Friday, July 13, 2018

"Penjelmaan Semula"




Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dapat dinafikan berpaksikan pada satu tokoh, yakni Tun Dr. Mahathir (Tun M). Beliau adalah bayangan dan kuasa pusat yang amat kritikal kepada nyawa parti tersebut. Apa-apa yang masuk dan keluar dari pemikiran dan jiwanya adalah de facto kepada untung nasib partinya sendiri.

Kisah ini seakan-akan sama dengan Parti Keadilan Rakyat - yang hidup seputar keluarga DS Anwar Ibrahim. Urban legend menyatakan sekiranya hapus legasi keluarga ini - maka parti yang ditubuhkan asalnya untuk melawan Mahafiraun, gelaran yang diberikan kepada Tun M dahulu akan mencapai era kiamat. Bertahun-tahun Anwar dipenjarakan, jauh dari jangkauannya untuk mengawal partinya sendiri dan kesannya dapat dilihat terhadap partinya seperti yang diketahui ramai - berpecah secara latarnya kepada dua kem pengaruh dan masing-masing kini mencari tapak untuk kuasa, pangkat dan jawatan dalam pemerintahan Tun M - Mahafiraun yang mereka pernah caci dan lawan dahulu. Sungguh ironi.

Teori ini juga boleh terpakai kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, di mana roh perjuangannya amat kabur dan terlalu bergantung nyawa kepada aura Tun M sendiri. Apa akan jadi sekiranya Tun M tiada kelak dijemput Tuhan? Adakah ahli-ahli parti ini sudi menaikkan anaknya untuk menjadi penguasa parti? Adakah beliau memiliki kredibiliti dan boleh mandiri tanpa bayangan bapanya? Adakah parti ini akan menaikkan orang lain yang bukan dalam lingkaran kaum kerabat 'monarki' Tun M?

Hakikatnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - tempat membesarnya Tun M dalam politik masih teguh dan belum jatuh malah undi popular orang Melayu dilaporkan masih berpihak kepada parti ini. Jika Tun M tiada kelak, parti ini berpotensi menjadi pergantungan nasionalisme Melayu paling totok dan tulen apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia masih dilihat tidak mampu malah tidak jelas membawa agenda Melayu, Umat Islam & Bumiputra.

Survival kedua-dua parti Melayu ini dilihat masih berpegang atau bergantung kepada sisi nasionalisme Melayu. Tidak dapat dinafikan malah ternyata selagi ada isu-isu seperti UEC, provokasi terhadap institusi beraja Melayu dan diskriminasi kepada umat Islam, orang Melayu serta Bumiputra maka nasionalisme Melayu dilihat masih diperlukan untuk 'check and balance' kerajaan baharu yang mana DAP adalah de facto kerajaan.

Ini memang praktikal di mana apabila ada isu-isu melibatkan orang Melayu/Islam, maka entiti-entiti nasionalisme Melayu seperti parti politik dan NGO mereka ini kerap bangkit dengan berani menyuarakan bantahan atau kritikan sementara orang Melayu yang lebih liberal atau terikut-ikut dengan falsafah luar diam menikus tidak berkutik. Walaupun kononnya mendakwa menganut fahaman sosialisme dan dikatakan pejuang hak asasi manusia.

Ini terjadi antaranya adalah mereka tidak ada roh perjuangan bersama-sama orang Melayu yang majoritinya masyarakat luarbandar di kampung-kampung, ingin dilihat sama level dengan golongan liberal yang dirasakan hipster selain ingin menjaga periuk nasi sendiri.

Satu lagi masalah berat yang timbul - partinya amat kerdil dalam Pakatan Harapan berbanding DAP dan PKR malah boleh goyang juga kepada parti serpihan PAS, Amanah. Ini satu lagi bukti bahawa partinya itu amat-amat benar bergantung kepada kuasa dan pengaruh Tun M sahaja, tanpanya orang Melayu yang masih berharap kepada legasinya berpotensi besar untuk sembuh dari kultus ini dan bahaya kiamat akan menanti Parti Pribumi Bersatu Malaysia.





