Saturday, January 25, 2014

The Feast of The Beast,Bilderberg & Polar Shift








Notice: All information and data for this work were obtained
through various sources in the public domain.


This interview is a CONFIDENTIAL work that is intended for review by
the serious researcher,and assumes a basic familiarity with the general
subject matter in the field.It was not produced specifically for the
general public.

However,for educational reason,it considered to release.So,use it under your responsibility.



***********************************************

Seingat saya,sekitar 2009-2010 yang lalu,saya telah mengadakan temuramah bersama Lonecryer dan saya telah siarkan ia di MistisFiles. Apa yang menarik di dalam temuramah itu, Lonecryer telah menyentuh tentang topik yang antara paling misteri dan sehingga kini masih dianggap sebahagian dari Teori Konspirasi iaitu 'Galactic Allignment.

 'Galactic Allignment' ini ialah penyelarasan kedudukan bumi sebagai salah satu rutinnya dengan tujuan-tujuan tertentu secara saintifik. Semua perubahan ini sebenarnya telah berlaku beribu-beribu tahun dahulu dengan selang masa tertentu. Kita tahu tentang Zaman Ais yang pernah berlaku di Bumi dan ketika ia cair seluruhnya. INI ADALAH BERKAITAN DENGAN 'PENYELARASAN GALAKTIK' INI.

Saya siarkan kembali sedutan dari kenyataan Lonecryer dalam temuramah tahun 2009 itu:


S:Itu kata agama,bagaimana pula dengan sains?Adakah sains ada fakta yang menguatkan ramalan agama ini atau menafikan alam ini akan musnah?

J:Sains?Jika anda seorang saintis yang mengatakan bahawa dunia ini kekal abadi maka andalah saintis yang akan digelar sebagai saintis gila (Lonecryer tersenyum mengekek).

Tahukah anda bahawa kajian sains kini mengatakan bahawa bumi mungkin sahaja akan berputar songsang?Ahli astronomi menggelarkannya sebagai 'retrograde'.Sebenarnya para saintis sudah lama mengetahui perkara ini sejak tahun 1543 apabila Nicolaus Copernicus menerbitkan karyanya "De revolutionibus" dan akhirnya kini teori beliau telah dibuktikan.NASA sebenarnya sudah mendapat data-data perubahan ini sejak tahun 2003 lagi.Mereka telah memerhatikan perubahan gerakan angin,atmosfera,kabus ais dan jerebu di Marikh sejak beberapa lama.Melalui teknologi pengimejan The Thermal Emission Imaging System (THEMIS) yang digunakan oleh NASA,mereka dapat melihat perubahan berlaku pada atmosfera Marikh yang aneh dan menguatkan teori 'backward motion' oleh ahli astronomi.Akhirnya melalui satu siri pemerhatian berterusan,Marikh telah dikesan semakin perlahan putarannya dan saintis meramalkan ia akan berhenti dan kembali berputar pada arah berlawanan.Saya ingin memetik satu hadis yang dikaitkan dengan fenomena ini:

Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak datang sehingga matahari terbit dari barat. Jika manusia melihatnya maka mereka semua beriman.”

Teori 'retrograde' nampaknya telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w lama sebelum Copernicus mengemukakan pandangannya.

S:Adakah ini menunjukkan bahawa bumi juga akan mengalami nasib yang sama?

J:Ya,kenapa tidak?Tambahan pula para saintis sering membandingkan Marikh sebagai planet yang hampir dengan bumi.Mereka selalu mengkhayalkan jika bumi musnah,planet yang paling hampir kemungkinannya untuk didiami adalah Marikh.Marikh juga ditemui terusan-terusan air malah molekul air juga pernah dijumpai di sana!Anda pernah mendengar kontroversi Face of Mars?Terdapat rahsia di sana dan pihak NASA telah merahsiakan banyak data-datanya.Saya tidak boleh mendedahkan sekarang kerana ia bukan masanya.Something was done involving the various covert operation are there.



