Tuesday, May 16, 2017

Warkah Buat Srikandi

   
Library no. 23
"The Dawn"




Ke hadapan adikku Srikandi,

Apa pun, sebagai permulaan, aku mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepadamu kerana mesej-mesejmu tentang sejarah telah begitu merakyat di kalangan masyarakat. Usaha-usahamu begitu hebat. Perancanganmu begitu mampan. Jujur, aku terpesona dengan tenaga dan keberanian seorang wanita muda seperti kamu.

Kamu telah menulis buku dan bukumu laris di pangkuan masyarakat. Ini sesuatu yang luarbiasa bagiku. Aku dan lain-lain hanya memerhatikan dari jauh. Sejak kami memberikan kebenaran kepada dirimu untuk tampil di media sosial, dengan kamu beralasan usaha-usaha di bidangmu jangan dipenjarakan di dalam MistisFiles, aku merasakan kamu telah pergi terlalu jauh. 

Aku hanya bimbangkan keselamatanmu. Perjuanganmu begitu keras dan musuh-musuhmu sanggup membunuhmu hanya kerana hujah mereka dapat dipatahkan olehmu. Srikandi, aku harap kamu benar-benar faham ke mana langkah-langkahmu dan sedar dunia di sekelilingmu.

Kesibukanmu dengan dunia para peminat dan pembacamu menyebabkan MistisFiles agak perlahan. Aku senantiasa memberimu jalan keluar, namun kamu mengatakan bahawa kamu sayangkan ia dan mahu berkhidmat padanya. Kami ada perjuangan tersendiri dan M.O sendiri sudah merancang beberapa pelan sebelum berakhir dekad ini.

Aku tahu kamu sedang melanjutkan pelajaran. Belajarlah bersungguh-sungguh dan capailah impianmu sebagai mahaguru sejarah Melayu. Malah aku tahu separuh tahun ni kamu akan menghadapi detik penting kamu sebagai gadis dan wanita yang bertanggungjawab dengan kehidupannya.

Apapun, ingatlah pesanku. 

Kawan lama,

Lonecryer.





8 comments: