Tuesday, December 23, 2014

Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga-Ligor


hulubalangmelayu

(foto menunjukkan hulubalang-hulubalang Melayu sebagai pengawal Jayavarman II,foto diambil dari sebuah kuil pra-Angkor)


Catatan: Ini adalah artikel ketiga dalam siri kempen 'The Cursed Pyramid of Tasek Chini' di MistisFiles:

1) The Cursed Pyramid of Tasek Chini
2)  The Pyramid of Sailendra and Hidden Blueprint of Jayavarman II
3)  Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga-Ligor
4) Hubungan Bangsasura & Dewasura
5) The 'West Baray' of Chini & Secret Tunnel to 'Cursed Pyramid'


Selamat membaca.

-M.O


============================================{***}===========


Suryavarman I adalah anak seorang raja Melayu dari sebuah Malay city-states (disebut negeri Melayu) bernama Tambraliga atau Ligor di dalam hikayat-hikayat Melayu klasik.Ayahnya,sering dinyatakan sebagai Sujita atau Sochita (dalam riwayat Siam) adalah raja Tambralinga yang mengahwini kerabat raja Khmer.

Hasil perkahwinan inilah,Suryavarman I dilahirkan.

Apakah kaitan raja ini kepada rahsia piramid di Tasik Chini? Suryavarman I telah membaca BLUEPRINT KEDUA yang amat sulit,berkaitan sistem pengairan kuno kaum-kaum Proto-Austronesia yang diamalkan oleh kerajaan Bama dan Chini di Pahang sebelum Sri Dharmaraja menaklukinya dengan salah seorang gabenornya,Maharaja Dewasura yang disebut dalam Sulalatus Salatin.

Semua itu,dibaca bersama-sama 'blueprint piramid' dari catatan raja-raja sebelumnya sehingga sampai ke Jayavarman II yang mempelajari seni 'architecture' piramid kerabat Melayu Sailendra,yang sebelum itu memiliki hubungan dengan kerabat Melayu purba di Pahang yang disebut-sebut dalam riwayat Siam purba sebagai 'Thauh" dalam bahasa Melayu Tamra dalam riwayat 'Mukh Batoh' yang tersimpan dalam sebuah wat purba di Ranong.










Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga

dari ‘layout’ Sailendra Yang Mewarisi Pelan Piramid Kerajaan Melayu Kuno Chini



west baray2

"...atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi..."
(Prasasti Grahi,Thailand)




Legenda raja-raja Melayu memindahkan teknologi dan kepandaian di kalangan orang Khmer ini menjadi seakan taboo di kalangan orang Thai dengan mengatakan bahawa 'orang Khom' inilah yang mengajar peradaban kepada Khmer malah membina juga kuil-kuil dan istana-istana di Kemboja.
Siapakah 'Khom' itu?

Perkara ini menjadi 'puzzle' di kalangan sarjana sejarah seperti Micheal Vickery dan Coedes.
Ini sangat aneh apabila para penjajah Perancis menduduki Kemboja,mereka menemui sekian banyak kesan-kesan sejarah namun apabila ditanyakan kepada penduduk tempatan,mereka seolah-olah juga baru mengetahui tentang peradaban itu.Henry Mouhot,pengembara Perancis antara terawal menjumpai tapak Angkor Wat amat sukar mempercayai bahawa orang Khmer telah membina binaan sehebat itu.Sedangkan orang Khmer sendiri yang menjadi pekerja dan pembantunya dalam membersihkan tapak Angkor Wat itu juga tidak mengetahui apa-apa berkenaan binaan itu.
Diceritakan bahawa apabila penjelajah Perancis itu bertanyakan siapakah yang membina Angkor Wat itu,orang-orang Khmer yang mengikutinya menjawab,ia dibina oleh 'orang asing'.

Orang lain yang mengetahui siapakah di sebalik arkitek yang memberikan idea atau yang membina semua projek-projek pembinaan di Angkor adalah orang-orang Lao dan Thai yang mula membanjiri Indochina sejak abad ke 10 Masehi apabila kerajaan Nanchou di Yunnan berpecah.Mungkin mereka sangsi  kerana yang membayangi orang Khmer adalah raja-raja dari 'orang Khom' ini.Ini adalah misteri yang tersimpan dalam lukisan-lukisan purba di wat-wat tersembunyi di pedalaman Thailand.
Sepertimana Jayavarman II yang membawa senibina dan kejuruteraan arkitek dinasti Melayu Sailendra ke Kemboja,maka Suryavarman II pula membawa seni takungan air raja-raja Melayu Pahang dan Perak purba.Kota yang dikelilingi air adalah aspek penting negarakota Melayu pada masa silam.

Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar
khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah meng-
himpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupi pintu kotanya, dan bangunan-bangunan
pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air
(Sulalatus Salatin)

Kita membincangkan tentang ciri-ciri negarakota Melayu yang tidak dibina berdekatan dengan laut,tetapi yang dibina jauh ke pedalaman darat,namun berdekatan dengan TASIK.Dan tasik itu mesti bukan tasik yang terkepung (landlocked) tetapi memiliki aliran yang terus ke laut.Inilah dia TASIK PAUH JANGGI,iaitu tasik sumber kehidupan kepada negarakota-negarakota Melayu di sebelah darat,yang tersembunyi dan tenggelam!