Jika putaran Marikh boleh menjadi perlahan,maka ini juga boleh berlaku kepada planet-planet lain termasuk bumi.Anda mesti memahami sifat-sifat graviti planet,kutub-kutub yang mengekalkan paksinya dan pengaruh daya-daya sama ada dari dalam planet itu mahupun hubungannya dengan jasad-jasad berhampiran.Tahukah anda bahawa ruang antara jasad-jasad samawi bukanlah kosong,malah dipenuhi oleh material lain yang kita tidak nampak?Saintis memanggilnya 'Dark Matter' dan ia mempunyai pengaruh terhadap pergerakan jasad-jasad ini termasuk putaran paksi dan orbitnya.Planet-planet boleh saja diperlahankan putaran,berhenti berputar dan berputar songsang atau berhenti mengelilingi matahari.Ini sifat-sifat planet dalam kajian astronomi moden.Sistem planet seperti bumi seakan-akan metamorfosis.

S:Menarik penerangan anda,tetapi boleh jelaskan lagi tentang 'metamorfosis'?Bagaimana yang dikatakan bumi seperti metamorfosis itu?

J:Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu.Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'.Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift.Perubahan ini berkait dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya,terdapat banyak kitaran yang dikaji oleh para saintis,seperti kitaran 30 tahun,50 tahun,100 tahun,1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun,78000 tahun dan 26 juta tahun.Inilah maksud metamorfosis itu.Setiap kitaran menghasilkan kesan-kesan secara fizikal,elektrik,elektromagnet,iklim atau sebagainya.


Salah satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan teori Kalendar Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan 'solstice point'.Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat pemerhatian ada kaitan pula dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik saya,teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan putaran bumi itu.Bumi sebenarnya ibarat rama-rama yang mengalami metamorfosis;dari telur,beluncas,kepompong hinggalah kepada seekor rama-rama yang cantik.


S:2012?Apakah sebenarnya yang berlaku?Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?

J:Siapa kata bumi akan musnah pada 2012?Jika anda mengkaji Kalendar Maya itu,anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu diberitahu oleh para cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku pada bumi dalam kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada tahun 2012.Para sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil fenomena 2012 sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya orang awam sahaja dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para konspirator dan pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.

Saya mempunyai kalendar Maya yang telah diterjemahkan kepada bentuk yang mudah dibaca,dan anda tahu betapa kompleks kalendar ini.Semuanya dilambangkan dengan karakter-karakter bergambar namun dapat menceritakan selang masa beribu-ribu tahun!Cuba anda baca hasil kajian para saintis ini dan bukannya percaya kepada para produser filem.Tetapi saya tidak nafikan sesetengah dari mereka ini (para saintis) membuat kesimpulan melulu mengatakan 'The Shift' itu adalah kiamat.

S:Anda berkata bahawa perubahan itu merangkumi aspek fizikal,elektrik,elektromagnet atau sebagainya,adakah ini boleh mempengaruhi manusia?Maksud saya,tubuh badan atau otak manusia?

J:Saintis Rusia telah menemui bahawa 97% dari ruang kosong di dalam DNA kita adalah ruang kosong!Ruang kosong ini dipercayai oleh mereka diisi oleh satu tenaga khas.Saya tidak berpendapat demikian.Ruang kosong ini sebenarnya adalah kod-kod DNA yang masih belum difahami oleh saintis itu.Kod-kod DNA ini ada yang aktif dan tidak aktif.Yang tidak aktif ini akan menunggu pengaruh-pengaruh khas untuk mengaktifkannya.Saya percaya,kaedah spiritual adalah salah satu cara untuk mengaktifkan kod-kod ini.Satu lagi adalah berkaitan dengan 'The Shift' ini.

Perubahan dalam kitaran semesta memberikan pengaruh kepada daya-daya yang menyelubungi bumi.Sebenarnya perubahan ini boleh merubah kadar graviti atau kelajuan daya elektromagnet dan sedikit perubahan pada 'setting' daya-daya ini akan mempengaruhi pula pergerakan atom-atom yang membina fizikal manusia.Gelombang elektromagnet atau kosmos akan mempengaruhi pula gelombang otak manusia.Seterusnya ia juga akan mengisi apa yang dinamakan 'ruang kosong' di dalam DNA tadi.Dalam kata lain,kod-kod DNA manusia akan diaktifkan.Penjelasan seterusnya amat-amat sulit dan saya berhenti setakat ini saja.

S:Apa maksud anda?Kod DNA manusia diaktifkan,apa yang aktif?Selepas 'The Shift' atau 2012 nanti apa yang akan berlaku kepada kita?