Parti itu kemungkinan akan 'dijajah' oleh DAP yang menjadi kuasa de facto dalam Pakatan Harapan akibat berpecahnya undi kaum paling terbesar dalam Malaysia yakni orang Melayu kepada parti-parti kultus tokoh tertentu dan parti serpihan yang kecewa tidak mendapat kuasa. Ini akan menempatkan parti Tun M itu sekumpulan dengan Parti Amanah yang telahpun menjadi hamba DAP lebih awal. Parti Tun M ini yang ditopengkan seolah-olah untuk 'membela kaum pribumi' berdasarkan namanya akan dicucuk hidung oleh DAP dan hanya boleh membuat keputusan setelah menurut nasihat DAP. Maklumlah, siapa paling besar paling kuat suaranya dalam Pakatan Harapan? Setidak-tidak DAP adalah lubuk cukong-cukong yang banyak wang - entiti yang cuba dilawan oleh Anwar Ibrahim dalam perjuangannya selama ini.

Ini adalah masalah berat yang perlu difikirkan dan diselesaikan oleh  ahli-ahli parti itu pasca Tun M.

Mungkin Tun M telah pun memikirkan teka-teki yang mahapayah ini.  Jika tidak, partinya akan termasuk dalam perangkap paling dalam. 'Malayan Union kedua' hampir menjelang dan masa terus berdetik.

Kedua-duanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu hanya ada masa 5 tahun ini untuk menentukan siapakah di antara mereka benar-benar mampu dan kompeten dalam memperjuangkan nasib orang Melayu & Bumiputra di negara ini.


( Petikan dari Mason-mason Melayu Bahagian XII)



*akses MistisFiles: KLIK SINI



-MF




Monday, May 7, 2018

Buat Orang Kampung & Melayu Atas Pagar: 'Darkside' Di Sebalik DAP


Ketika era Bintang Tiga, pihak Bintang Tiga (Malayan People's Anti-Japanese Army) yang merupakan cabang bersenjata dari Parti Komunis Malaya telah bermaharajalela setelah kekalahan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Tanah Melayu menjadi kosong dari apa-apa pentadbiran pusat. Maka kira-kira 14 hari, Bintang Tiga 'mendapat kuasa' tidak rasmi di Tanah Melayu. Ini kerana mereka telah memiliki senjata-senjata api hasil tinggalan askar Jepun dan juga bekalan dari British  yang sebelumnya adalah merupakan sekutu mereka dalam usaha menumpaskan pihak Jepun. Apa yang mereka buat apabila mendapat 'kuasa' itu?

Tentera Bintang Tiga menyerbu ke kampung-kampung membunuh orang Melayu yang dituduh sebagai talibarut Jepun. Pembunuhan ini adalah tanpa apa-apa perbicaraan dan mahkamah.

Kemudian, pihak Komunis di Tanah Melayu mengatakan mereka ingin menjatuhkan British. Maka orang kampung dihasut untuk menyertai mereka, jika tidak, mereka akan dituduh sebagai talibarut British. Ada juga orang Melayu yang menyertai Komunis dan akhirnya disuruh membunuh orang kampung yang disyaki sewenang-wenangnya tanpa apa-apa mahkamah atau perbicaraan yang sah. Melayu disuruh bunuh Melayu, ini real dan paling terkenal adalah dalam Tragedi Bukit Kepong.

Pihak Komunis menculik orang kampung dan dibunuh. Terutamanya ketua kampung dan guru agama. Orang-orang Melayu yang bekerja mencari sesuap nasi dengan kerajaan seperti polis, kerani dan sebagainya dibunuh. Keluarga mereka seperti wanita dan kanak-kanak dikumpulkan dalam rumah/bangunan dan dibakar hidup-hidup tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Pada masa itu tidak ada media sosial yang cepat menularkan berita-berita kejam seperti ini di sana-sini. Hanya memori mangsa-mangsa yang terlibat menjadi saksi kekejaman pihak Komunis.

