Friday, July 13, 2018
"Penjelmaan Semula"
Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dapat dinafikan berpaksikan pada satu tokoh, yakni Tun Dr. Mahathir (Tun M). Beliau adalah bayangan dan kuasa pusat yang amat kritikal kepada nyawa parti tersebut. Apa-apa yang masuk dan keluar dari pemikiran dan jiwanya adalah de facto kepada untung nasib partinya sendiri.
Kisah ini seakan-akan sama dengan Parti Keadilan Rakyat - yang hidup seputar keluarga DS Anwar Ibrahim. Urban legend menyatakan sekiranya hapus legasi keluarga ini - maka parti yang ditubuhkan asalnya untuk melawan Mahafiraun, gelaran yang diberikan kepada Tun M dahulu akan mencapai era kiamat. Bertahun-tahun Anwar dipenjarakan, jauh dari jangkauannya untuk mengawal partinya sendiri dan kesannya dapat dilihat terhadap partinya seperti yang diketahui ramai - berpecah secara latarnya kepada dua kem pengaruh dan masing-masing kini mencari tapak untuk kuasa, pangkat dan jawatan dalam pemerintahan Tun M - Mahafiraun yang mereka pernah caci dan lawan dahulu. Sungguh ironi.
Teori ini juga boleh terpakai kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, di mana roh perjuangannya amat kabur dan terlalu bergantung nyawa kepada aura Tun M sendiri. Apa akan jadi sekiranya Tun M tiada kelak dijemput Tuhan? Adakah ahli-ahli parti ini sudi menaikkan anaknya untuk menjadi penguasa parti? Adakah beliau memiliki kredibiliti dan boleh mandiri tanpa bayangan bapanya? Adakah parti ini akan menaikkan orang lain yang bukan dalam lingkaran kaum kerabat 'monarki' Tun M?
Hakikatnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - tempat membesarnya Tun M dalam politik masih teguh dan belum jatuh malah undi popular orang Melayu dilaporkan masih berpihak kepada parti ini. Jika Tun M tiada kelak, parti ini berpotensi menjadi pergantungan nasionalisme Melayu paling totok dan tulen apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih dilihat tidak mampu malah tidak jelas membawa agenda Melayu, Umat Islam & Bumiputra.
Survival kedua-dua parti Melayu ini dilihat masih berpegang atau bergantung kepada sisi nasionalisme Melayu. Tidak dapat dinafikan malah ternyata selagi ada isu-isu seperti UEC, provokasi terhadap institusi beraja Melayu dan diskriminasi kepada umat Islam, orang Melayu serta Bumiputra maka nasionalisme Melayu dilihat masih diperlukan untuk 'check and balance' kerajaan baharu yang mana DAP adalah de facto kerajaan.
Ini memang praktikal di mana apabila ada isu-isu melibatkan orang Melayu/Islam, maka entiti-entiti nasionalisme Melayu seperti parti politik dan NGO mereka ini kerap bangkit dengan berani menyuarakan bantahan atau kritikan sementara orang Melayu yang lebih liberal atau terikut-ikut dengan falsafah luar diam menikus tidak berkutik. Walaupun kononnya mendakwa menganut fahaman sosialisme dan dikatakan pejuang hak asasi manusia.
Ini terjadi antaranya adalah mereka tidak ada roh perjuangan bersama-sama orang Melayu yang majoritinya masyarakat luarbandar di kampung-kampung, ingin dilihat sama level dengan golongan liberal yang dirasakan hipster selain ingin menjaga periuk nasi sendiri.