J:Saya sudah jelaskan bahawa kenyataan saya hanya berhenti setakat ini saja (Lonecryer berubah menjadi serius).Keputusan dari penyelidikan para saintis ini adakalanya tidak boleh didedahkan kepada umum kerana salah satu motto tempat saya bertugas ada mencatatkan bahawa "Kebenaran itu kadangkala racun bagi yang tidak memahaminya".Saya faham,ada pengkaji yang mengandaikan perubahan genetik akan berlaku dan manusia mungkin berubah menjadi seperti X-Men!Hahaha...ini adalah pengaruh televisyen dan komik.Sebenarnya tidaklah begitu.Ada rahsia lain.

S:Dari segi perubahan daya dan tenaga Bumi bagaimana?


==========================================================


Ini mengingatkan saya tentang laporan yang bocor dari Bilderberg di mana para peserta sibuk membincangkan tentang cuaca Bumi dan perubahan-perubahan iklim.

Jika ingin mengetahui apakah yang diketahui oleh The One-Eye 'The Wise Man'...kita mestilah tahu apa keputusan Pendeta Besar dia di perayaan 'The Feast of The Beast'. Perayaan ini terjadi selang 28 tahun dan keputusan besar harus terjadi selepas tahun 2010. Nama 'The Feast of The Beast' adalah istilah yang diletakkan oleh Springmeir namun saya ada nama lain untuk pesta ini.

The Coming of Messiah

'The Wise Man' adalah messiah untuk para pengikut mereka. Saya telah mengetahui bagaimana mereka melakukan ritual seks dan pelbagai perlakuan serupa haiwan sebagai adat dan protokol mereka ketika pesta aneh itu. Setiap kali 'The Wise Man' muncul,mereka akan menyambutnya dengan meriah. Perlu diingat,'The Wise Man' tidak akan mengisytiharkan kemunculan secara umum,kerana masanya BELUM TIBA. Jadi,dia hanya muncul dalam pesta sebegini untuk menimbulkan karisma dan misteri di kalangan pengikutnya.




The Wise Man tahu bagaimana dunia ini berfungsi,dan dia mengambil faedah darinya. Hadis Nabi s.a.w:

Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai” (HR. Muslim)

Hadis ini mengandungi pengertian yang besar sekali tentang rahsia pengakhiran Zaman Ais dan Polar Shift. Ini bermakna,sebelum ini Jazirah Arab adalah beriklim sederhana dengan padang rumput dan sungai-sungai. Ini boleh terjadi jika kedudukan Arab teranjak ke utara sedikit atau berubah secara 'soltice point'.




http://www.coolgeography.co.uk/A-level/AQA/Year%2012/Cold%20environs/Distribution/Ice%20age%20map.jpg






Salah satu sifat bumi selepas Polar Shift dan Galactic Allignment ialah 'reformat' atau 'restart'. Salah satunya ialah kejadian Banjir Besar,di mana semua hidupan akan dimatikan kecuali yang terpilih untuk menyambung kehidupan. Bumi juga akan berubah kedudukan geografinya dan segala-galanya termasuk iklim akan berubah.

Penting untuk mengetahui semua ini kerana ia antara pengetahuan rahsia. NASA tidak akan memberitahu secara tepat dan sebenarnya pihak NASA memiliki arkib data-data yang amat mengejutkan tentang bumi dan alam semesta ini.

-M.O
@r3@1E




6 comments:

  1. Watch Hashemfilm The Antichrist Dajjal Series di freezersun.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sy cadangkan En.Arbaie jelaskan apa maksud2, ciri2 dan perbezaan2 antara "magnetic pole","celestial pole" & "orbital pole" serta lain2 pole kalau perlu. Lg bagus kalau dptkan penjelasan "Lonecryer" sendiri utk merungkai misteri perubahan cuaca yg berlaku skrg. Setelah sy pk masak2, sy lihat ada sedikit kegelinciran di mana isi artikel sebenarnya lebih spesifik kpd perkara lain yg sy kira jauh lebih rumit berbanding "polar shifting" yg popular skrg. Perkara ini boleh mendorong pembaca2 silap faham, keliru dan membuat rumusan yg salah tanpa penjelasan2 yg lebih telus sepertimana yg sy kemukakan td.