Tokoh-tokoh pihak Komunis berbangsa Melayu seperti Mat Indera diangkat sebagai hero oleh DAP dan orang-orang Melayu suruhannya. Mereka juga membela Chin Peng. Bagaimana dengan orang-orang kampung yang dibunuh mereka (komunis) ini? Adakah mereka 'mati katak'? DAP dan Melayu suruhannya mengatakan orang Melayu yang dibunuh itu layak mati kerana mereka ejen British. Semudah itu? Beratus-ratus orang Melayu dibunuh tanpa apa-apa perbicaraan mahkamah dituduh membutatuli sebagai ejen British? Mengapa mereka begitu pasti membuat kenyataan pukul rata seperti ini? Paling menakjubkan ada juga 'ustaz' yang bekerja dengan DAP 'terpaksa' mengiakan juga padahal dia pun tidak pasti tentang masalah itu.

Orang kampung yang tidak bersalah, hanya mahu hidup tenang dan mencari rezeki, hidup secara pacifist: damai, telah diperlakukan dengan kejam dan sewenang-wenangnya. Melayu 'bunuh' Melayu apabila diperkudakan orang lain malangnya masih wujud sampai ke hari ini



Melayu 'Screw' Melayu 



 

Idea Melayu 'screw' Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru, apabila Lee Kuan Yew telahpun menggunakan cara ini untuk berkuasa. Lee Kuan Yew memakai songkok di tengah-tengah kampung orang Melayu, berwajah dan bermulut manis. Orang-orang Melayu dipujuk dan ramai yang menjadi hamba suruhannya. Selepas mendapat kuasa, bermulalah pelan menjadikan orang Melayu warga kelas terakhir di Singapura. Nasi sudah menjadi bubur dan keadaan mereka kekal begitu sampai ke hari ini.

Ini akan berlaku kepada orang-orang Melayu yang cuba untuk memperhambakan diri dengan DAP, tidak terkecuali, Tun Dr. Mahathir sendiri.

Perhatikan video ini:








Video Nga Kor Ming  

Baru-baru ini tular berkenaan rakaman video yang memaparkan Nga Kor Ming, pengerusi DAP Perak yang jelas menghina dan mempersendakan Tun Dr. Mahathir yang antara lain menggambarkan  bahawa DAP hanya mempergunakannya dalam merebut kuasa di Malaysia.






Kenyataannya amat menarik kerana sama dengan kenyataan oleh Superman Hew. Ini merumuskan bahawa memang Tun Dr. Mahathir sedang dipergunakan oleh DAP dan kita lihat Lim Kit Siang sekalipun hanya rileks sahaja manakala saban hari imej Tun di mainkan dan Tun sendiri seolah-olah bekerja keras untuk DAP dan HARAPAN.



Ada seorang Melayu yang membela Nga Kor Ming mengatakan bahawa terjemahan video di atas tidak tepat. Perhatikan: 




Namun setelah dipertikaikan oleh seorang pembaca, Afyan Mat Rawi yang merujuk video ini kepada seorang yang juga tahu berbahasa Cina, orang yang bernama Mohd Shahrul ini mendiamkan diri.


 


Malah Mohd Shahrul sempat berusaha untuk membela Nga Kor Ming sebelum penipuannya terkantoi:




Ini juga disahkan oleh netizen-netizen yang lain berkenaan terjemahan video itu:



Dari sini kita tahu bagaimana hamba DAP dari kalangan Melayu berfikir dan jiwanya bagaimana. Kebanyakan darinya tidak membuat banyak rujukan dan hanya angguk-angguk geleng-geleng, tipikal hamba suruhan yang ideal untuk DAP.

Kenyataan ini bertepatan dengan ceramah oleh seorang pemimpin DAP yang lain. Perhatikan: 






Maka pelan DAP ialah memperkudakan Tun Dr. Mahathir dan selepas itu menyepaknya keluar. Kemungkinan Tun akan ditangkap dan dibicarakan selepas habis term 2 tahun itu atau sengaja diguling dengan membuat undi tidak percaya atau macam-macam lagi tipuhelah perundangan dan politik.


