Wednesday, April 30, 2014

Sacred Geometry: The Flower of Life





Ia adalah sesuatu yang kemungkinan besar merupakan sesuatu yang biasa kita lihat.Ia adalah seperti corak-corak yang bersimetri antara satu sama lain.Ia adalah corak yang harmoni dan indah.Ia adalah simbol biasa yang banyak ditemui dalam ajaran kerohanian dan agama di seluruh dunia.

Ia boleh didapati di seluruh dunia di dalam banyak agama.Ia adalah salah satu simbol suci tertua yang diketahui oleh manusia.Ia adalah bentuk geometri yang terdiri daripada pelbagai bulatan bertindan yang sama saiz.Terdapat sejumlah besar maklumat dan pengetahuan yang boleh diperolehi daripada pemahaman menerusicorak-corak,bagi sesetengah orang.Ia dianggap sebagai 'geometri suci' yang mengandungi nilai-nilai keagamaan dan falsafah dan kepada jumlah interpretasi sehingga ia seolah-olah menggambarkan bentuk asas ruang dan masa,malah lebih daripada itu.Di mana manusia percaya seolah-olah seluruh kehidupan ini adalah penuh cinta dan harmoni sebagaimana corak-corak yang terbit dari,





Bunga Kehidupan 









A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love.
-Max Muller


The Flower of Life (Bunga Kehidupan) adalah merupakan corak-corak geometri yang telah wujud selama lebih beribu-ribu tahun dahulu dan tercatat dalam banyak kebudayaan purba dari timur hingga ke barat.Persamaan corak-corak geometri ini dalam semua kebudayaan purba yang merentas satu jangkamasa yang berbeza antara satu sama lain dan juga merentas benua dan geografi menunjukkan bahawa corak-corak geometri ini bukanlah merupakan satu ciptaan dan imaginasi artistik masyarakat dari kebudayaan purba dahulu.Sebaliknya terdapat nilai esoteris yang melangkaui budaya dan agama purba. Kemungkinan corak-corak geometri ini dihasilkan melalui pengalaman mistik ahli-ahli esoteris zaman dahulu kala.

SETERUSNYA ....KLIK DI SINI>>  http://mistisfiles.blogspot.com

 Bunga Kehidupan ini adalah salah satu corak Geometri Suci yang paling banyak di dapati dan tercatat dalam kebanyakan budaya dan agama purba.Bunga Kehidupan dikatakan sebagai bentuk paling asas dan utama bagi ruang dan masa.

Kuil Osiris di Abydos, Mesir mengandungi corak Bunga Kehidupan yang paling tertua di dunia yang pernah di rekod dan dicatatkan. Ketepatan masa bilamana ukiran ini dibuat tidak dapat dikenal pasti. Namun ianya dikatakan berusia lebih dari 6000 tahun dan mungkin menjangkau sehingga 10, 500 BC tahun yang lalu.


Kajian terhadap corak-corak Bunga Kehidupan pada hari ini mendapati terdapat ketepatan matematik dan hubung-kait dengan Hukum Fizik.Adalah tidak diragui lagi bahawa ahli-ahli esoteris zaman dahulu kala telah memerhatikan alam semesta ini dan dapat “melihat” corak-corak geometri tertentu sebagai satu bentuk aliran tenaga yang mengalir dari alam yang tidak kelihatan dengan mata kasar kepada alam fizikal ini. Justeru itulah kita mendapati banyak lakaran corak-corak Geometri Suci dalam Bunga Kehidupan ini dalam tempat-tempat suci dalam kebanyakan budaya dan agama purba.

SETERUSNYA KLIK DI SINI>>  http://mistisfiles.blogspot.com

Baca tentang apa yang makna di sebalik Bunga Kehidupan di dalam artikel pertama M.O dalam The Sacred Geometry: The Flower of Life.


===================================

CARA UNTUK AKSES KE ARKIB PENGETAHUAN RAHSIA MISTISFILES:

 Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj


====================================

Kuota pembaca 10.08am 1May2014 : 18 tempat di MJ,10 tempat di MF

Tuesday, April 29, 2014

The Sacred Geometry



Sejak beribu-ribu tahun yang lalu,manusia percaya bahawa berkomunikasi dengan Kuasa Tertinggi atau digelarkan 'Tuhan' pasti mempunyai cara-cara yang tertentu.Manusia membuat pelbagai-bagai ritual dan cara berdoa,semata-mata untuk berhubung dengan Kuasa itu.