 Bentuk Topografi Tasik  Tonle Sap


TonleSapMap

Tasik Tonle Sap ialah sebuah tasik air tawar yang terbesar di Kemboja sekaligus di Asia Tenggara. Iamembekalkan sumber air minuman kepada penduduk Angkor. Selain itu, pada musim banjir, limpahan air dari Sungai Mekong akan mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, keluasan tasik ini menjadi 300.78 km persegi.

Pada musim kemarau, kawasan tasik ini menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang subur. Selain itu, tasik ini juga membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar. Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan.

Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.

Kita boleh simpulkan bahawa Tasik Tonle Sap:

1. Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.

2. Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap.

3. Kegiatan perikanan di Tonle Sap dijalankan pada sepanjang tahun. Ikan yang ditangkap
adalah untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan juga dieksport.

4. Ikan mudah ditangkap pada musim kemarau kerana airnya cetek. (air tasik surut sehingga
1.52 meter).

5. Tonle Sap juga penting sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal ke Tonle
Sap melalui Sungai Mekong.

6. Tonle Sap membekalkan air untuk kegunaan domestik penduduk tempatan dan kawasan
pertanian.

Kita tahu bahawa tasik ini mengalir ke Sungai Mekong dan terus ke laut.Jadi ia sebenarnya mampu memberikan akses ke laut melalui Sungai Mekong.Membina penempatan di sini adalah amat sesuai.Suryavarman I telah nampak situasi ini,namun apakah yang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membina takungan West Baray?Ini adalah aneh.
Tonlesap


Lihat foto di atas,ini adalah Tasik Tonle Sap dengan bentuk 'pauh' iaitu sejenis mempelam.Suryavarman I telah melihat betapa 'pauh' ini begitu banyak di Tasik Chini,namun hanya satu sahaja,dalam bentuk yang besar di Tonle Sap.Apa kepentingan 'pauh' sehingga Suryavarman I bersusah-payah membina West Baray?



Projek West Baray Suryavarman I 



Kita ulangkaji kembali 'bluprint' projek takungan air anak raja Melayu dari negeri Ligor itu yang bernama Si  Jagat Raya atau Kamraten Jagad Rajya (sebutan Khmer), Suryavarman I.
West Baray adalah panggilan bahasa Inggeris kepada tasik atau kawasan tadahan buatan untuk menampung air di Angkor, Kemboja.

 Tasik buatan ini memanjang dari barat ke timur dan terletak tepat di luar tembok barat kota Angkor Thom. Berbentuk persegi panjang berukuran sekitar 7.8 km x 2.1 km,West Baray adalah takungan buatan terbesar di kawasan Angkor. Air tasik ditahan oleh struktur tebing tinggi dari tanah. Di tengah takungan terdapat candi Mebon Barat, sebuah candi Hindu yang dibangun di atas sebuah pulau buatan.

Pembangunan takungan ini mungkin dimulakan pada abad ke-11 pada masa pemerintahan Raja Suryavarman I dan kemudian disambung pada masa pemerintahan Raja Udayadityavarman II.
Para arkitek Angkor mungkin membangun tasik ini dengan membaiki struktur yang sudah dibangun sebelumnya.Kawasan saluran di timur misalnya, mungkin dibangun dari bahagian parit yang mengelilingi ibu kota Raja Yasovarman, dengan candi Phnom Bakheng tepat berdiri di tengahnya. Pada bahagian lainnya, pembangunan takungan kemungkinan juga menenggelamkan kawasan permukiman. Tebing di selatan misalnya, pada sebahagian strukturnya menimbun candi piramid dari bata, Ak Yum. Di dasar sebelah barat tasik atau takungan itu terlihat bekas-bekas permukiman, penelitian arkeologi menemukan dasar tembok, tangga, dan pecahan tembikar. Sebuah prasasti yang ditemukan di tempat ini, berusia sejak tahun 713 Masehi, memastikan adanya permukiman yang telah ada lebih dulu, menyatakan bahawa sebidang kawasan persawahan dipersembahkan kepada Ratu Jayadevi (atau Jamadevi dari Haripunjaya?).

Arkeolog Perancis awal percaya bahwa West Baray berfungsi sebagai rizab penampungan air untuk mengairi saluran pengairan  pada musim kemarau.Penelitian kemudian menunjukkan bahawa fungsi utamanya adalah fungsi simbolik,sebagai mitos laut suci dalam kepercayaan Hindu, dengan candi Mebon Barat sebagai pusatnya. Di masa kini, sebuah pintu air pengairan dibangun di bahagian selatan tasik,memungkinkan pengairan kawasan persawahan di selatan takungan itu. Kini takungan itu mampu menampung air di sebelah barat sepanjang tahun. Pada musim hujan air naik dan menyentuh tebing di bahagian timur.