Kemaskini Terkini Isu Video Nga Kor Ming 





Baru-baru ini Datuk Seri Dr. Wan Azizah telah mengecam Nga Kor Ming atas ucapan kasar dan biadapnya kepada Tun Dr. Mahathir. Ini menunjukkan banyak perkara tersirat:

1) Terjemahan Bahasa Melayu untuk video itu adalah tepat, apa yang diterjemahkan sama dengan isi hati Nga Kor Ming dan itulah yang dimaksudkannya. Jika tidak benar, sudah tentu Wan Azizah akan menafikannya terjemahan itu atau membela Nga Kor Ming sementelah ramai saja kawan-kawan Cinanya akan membantu menjelaskan maksud video itu.
2) Sikap DAP yang masih sama terhadap Tun. Dendam yang sama.
3) Pelan DAP untuk memperkudakan Tun memang terbukti benar dengan kecaman dari PKR, rakan dalam pakatan sendiri
4) Tanda-tanda 'Game of Thrones' sesama parti di dalam Pakatan Harapan yang semakin kuat baunya


Kita tunggu apakah drama lagi selepas ini. Sama ada menang atau tidak Pakatan Harapan, pasti ada drama yang menarik.



Adakah Tun Dr. Mahathir Tahu Tentang Ini?


Kemungkinan ini sudah ada dalam kepala Tun, namun Tun ada alasannya yang tersendiri untuk menyingkirkan Dato Seri Najib Razak. Salah satunya ialah kerjaya anaknya sebagai ahli politik, kelangsungan kekayaan dirinya, kawan dan anak cucunya dan legasinya di Malaysia. Jadi, mungkin Tun ada pelannya sendiri untuk menghapuskan DAP dan lain-lain yang mungkin akan mengancam pihaknya. Dua tahun berkuasa macam-macam boleh dibuat.


Huru-Hara 





Jika ini berlaku, maka Malaysia mungkin dalam keadaan tidak stabil dengan drama konflik perebutan kuasa antara Tun Dr. Mahathir, DAP dan PKR. Cantas mencantas, serangan fitnah yang bertaliarus dan sebagainya. DAP akan menggerakkan seluruh Red Bean Army-nya untuk mengharungi 'Game of Thrones' ini. Parti Amanah bolehlah diabaikan kerana umum mengetahui bahawa ia adalah parti tunggangan DAP.

Semua pemimpin parti dalam Pakatan Harapan sudah pasti inginkan kuasa paling tinggi, yakni perdana menteri. Adakah DAP membiarkan sahaja Tun berterusan memerintah dan kemudian mewariskannya kepada anaknya, Dato Seri Mukhriz? Atau adakah PKR membiarkan sahaja DAP dan Tun bersaing merebut kerusi panas itu? Dalam keadaan ini suara Parti Amanah akan tenggelam dan imej Islamik progresifnya itu tidak berguna sama sekali, tidak praktikal kepada masyarakat dan diketepikan dengan mudah. Mereka tidak ada kuasa dan tidak ada suara.

Tun tidak akan semudah itu membiarkan DAP berterusan menjadi de facto dalam Pakatan Harapan. Apabila Tun naik dengan mengenepikan DAP, beliau akan berdepan dengan PKR yang mungkin akan kembali bereformasi dan bergabung dengan reformis tulen seperti Chegu Bard.

Rakyat paling merana, diletihkan dengan drama-drama politik yang biasanya berlaku di luarnegara dalam berita TV.



Apa Kata Melayu-melayu Dalam Pakatan Harapan Yang De Facto-Nya ialah DAP?



Kita boleh lihat betapa Pakatan Harapan  mengusung Tun ke sana sini, begitu juga dengan Nik Omar. Mereka jelas diperah keringat dan tenaga untuk menjadi 'frontman' bagi Pakatan Harapan. Sama ada Pakatan Harapan menang atau tidak PRU kali ini, kita bakal menyaksikan apakah layanan yang DAP akan beri kepada Nik Omar dan Tun selepas 9 Mei. Ini adalah benar-benar masa untuk berpopcorn.

Nik Omar berpendirian beliau tidak menentang dasar PAS yang sememangnya berkait dengan Islam, tetapi beralasan strategi PAS yang berjuang sendirian dan tidak bergabung dengan parti lain adalah tidak bijak untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Masalahnya, dengan siapa beliau hendak bergabung? Bolehkah bergabung dengan syaitan dengan matlamat hendak menyepak si Iblis?

Adakah beliau setuju dengan semua dasar-dasar DAP? Semua propaganda dan gerakan DAP yang jelas melawan dasar Islam? Adakah itu semua 'luka kecil' jika dibandingkan dengan pentadbiran Dato Seri Najib? Apakah amat pentingnya menjatuhkan sosok tubuh manusia bernama Najib itu, adakah dia telah membunuh orang Islam? Bukankah Nik Omar boleh berdakwah kepadanya atau mendoakannya sungguh-sungguh di dalam solat malam? Adakah Nik Omar telah hadir dan mendengar sendiri penerangan oleh Arul Kanda dan lain-lain tentang isu-isu yang berbangkit serta dasar-dasar kerajaan mengenai perancangan ekonomi negara sebelum membuat apa-apa tuduhan? Perlu ada bukti dan hujah terperinci bagaimana Najib merompak duit rakyat, misalnya.

Nik Omar memang kompeten dalam bidangnya, yakni bidang agama Islam, namun belum tentu faham sepak terajang politik yang umumnya mengambil faham Machiavelli. Apa yang dibimbangkan, beliau hanya diperkudakan oleh politikus Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Tipikalnya, apa jua isu-isu tentang orang Melayu dan penganut Islam yang ditentang, dikacau, dicabul atau diganggu oleh DAP, semua Melayu-melayu Islam bawahan mereka akan mendiamkan diri malah membela tindakan DAP itu. Ini paling epik berlaku dalam Parti Amanah yang complete menjadi hamba sahaya DAP. Namakan apa jua isu - arak, penghinaan ke atas Islam, isu pendidikan negara dan sebagainya, Melayu-melayu Islam dalam Pakatan Harapan tidak berani bersuara ke atas DAP malah yang tahu agama akan menunggang agama demi membela DAP. Apabila mereka tidak berguna, DAP akan membuang mereka dan kemudian kita akan menyaksikan drama seterusnya - mereka menyalahkan DAP seperti yang berlaku kepada Zaid Ibrahim.







Melayu-melayu ini akan berkokok tentang kejahatan DAP, tiba-tiba mendedahkan itu dan ini namun semua telah terlambat. Ini adalah harga yang mesti dibayar oleh sikap khianat kepada orang Melayu dan agamanya sendiri. Takkanlah semua Melayu-melayu ini tidak tahu dan mengkaji latarbelakang DAP? Adakah mereka ini sudah dibayar? Jika dia seorang yang rugi yang malang yang dibangsatkan tak mengapa, tapi ini melibatkan nasib seluruh anak bangsa.

Memang DAP akan menganaktirikan orang Melayu dalam apa jua urusannya. Jangan haraplah mereka mahu bagi muka kecuali ingin memperkudakan orang Melayu yang bodoh tadi.




Kasihan Orang Kampung & Melayu Miskin Bandar






Orang Melayu di kampung-kampung tidak tahu bahawa mereka akan 'dituduh' lagi macam-macam apabila 'next Komunis' akan berkuasa kelak. Walaupun mereka memiliki populasi besar, tetapi suara mereka tidak sevokal warganegara lain yang lebih minoriti. Keadaan mereka yang begini kadang-kadang dipergunakan oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional untuk mengabaikan mereka namun sebaliknya amat memerhatikan suara orang Cina yang lebih vokal dalam menyuarakan hak.

UMNO khususnya perlu menjaga kebajikan masyarakat Melayu luar bandar ini dan bumiputra yang lain terbukti saban pilihanraya, Barisan Nasional bergantung kepada undi mereka. Undi bukan bumiputra selalu swing ke DAP, mengapa perlu terhegeh-hegeh mengemis lagi undi mereka. 

UMNO sepatutnya mengenepikan sahaja tuntutan aneh seperti pengiktirafan kepada UEC dan kekal menjaga perlembagaan negara, Kontrak Sosial dan dasar-dasar negara. Tidak patut mengorbankan orang Melayu dan bumiputra semata-mata untuk mengejar sejemput undi yang tak pasti. Seluruh bukan bumiputra mengundi DAP sekalipun tidak akan mampu melawan semua undi orang Melayu dan bumiputra yang  setia dengan kerajaan.

