Ia adalah sesuatu yang kemungkinan besar merupakan sesuatu yang biasa kita lihat.Ia adalah seperti corak-corak yang bersimetri antara satu sama lain.Ia adalah corak yang harmoni dan indah.Ia adalah simbol biasa yang banyak ditemui dalam ajaran kerohanian dan agama di seluruh dunia.
Ia boleh didapati di seluruh dunia di dalam banyak agama.Ia adalah salah satu simbol suci tertua yang diketahui oleh manusia.Ia adalah bentuk geometri yang terdiri daripada pelbagai bulatan bertindan yang sama saiz.Terdapat sejumlah besar maklumat dan pengetahuan yang boleh diperolehi daripada pemahaman menerusicorak-corak,bagi sesetengah orang.Ia dianggap sebagai 'geometri suci' yang mengandungi nilai-nilai keagamaan dan falsafah dan kepada jumlah interpretasi sehingga ia seolah-olah menggambarkan bentuk asas ruang dan masa,malah lebih daripada itu.Di mana manusia percaya seolah-olah seluruh kehidupan ini adalah penuh cinta dan harmoni sebagaimana corak-corak yang terbit dari,
Bunga Kehidupan
A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love.
-Max Muller
The Flower of Life (Bunga Kehidupan) adalah merupakan corak-corak geometri yang telah wujud selama lebih beribu-ribu tahun dahulu dan tercatat dalam banyak kebudayaan purba dari timur hingga ke barat.Persamaan corak-corak geometri ini dalam semua kebudayaan purba yang merentas satu jangkamasa yang berbeza antara satu sama lain dan juga merentas benua dan geografi menunjukkan bahawa corak-corak geometri ini bukanlah merupakan satu ciptaan dan imaginasi artistik masyarakat dari kebudayaan purba dahulu.Sebaliknya terdapat nilai esoteris yang melangkaui budaya dan agama purba. Kemungkinan corak-corak geometri ini dihasilkan melalui pengalaman mistik ahli-ahli esoteris zaman dahulu kala.
SETERUSNYA ....KLIK DI SINI>> http://mistisfiles.blogspot.com
Bunga Kehidupan ini adalah
salah satu corak Geometri Suci yang paling banyak di dapati dan
tercatat dalam kebanyakan budaya dan agama purba.Bunga Kehidupan
dikatakan sebagai bentuk paling asas dan utama bagi ruang dan masa.
Kuil Osiris di Abydos, Mesir mengandungi
corak Bunga Kehidupan yang paling tertua di dunia yang pernah di rekod
dan dicatatkan. Ketepatan masa bilamana ukiran ini dibuat tidak dapat
dikenal pasti. Namun ianya dikatakan berusia lebih dari 6000 tahun dan
mungkin menjangkau sehingga 10, 500 BC tahun yang lalu.
Kajian terhadap corak-corak Bunga Kehidupan pada hari ini mendapati terdapat ketepatan matematik dan hubung-kait
dengan Hukum Fizik.Adalah tidak diragui lagi bahawa ahli-ahli esoteris
zaman dahulu kala telah memerhatikan alam semesta ini dan dapat
“melihat” corak-corak geometri tertentu sebagai satu bentuk aliran
tenaga yang mengalir dari alam yang tidak kelihatan dengan mata kasar
kepada alam fizikal ini. Justeru itulah kita mendapati banyak lakaran
corak-corak Geometri Suci dalam Bunga Kehidupan ini dalam tempat-tempat suci dalam kebanyakan
budaya dan agama purba.
SETERUSNYA KLIK DI SINI>> http://mistisfiles.blogspot.com
SETERUSNYA KLIK DI SINI>> http://mistisfiles.blogspot.com
Baca tentang apa yang makna di sebalik Bunga Kehidupan di dalam artikel pertama M.O dalam The Sacred Geometry: The Flower of Life.
===================================
CARA UNTUK AKSES KE ARKIB PENGETAHUAN RAHSIA MISTISFILES:
Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj
====================================
Kuota pembaca 10.08am 1May2014 : 18 tempat di MJ,10 tempat di MF