Jika anda perasan,projek ini dimulakan oleh Suryavarman I yang mewakili kedua-dua kerajaan; Angkor dan Sri Dharmaraja.Konsep takungan air ini sebenarnya adalah ciri-ciri teknologi kerajaan purba Melayu di masa silam yang mahu menyambungkan kawasan pedalaman darat dengan sungai atau laut.

AKSES KE LAUT PADA MASA DAHULU ADALAH SEPERTI MENGAKSES KEPADA LEBUHRAYA PERDAGANGAN MARITIM.

Namun pada masa yang sama,ia digunakan untuk tujuan tadahan air dan juga dibina pulau buatan serta 'PIRAMID-PIRAMID'.

Ini bukanlah aneh,kerana teknologi piramid sudah lama dikenal oleh orang Kemboja,sejak raja pertama Angkor membawa pengetahuan itu dari BOROBUDUR DAN MELAYU SAILENDRA,DINASTI PALING BERKUASA EMPERIUM SRIVIJAYA.




Ciri-ciri Topografi Muka Bumi Tasik Chini


chini



Tasik Chini adalah salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.

Jika kita perhatikan Tasik Chini memiliki '12 tasik' atau 'laut' yang sebenarnya takungan yang sebahagiannya tidak terpisah malah masih berhubung antara satu sama lain.Ia juga mewujudkan pulau seperti Pulau Balai,yang kita lihat berada di tengah.Semua tasik ini dihubungkan ke Sungai Pahang melalui Sungai Chini dan akan menuju ke laut melalui Pekan,Pahang.

Apakah maksud semua ini?

TASIK CHINI ADALAH SEBUAH BEKAS SEBUAH IBUKOTA SATU KERAJAAN PURBA.
Kedudukannya yang strategik dan kemudahan akses ke laut adalah amat sesuai untuk dijadikan penempatan atau ibukota.Melalui sungai Pahang,kedudukannya ke laut tidaklah begitu jauh.Penduduk akan memperolehi air segar dari tasik dan pada masa yang sama boleh mengakses ke laut melalui Sungai Chini dan Sungai Pahang.

INILAH TASIK PAUH JANGGI YANG AMAT IDEAL.
tonlepauhjamggi



'Blueprint' Tasik Pauh Janggi


Tonlesap


Apakah Tasik Pauh Janggi?Mengapa ia sangat popular di kalangan orang Melayu purba?
Dalam sejarah negeri Perak kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa. Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.

Pauh Janggi juga merujuk kepada kelapa laut dan Sepoh Janggi atau 'Pulau Janggi' iaitu antara alat kebesaran Kesultanan Brunei adalah diperbuat dari tumbuhan ini.

Apakah maksud 'Pulau Janggi'?Semuanya ini memacu kepada mitos yang sama;sama ada TASIK atau PULAU,ia adalah berkaitan dengan satu kawasan tadahan air yang besar.

Seperkara lagi,buah Pauh Janggi atau kelapa laut ini banyak terdapat di Thailand dan Kemboja dan dikenali sebagai buah 'Ta' oleh masyarakat Kelantan.

Apakah rahsia dari semua ini?Mari kita lihat peta Tasik Tonle Sap:

TonleSapMap


Lihat nama-nama seperti 'Battambang',Kampong Thom,Kampong Luong dan Kampung Chhnang.Battambang adalah bekas negeri Melayu yang direkod sebagai Malayang dalam rekod era Angkor yang bernaung di bawah Empayar Angkor.

Kampong dalam istilah Khmer ialah 'pelabuhan' atau 'pangkalan'.Namun,ini agak aneh sebab ia lebih kepada kawasan penempatan daripada semata-mata pelabuhan.Ini menunjukkan legenda kampung-kampung orang Melayu yang dibina berdekatan sungai dan laut untuk akses ke perdagangan laut,berbanding dengan kehidupan orang Khmer yang bersifat agraria.

Kita bayangkan,sebelum orang Chenla (negeri asal bangsa Khmer) tiba di Tasik Tonle Sap atau 'Tasik Pauh Janggi' ini,telah wujud beberapa negeri atau negarakota di sekeliling tasik.Inilah dia yang dinamakan 'Malayang' atau negeri-negeri Melayu dalam satu inskripsi Angkor.Selepas perluasan kuasa oleh Chenla,orang-orang Melayu di sana sama ada berasimilasi dengan bangsa Khmer atau pun bergerak ke selatan seperti ke Segenting Kra.

Ini adalah misteri yang tersembunyi dalam legenda Tasik Pauh Janggi.
Persoalannya,mengapa Suryavarman I ingin membina West Baray walaupun tahu ia berdekatan dengan tasik air tawar yang besar?

Rahsianya merentasi beratus-ratus tahun ke belakang,sebelum Jayavarman II menyeludup 'blueprint' piramid Sailendra ke Kemboja,ketika Srivijaya menduduki Cahaya dan Lawasanggaratha (Chiang Mai).


NANTIKAN SIRI TERAKHIR YANG SEMAKIN MENDEBARKAN.

HANYA DI MISTISFILES...

No comments:

Post a Comment