Kasihan orang kampung dan Melayu miskin bandar yang tidak mengerti percaturan ke atas mereka. Populasi mereka terpecah-pecah atas nafsu politikus Melayu yang bodoh padahal mereka boleh bersatu untuk agenda bumiputra yang lebih praktikal dan berkesan dalam hidup mereka di tanahair mereka sendiri.

Apa pun, orang Melayu tidak harus membiarkan diri mereka dijajah lagi sewenang-wenangnya. Tidak patut orang Melayu menyerahkan nasib dan nyawa mereka kepada Melayu-melayu korup dan blur yang telah menyerahkan 'roh' mereka kepada DAP. Sultan-sultan tidak memiliki kuasa dalam hal pilihanraya ini. Hanya orang Melayulah yang tertanggung satu amanah berat untuk menyelamatkan diri mereka masing- masing dari malapetaka ini.


*Kemaskini: Apa Nak Buat, Wahai Orang Kampung?

Selepas kenyataan kecaman presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah terhadap ucapan Nga Kor Ming yang biadap terhadap Tun Dr. Mahathir tempoh hari, kita sudah tahu perancangan DAP itu memang benar. Bukan sahaja nasib Tun Dr. Mahathir yang tidak ketahuan, nasib orang Melayu dan bumiputra juga akan tidak ketahuan punca juga.

Jadi sebagai panduan mengundi nanti, adalah lebih selamat untuk orang Melayu di kampung-kampung atau miskin bandar mengundi:

1) Calon-calon Islam yang benar-benar bekerja untuk rakyat, mengutamakan dalam membela Melayu Islam & Bumiputra disamping berlaku adil kepada bukan bumiputra/non muslim.

2) Undi kepada 3rd Force yang betul-betul kuat yang bukan dari BN atau PH, jadi apabila BN atau PH hampir membentuk kerajaan, mereka tidak dapat kuasa yang betul-betul mutlak dan perlukan 'Kingmaker' untuk sertai mereka. 'Kingmaker' boleh letakkan syarat apa saja dan boleh pilih mana-mana yang ikut syarat 'Kingmaker'. 

'Kingmaker' ini mungkin gabungan Buzze Azam, PAS, PSM dan sebagainya.

3) BN atau PH yang tidak dapat membentuk kerajaan yang solid atau mutlak, akan lebih berhati-hati dengan rakyat. Sama juga dengan 3rd Force tadi. Masing-masing akan bekerja keras dalam menjuarai isu rakyat. Ugutannya dalam PRU seterusnya, rakyat bawahan akan tentukan siapa yang lebih bekerja untuk rakyat dalam kerajaan. Menjadi 'pembangkang' yang mentadbir dalam kerajaan lebih berkesan dari menjadi pembangkang yang tidak ada kuasa dalam kerajaan. Prestasi kelompok mana dalam mentadbir kerajaan akan dibuat keputusan oleh rakyat. 

Ini sebagai panduan sahaja. Undi adalah rahsia. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

   -MF



Tuesday, May 16, 2017

Warkah Buat Srikandi

   
Library no. 23
"The Dawn"




Ke hadapan adikku Srikandi,

Apa pun, sebagai permulaan, aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadamu kerana mesej-mesejmu tentang sejarah telah begitu merakyat di kalangan masyarakat. Usaha-usahamu begitu hebat. Perancanganmu begitu mampan. Jujur, aku terpesona dengan tenaga dan keberanian seorang wanita muda seperti kamu.

Kamu telah menulis buku dan bukumu laris di pangkuan masyarakat. Ini sesuatu yang luarbiasa bagiku. Aku dan lain-lain hanya memerhatikan dari jauh. Sejak kami memberikan kebenaran kepada dirimu untuk tampil di media sosial, dengan kamu beralasan usaha-usaha di bidangmu jangan dipenjarakan di dalam MistisFiles, aku merasakan kamu telah pergi terlalu jauh. 

Aku hanya bimbangkan keselamatanmu. Perjuanganmu begitu keras dan musuh-musuhmu sanggup membunuhmu hanya kerana hujah mereka dapat dipatahkan olehmu. Srikandi, aku harap kamu benar-benar faham ke mana langkah-langkahmu dan sedar dunia di sekelilingmu.

