Wednesday, March 12, 2014

MH370: The Code of 'Human Limitation'




Salam sejahtera,


Kita semua sudah maklum tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.Khabarnya pesawat ini telah berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac yang lepas dan dijangka akan tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.Namun pada pukul 1.30 pagi,dikatakan pesawat MH370 itu terputus hubungan sekitar Kota Bahru.

Soalannya,di manakah sebenarnya pesawat MH370 itu?

petikan yang lain...

Manusia bergantung kepada sains dan teknologi untuk bertindak.Tanpa sains dan teknologi maka manusia akan menjadi buntu untuk menyelesaikan masalah.Kebergantungan manusia kepada teknologi menyebabkan manusia tidak mampu melihat cara lain,sebab sebenarnya manusia berhidup di bumi yang masih banyak mengandungi perkara yang 'di luar teknologi' manusia.

Petikan yang lain...

Dalam kes Air France Flight 447 di mana pesawat itu telah jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 dan membunuh 228 orang,dilaporkan bahawa ia adalah kesilapan teknikal.

Ia mengambil masa selama hampir dua tahun untuk mengesan lokasi bangkai pesawat yang tenggelam di celah-celah banjaran gunung di dasar laut.Tentunya ia pencarian yang amat sukar di celah-celah jurang atau 'pergunungan' dasar laut dalam itu.

Soalannya,mengapa ia mengambil masa yang lama untuk dikesan?

 

petikan yang lain...

Namun dalam kes MH370,sebenarnya masalah 'tiub pitot' beku tidak mungkin akan berlaku berdasarkan cuaca dan pengalaman terkini dimana masalah tersebut sudah diselesaikan oleh teknologi yang terbaru.Katakan masalah yang sama berlaku,di mana MH370 menjunam?Pastilah di Laut China Selatan bukan?

Perkembangan terkini,'mereka' tidak menjumpai apa-apa di sekitar laut antara Malaysia dan Vietnam.Ini aneh.Pesawat itu tidak jatuh ke dalam laut.Satelit juga gagal memetakan topografi kawasan yang disyaki untuk menemukan apa-apa tanda bangkai pesawat.

Soalannya,bagaimana jika ia menjunam di daratan?

Petikan yang lain... 


Radar biasa adalah berfungsi secara asas sahaja,iaitu hanya mengesan kesan pantulan isyarat radar pada objek.Ia akan menentukan sasarannya apabila isyarat radar dipantulkan dan muncul sebagai 'blip' pada skrin.Lebih besar objek,lebih besarlah kadar pantulan tadi.Namun transponder memperbaiki isyarat pantulan tadi sehingga mampu memberikan maklumat tambahan kepada kawalan trafik.

Bagaimana jika ia ditutup?

petikan yang lain...

Tidak perlu diceritakan di sini bagaimana radar tidak atau kurang berkeupayaan mengesan pesawat 'stealth' seperti B-2 Spirit atau F-22 Raptor.Rekabentul,bahan yang digunakan dan teknologi pemintas radar adalah jawapannya.



petikan dari artikel penuh...

Apa yang saya terangkan di atas adalah dalam sudut teknologi sahaja.Apa yang berlaku dalam kekuasaan Allah Yang Maha Esa.Tiada pasir yang bergerak di dasar lautan semuanya dalam pengetahuan Allah.Tiada daun-daun yang bergerak semuanya dalam ilmu Allah.Tiada semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di malam yang kelam,juga tiada cacing yang bergerak di sebalik batu hitam di dasar lautan yang dalam di malam yang gelap di kala mendung yang kelam,

Semuanya di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah swt.

Manusia akan mengetahui betapa besarnya kuasa Allah swt apabila semua ilmu dan kepandaiannya mencapai keterbatasan.Sains dan teknologi tidak mampu membantunya lagi.Di saat itu manusia akan melihat kepada kuasa yang lebih tinggi darinya.

Jika ada tangan-tangan manusia merancang kehilangan MH370,pasti dan pasti perancangan Dia lebih hebat dan mengatasi perancangan manusia-manusia tadi.


-Hermit
Sepang
12.Mac.2014

 ========================

Artikel penuh boleh dibaca di MistisFiles & MistisJournal.

Cara untuk mengakses: 
 Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj

Peraturannya: Siapa cepat dia akan akses dahulu.Kuota sudah hampir penuh.
=========================



No comments:

Post a Comment