Satu lagi masalah berat yang timbul - partinya amat kerdil dalam Pakatan Harapan berbanding DAP dan PKR malah boleh goyang juga kepada parti serpihan PAS, Amanah. Ini satu lagi bukti bahawa partinya itu amat-amat benar bergantung kepada kuasa dan pengaruh Tun M sahaja, tanpanya orang Melayu yang masih berharap kepada legasinya berpotensi besar untuk sembuh dari kultus ini dan bahaya kiamat akan menanti Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Parti itu kemungkinan akan 'dijajah' oleh DAP yang menjadi kuasa de facto dalam Pakatan Harapan akibat berpecahnya undi kaum paling terbesar dalam Malaysia yakni orang Melayu kepada parti-parti kultus tokoh tertentu dan parti serpihan yang kecewa tidak mendapat kuasa. Ini akan menempatkan parti Tun M itu sekumpulan dengan Parti Amanah yang telahpun menjadi hamba DAP lebih awal. Parti Tun M ini yang ditopengkan seolah-olah untuk 'membela kaum pribumi' berdasarkan namanya akan dicucuk hidung oleh DAP dan hanya boleh membuat keputusan setelah menurut nasihat DAP. Maklumlah, siapa paling besar paling kuat suaranya dalam Pakatan Harapan? Setidak-tidak DAP adalah lubuk cukong-cukong yang banyak wang - entiti yang cuba dilawan oleh Anwar Ibrahim dalam perjuangannya selama ini.
Ini adalah masalah berat yang perlu difikirkan dan diselesaikan oleh ahli-ahli parti itu pasca Tun M.
Mungkin Tun M telah pun memikirkan teka-teki yang mahapayah ini. Jika tidak, partinya akan termasuk dalam perangkap paling dalam. 'Malayan Union kedua' hampir menjelang dan masa terus berdetik.
Kedua-duanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu hanya ada masa 5 tahun ini untuk menentukan siapakah di antara mereka benar-benar mampu dan kompeten dalam memperjuangkan nasib orang Melayu & Bumiputra di negara ini.
( Petikan dari Mason-mason Melayu Bahagian XII)
*akses MistisFiles: KLIK SINI
-MF
Izinkan saya memberi pendapat x seberapa.tumbangnya BN yg tunjangnya UMNO disebabkan amalan pemilihan umno sendiri yg kukuh mengunci kedudukan presiden di atas sedangkan ada isu2 yg terpalit.Presiden yg ada isu mungkin x menjadi isu dikalangan ahli (walaupun ada sikit ahli yg bersuara mengingatkan org2 di atas) tetapi menjadi isu dikalangan pengundi x berkomitmen kpd mana2 parti.pemilihan yg baru berlansung baru2 ni dilihat saya (yg tiada komitmen kpd mana2 parti) masih mahu menyambung legasi lama.mujur ada 1 lg pemilihan sblum pru seterusnya.semoga Malaysia kekal aman sentosa.amin.
ReplyDeleteTumbangnya kapal Najib adalah disebabkan tipu daya orang2 di bawah. Bila Najib tanya, ok ke? Semua cakap.. Okeyy Datuk Seri!" Sorang pun tak berani cakap betul2 apa yg berlaku, apa yg perlu diperbetulkan, semua cakap elokkk cantikkk. Semua nak jaga periuk nasik dan pangkat masing, tak mahu dilihat gagal dalam urus tadbir. Sebabnya: Pertama, kalau dilihat gagal, maka musuh dalam selimut yg sedia ada dalam kem akan mula mencantas dari dalam. Kedua, kalau dilihat gagal, maka kena buat kerja extra. Jadi, tak mahu dilihat gagal, semua mengaku hebat. Last-last satu kapal tenggelam.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNew election is the best untuk negara buat masa ini jika tidak kemungkinan untuk berlaku kekecohan akan terjadi (wheres ada ahli2 politik yg tunggu incident ini utk meretifikasikan statu of rom)
ReplyDeleteRaja dlm system peperintahan negara sangat2 lemah sprti bayi yg masih menyusu, punya nama tapi tk mampu berkata2 sedangkan makannya pun masih perlu disuap (many of them)
Jawapan yg tepat ialah KUDETA.
Bersatu dah berpecah jadi Pejuang.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Tuan-tuan asal tulisan matrix, jigsclue dll. Check mate & welcome to reality!
I like to see you guys in this very near future.
InsyaAllah.