Selain dari bermacam-macam gerakan dan gaya untuk berhubung dengan Kuasa itu.ada sekelompok manusia percaya,bahawa untuk berhubung atau berkomunikasi dengan Kuasa itu,adalah melalui perantaraan corak-corak tertentu yang mematuhi nisbah dan kadaran tertentu.Kononnya,nisbah itu adalah salah satu tanda kesempurnaan dan simbol Ketuhanan.Mereka berhubung melalui apa yang dikatakan sebagai,









The Sacred Geometry










The laws of nature are but the mathematical thoughts of God.
-Euclid








'Sacred Geometry' (Geometri Suci) adalah istilah yang digunakan oleh ahli-ahli arkeologi,antropologi dan ahli Matematik Geometri.Ia termasuk agama,falsafah dan kerohanian berkenaan kepercayaan yang telah dikelilingi oleh aspek geometri dalam pelbagai budaya di sepanjang sejarah.

 Ia meliputi geometri Pythagoras dan juga hubungan antara keluk organik dan keluk logaritma."Geometri Suci" ini telah berkembang sebagai hasil daripada budaya yang berbeza.Kami akan menerangkan kepada anda sejarah Geometri Suci ini serta  menyediakan lima pandangan yang berbeza tentang bagaimana budaya yang berbeza telah membuat bentuk-bentuk geometri menjadi sesuatu yang suci.Kemudian kami akan menerangkan maksud nombor-nombor tertentu, kerana angka-angka telah memainkan peranan penting dalam topik Geometri Suci.Beberapa contoh tempat-tempat suci juga akan disediakan.Contoh-contoh ini akan menyediakan anda dengan rasa sebenar bagaimana Geometri Suci digunakan di tempat-tempat suci ini seperti di dalam piramid dan kuil-kuil.


Topik 'The Sacred Geometri ini merangkumi:

-Matematik Geometri
-Logaritma
-Falsafah
-Agama 
-Nisbah Emas
-Nombor Phi
-Kejuruteraan Bentuk
-Nombor Fibonacci
-Pandangan Perspektif
-Seni Simetri
-Keseimbangan
-Senibina
-Kontra
-Elemen
 -dan banyak lagi

 Mereka telah menemukan bahawa alam ini direkabentuk dengan nisbah-nisbah tertentu dan semuanya bukan secara rawak namun 'dibina' berdasarkan satu format khas.Dengan memahami semua nisbah dan format ini,manusia percaya ia merupakan seakan-akan petunjuk untuk berhubung dengan penciptanya,yakni Si Genius yang memiliki Minda Tertinggi.



Kaitan Geometri Suci dan Manusia

Sejak mereka menemui bentuk-bentuk alam ini seperti jumlah kelopak bunga,jumlah corak hablur ais,garis pusat bulan,perimeter matahari dan sebagainya mempunyai nisbah-nisbah tertentu yang berkait antara satu sama lain maka manusia membina satu kepercayaan bahawa semua nisbah-nisbah ini adalah seakan-akan 'wahyu' atau petunjuk yang membawa kebaikan kepada yang tahu.

Mereka menjadikan bentuk-bentuk tertentu yang mematuhi nisbah ini dan padat dengan simetri untuk dijadikan sebagai alat ritual,dengan harapan,ia akan melahirkan kuasa tertentu sebagaimana kepercayaan mereka mesti ada sebab mengapa Kuasa itu memilih nisbah-nisbah tertentu untuk 'membina' alam semesta ini.

Semua ini akan diterangkan dalam kempen antara yang palingmendebarkan setakat ini di MistisFiles.

Selamat Datang ke Pengetahuan Rahsia

Angka-angka adalah perkakas untuk berhubung kepada satu kesedaran.

Atau cara untuk membuatkan kita percaya kepada kewujudan-Nya.

Melalui...


The Sacred Geometry

Hanya di MistisFiles dan MistisJournal.

Cara untuk akses:

  Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj

jumpa kami di dalam sana. 