Kesibukanmu dengan dunia para peminat dan pembacamu menyebabkan MistisFiles agak perlahan. Aku senantiasa memberimu jalan keluar, namun kamu mengatakan bahawa kamu sayangkan ia dan mahu berkhidmat padanya. Kami ada perjuangan tersendiri dan M.O sendiri sudah merancang beberapa pelan sebelum berakhir dekad ini.

Aku tahu kamu sedang melanjutkan pelajaran. Belajarlah bersungguh-sungguh dan capailah impianmu sebagai mahaguru sejarah Melayu. Malah aku tahu separuh tahun ni kamu akan menghadapi detik penting kamu sebagai gadis dan wanita yang bertanggungjawab dengan kehidupannya.

Apapun, ingatlah pesanku. 

Kawan lama,

Lonecryer.





Saturday, October 24, 2015

Memahami Had




Ini adalah sebahagian dari siri "Risalah Berfikir Matriks". Beberapa maklumat di dalamnya mungkin akan mengganggu pemikiran konvensional dan sains ortodoks yang biasa di kalangan khalayak. Namun kami akan cuba menyederhanakan kandungannya.

-M.O




 Alam yang fana ini memiliki had-had tertentu. Ini melambangkan ketidaksempurnaan makhluk berbanding Khaliq; Pencipta. Had disetup bagi minda memahami Matriks. Dengan kata lain,minda memahami ruang untuk kita dan mereka menggambarkan kehidupan itu.

Had akan menerbitkan ukuran,darinya manusia mengukur benda-benda dan subjek. Minda memahami sesuatu ruang berdasarkan ukuran-ukuran tertentu seperti panjang,lebar atau tinggi dan rendah. Tanpanya,minda tidak mampu mentafsir ruang.

Adakah di sana ada ukuran yang tidak mampu dicerna minda?

Ada. Hakikatnya,minda manusia mampu mencerna konsep 2D dan 3D secara umum. Bagaimana dengan konsep 10D yang wujud dalam dunia String dan Kuantum?

Jelas,di sana ada had dan ukuran yang langsung tidak mampu dibaca prob,yakni deria kita.

Saudara-saudara sekalian,

Di dalam Matriks ini,ada pelbagai alam. Jika anda pernah mendengar tentang alam malakut,jabarut dan lahut,alam jin dan syaitan...ini menunjukkan sesetengah makhluk berhidup di dalam had dan ukuran yang di luar kemampuan prob yang dimiliki minda kita untuk mencapainya.

Apakah maksud semua ini diciptakan?

Ia diciptakan untuk memberikan maksud: bahawa kita adalah makhluk yang lemah dan Dia Memiliki Kekuasaan Tidak Terbatas.

Infiniti.

Dia Yang Tidak Terkesan Oleh Matriks. Dialah Pencipta Segala Matriks.

Jadi,bagaimana untuk melepasi segala had ini dan kembali kepada Yang Tidak Terbatas?

..
.
.

.
.

.
.

.
.

.
.



Sila muat turun fail di bawah. Sila bertindak sebelum link menjadi ghaib secara tiba-tiba.

 Link: ~WRlooo.hAd.hJtbe












Friday, October 23, 2015

Memahami Ruang




Ini adalah sebahagian dari siri "Risalah Berfikir Matriks". Beberapa maklumat di dalamnya mungkin akan mengganggu pemikiran konvensional dan sains ortodoks yang biasa di kalangan khalayak. Namun kami akan cuba menyederhanakan kandungannya.

-M.O





 Ruang ialah tempat para makhluk duduk berdiam.Ruang adalah tempat para makhluk hidup dan memahami kehidupan.

Adakah selepas mati,ruang ini tetap wujud?

Selepas mati,para makhluk tidak lagi memahami ruang sebelumnya,yang dinamakan 'kehidupan' itu.

Bagaimana mereka memahami ruang?

Mereka memahami ruang melalui deria masing-masing.Apakah fungsi deria itu?

Ia disetup oleh The Programmer untuk digunakan atas objektif tertentu.Ia adalah prob untuk mencapai Matriks.

Saudara-saudara,

Tuhan telah menyediakan ruang kehidupan di dunia,atas maksud untuk kita bertindakbalas dengan semua yang ada di dalam hidup ini,sesuai dengan petunjuk-Nya.Apakah itu?

Panduan di dalam Kitab-Nya dan apa yang diajarkan oleh utusan-Nya.

Ruang adalah bermanfaat,jika kita tahu menggunakannya.

Sebab itu,ia boleh menjadi landasan untuk kita mencapai syurga atau neraka.

Bergantung kepada kita,bagaimana kita melihat dan bertindakbalas dengan Matriks melalui prob yakni semua deria yang Tuhan berikan percuma kepada kita.

Percuma,kerana kita diberi objektif setiap seorang.

Apakah objektif kita hidup di dunia yang fana ini?

.
.



.
.



.
.






Sila muat turun risalah di bawah dan simpan dalam satu folder khas sehingga terkumpul Risalah Berfikir Matriks ke-10.


 Link: ~WRlooo.RuAng.hJtbx



Friday, October 9, 2015

Menggunakan Semua Deria










Ini adalah sebahagian dari siri "Risalah Berfikir Matriks". Beberapa maklumat di dalamnya mungkin akan mengganggu pemikiran konvensional dan sains ortodoks yang biasa di kalangan khalayak. Namun kami akan cuba menyederhanakan kandungannya.

-M.O




Untuk memahami Matriks,kita perlukan deria.Deria adalah prob untuk mencapai Matriks.Tanpa deria Matriks tidak akan difahami.

Jadi,deria akan disetup untuk sama bagi setiap subjek.Apakah subjek?

Subjek ialah entiti yang diberi objektif.Siapa?

Kita.Saya.Anda semua.

Default settings bagi setiap subjek adalah sama,ia seperti manufacturer setup,setup kilang yang asal.Tapi The Architect boleh melakukan apa saja,termasuk anomaly dan perkara begini adalah biasa,untuk menunjukkan bahawa Matriks perlukan keseimbangan.

Deria mesti disetup majoriti sama,dan sebenarnya anomaly adalah luarbiasa dan ia memiliki sebab sendiri,objektif sendiri untuk 'mengganggu' Matriks.

Salah satunya untuk tujuan pendidikan atau bahasa Matriksnya: petunjuk.

Petunjuk mesti disuntik ke dalam Matriks,kerana minda subjek disetup untuk bergantung kepada The Mind.

Minda Besar.

Minda-minda kecil tidak akan boleh berfikir sendirian.

Mereka masih memerlukan MINDA BESAR.Superderia.

Saya akan sambung dalam siri seterusnya.Pastikan anda memuat turun Risalah Berfikir Matriks.

-M.O


Notis: Link untuk topik pertama akan muncul bila-bila masa.Pastikan anda terus mengikuti kami.

Link: ~WRlooo.DeRiA.hJtbr

Perihal Risalah Berfikir Matriks








Saya M.O dan dengan rasa senang hati ingin mengajak anda berfikir sejenak untuk kehidupan ini.
Anda mungkin telah membaca tulisan-tulisan saya sebelum ini tentang alam Matriks dan kehidupan di dalamnya.Saya akui,kebanyakan dari pembaca agak kabur tentang beberapa aspek di dalam alam Matriks dan perbincangan di dalamnya.

Ditambah pula beberapa orang yang cuba mengupas isu Matriks di internet secara songsang dan mengelirukan atau menganggap ia sekadar komik dan fantasi namun anehnya cuba pula mempengaruhi khalayak dengan dongengnya yang direka-reka.
Pengajian Matriks bukanlah maksud; ia adalah peralatan untuk mencapai maksud,dan peralatan itu bukanlah satu-satunya; ia pelbagai.

Saya akan menjelaskan beberapa prinsip di dalam Matriks dan 'glitch' yang seringkali tidak diperasankan oleh kita,seperti di dalam alam semesta yang superluas,hanya planet Bumi dihuni manusia berakal.

Nantikan pengkhabaran seterusnya dari saya.

 -M.O
@r3@ iE