    (moga bkn sy yg keliru)

    ReplyDelete
  3. Salah satu cara untuk mengaktifkan kod DNA ada teknik pernafasan yang betul. Dalam keilmuan melayu dulukala ada pengetahuan khusus tentang ilmu nafas . kebanyakkan orang yang mempunyai umur panjang secara sedar atau tidak ada menggunakan ilmu nafas.ia sebahagian darinya. ada rahsia yang lebih mendalam.saya pun masih mencarinya.

    ReplyDelete
  4. 1. Aturan alam adalah tetap - tiada perubahan jika jin/manusia tdk mengubahnya

    2. Kitaran siang-malam juga tetap - tiada titik di permukaan bumi yg TEPAT 24jam, yg makin besar tu ralat pengukuran tempoh masanya

    3. Sunnatullah berlaku secara revolusi (kitaran) - selain musim² dlm setahun, rupabentuk bumi juga bertukar silih-ganti dlm setiap dekad, abad, millenia, etc.

    4. Bumi berputar songsang? - Hoax

    5. Matahari terbit drpd barat? - hadis palsu. Matahari terbit drpd tempat tenggelamnya - betul

    6. Bumi adalah creation dan bkn evolution - Big bang, hoax. Black hole, hoax. Revolutionary metamorphosis, betul, evolutionary metamorphosis, hoax.
    Ketetapan itu berulang² dlm revolution dan bkn evolve from nothingness.
    - ciptaan Pencipta.

    7. DNA - ada jisim, ada jirim (ruang/rongga).
    Asal kejadian drpd beberapa jenis gabungan tanah.
    Wahyu pertama menceritakan perihal darah.
    Segumpal darah: tanah dan air, ditiup udara/angin (ruhi), didampingi api (hawa/setan) - bernyawa.
    Ikatan darah: merah aktif, putih pasif. Putih terkumpul sbg sumber KOGNITIF (otak) bertunjang saraf yg mencerap deria dan kembali kpd setiap salur darah sbg storan MEMORI/ingatan/zikir (merah) yg mengalir desakan aliran yg dipam di hati (jantung) pd masa sama berhubung perut (abdominal) utk nafas, penghadam-cernaan, pengkumuran, ekstrak tenaga, etc. sbg keperluan hawa/setan. Berbekam utk buang darah kotor yg menutup/hijab ingatan. Kelalaian kritikal boleh membentuk tumor putih dlm kawasan merah (cancer).
    - fitrah manusia (an-nas)

    8. Perubahan DNA - berdasarkan habitat dan tebiat dan terburuk tu fasaad (bani Yakjuj & Makjuj) spt yg disangkakan/andai para malaikat. Jenis² fasaad: keperluan asasi, amalan dan rutin, sikap dan akhlak, sekitaran dan kerosakan²/korupsi, etc.
    - hingga bumi dipenuhi setan

    9. Dataran jazirah Arab padang rumput dan sungai² - penangan desalination plant dan pengairan (buatan manusia) - berkaitan kemewahan yg boleh dibeli dan tiada penerima zakat (kaya raya i.e. Dubai, Qatar, etc.)
    Hadis penuh:
    The Last Hour will not come before WEALTH BECOMES ABUNDANT and overflowing, so much so that a man takes Zakat out of his property and cannot find anyone to accept it from him and TILL the land of Arabia becomes meadows and rivers.
    [Muslim]
    Hadis ni berkait dgn penemuan kekayaan sg. eupharates (Iraq) - emas hitam/minyak

    10. Feast of The Beast - 'dabbah' atau number of the beast (666) adalah batch pertama Yakjuj (berkuda) merancang/mastermind kpd pembentukan empayar naungan Dajjal - yg digelar dgn nama barunya Zionist (rujuk The French Connection)

    11. Polar shift, etc. adalah sunnatullah.

    12. Perubahan muka bumi akan berubah sedikit (depopulation) semasa Armeggeddon (huru-hara/perang besar/malhamah) dan revolusi yg mendatang hanyalah kebinasaan (Kiamat)

    13. NASA - hanya mencerap bumi shj! rujuk hadis melepaskan panah dan kembali berlumuran darah (Yakjuj & Makjuj) - penyebar fitnah terbesar dunia. Semua khabar NASA adalah hoax.

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. The Coming of Mesiah... Melalui ritual yang pengikut dia buat tu memungkinkan pengikut dia dapat melihat dajjal dalam dimensi kita ke?

    'stargazer'

    ReplyDelete