-M.O
area13

Monday, April 28, 2014

The Gatekeepers







Apabila manusia mula mempercayai bahawa alam ini adalah sebenarnya bukan tunggal atau satu secara teknikalnya,maka mereka mula melihat kepelbagaian.Apabila mereka melihat kepada model keperbagaian ini-yang dipacu oleh istilah hiperdimensi (hyperdimension) dan alam berbilang (multiuniverse),maka mereka mula mengkaji tentang lapisan-lapisan di antara dimensi.

Mengapa?Adalah lebih mudah untuk mengkaji lapisan (shell) ini sementara mahu melihat keseluruhan dimensi-dimensi yang pelbagai tetapi ternyata nampak seakan-akan satu.Jika kita berada di dalam gelap di dalam sebuah bilik,kita cenderung untuk meraba-raba dengan tujuan mencapai dinding atau penjuru untuk mengagak kedudukan.

Setiap lapisan dan 'dinding' ini mempunyai pintu,kerana setiap dimensi mampu berhubung di antara satu sama lain.Dimensi atau alam-alam ini boleh direntasi,ya...melalui pintu-pintu ini dan setiap pintu mempunyai sistem mereka yang tersendiri,iaitu



'The Gatekeepers'









“Why it's simply impassible!
Alice: Why, don't you mean impossible?
Door: No, I do mean impassible. (chuckles) Nothing's impossible!”

― Lewis Carroll, Alice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass




Dalam artikel pengiring untuk siri The Heavengate: The Gate of Yehova II dalam siri kempen The Sacred Geometry,kami akan mengupas tentang perbincangan hangat dunia Fizik Teori tentang kewujudan hiperdimensi dan alam pelbagai ini dan yang penting;setiap dimensi pelbagai ini ada penjuru dan dinding yang berpintu,dan setiap pintu terdapat para penjaganya iaitu 'The Gatekeepers'.Secara teknikal dan saintifik,ia semacam sistem yang berfungsi untuk mengawal entiti yang keluar masuk dari dimensi ke dimensi.Secara falsafah,ia adalah para penjaga yang ditugaskan untuk menjaga pintu dan setiap orang yang mahu merentasi dimensi mestilah berdepan dengan para penjaga ini sebelum dibenarkan masuk ke dalam dimensi atau alam itu.

Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam laporan ini adalah:

-Hiperdimensi
-Teori String
-Mekanik Kuantum
-Kosmologi
-Lapisan-lapisan antara dimensi (shell)
-Brane
-Sempadan antara ruang
-'The Gatekeepers' atau penjaga antara ruang. (dalam Fizik Kosmologi ia dipanggil 'sistem')
-Konsep Vedic dalam menerangkan sempadan (shell) antara dimensi
-Alam semesta berbilang
-Penjaga-penjaga Langit yang disebut dalam AlQuran
-Penjuru Langit dan Sempadan Langit
-Teori M
-Syarat merentasi antara dimensi
-Tahap dimensi
-Penjaga Langit yang mengawal amal naik ke atas
-Penjaga Langit yang melempar api

Kesimpulannya,apabila didapati bahawa terdapat kewujudan The Gatekeepers,maka kita tahu bahawa di sana ada pintu-pintu yang dijaga.Maka,kewujudan pintu-pintu ini adalah manifestasi kepada dinding,atau lapisan (shell) yang membentuk ruang alam atau dimensi tadi.Alam atau dimensi adalah sesuatu yang tercipta,maka apa jua yang tercipta mempunya had atau sempadannya.Maka kewujudan sempadan-sempadan ini,memungkinkan pencerahan kepada apa yang dipanggil alam pelbagai (multiuniverse),alam berserenjang (parallel universe) atau hiperdimensi (hyperdimension).



The Gatekeepers dalam AlQuran

Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

(al-Jin: 8-9)

Alam ini mempunyai dimensi atau ruang-ruang yang tidak mampu dicapai manusia,soalannya,mengapa ia memerlukan penjagaan yang ketat?Jawapannya,ia tidak mampu dicapai oleh kudrat manusia setakat ini,namun mampu dicapai oleh makhluk-makhluk lain seperti jin dan syaitan.Kewujudan malaikat-malaikat penjaga ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menunjukkan kebesaran-Nya.

Semua ini boleh dibaca di dalam MistisFiles dan MistisJournal.


-M.O


Cara untuk akses:

Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj