dengan kardinal Amerika Syarikat, tetapi dakwaan terus muncul.
Walaupun telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk mengambil tindakan tegas, Archbishop Bernard Law mengundurkan diri atas skandal itu pada akhir itu.
Apa yang berlaku sebenarnya selama beratus-ratus tahun di sebalik lorong-lorong dan basement gereja-gereja?
Di sana,ada sesuatu yang menjelekkan,mengejutkan ramai orang.Sejak zaman pagan lagi,pelbagai ritual misteri telah berjalan dalam budaya Eropah Kuno.Sebahagiannya tetap berjalan dengan senyap,sebahagiannya cuba ditutup.
Di sini kita akan bermula.
“Origin of The Black Mass”
“mereka merayakan Ibu Dewi yang meriah ketika zaman-zaman empayar Rom,berakar dari kepercayaan Mithra dan Ishtar..”
You need to login to view the rest of the content. Please Login. Not a Member? Join Us