Monday, February 10, 2014

The Gate of Yehova II: Stairway to Heaven



Kepercayaan manusia tentang kewujudan 'pintu' untuk menembusi dunia yang selain manusia ketahui bertitik tolak daripada pengalaman 'supernatural' manusia seperti mimpi,'visi' atau 'dejavu'.

Manusia percaya,bahawa segala macam mimpi dan pengalaman yang luar biasa atau ilham-ilham tertentu,menunjukkan bahawa sebenarnya mereka berada dalam satu alam atau 'bekas' di mana pasti ada 'pintu' keluar dari dalam sini.

Adakah ada harapan untuk menemui 'pintu' itu?






"Stairway to Heaven"
 



"...And Pharaoh said, "O eminent ones, I have not known you to have a god other than me. Then ignite for me, O Haman, [a fire] upon the clay and make for me a tower that I may look at the God of Moses. And indeed, I do think he is among the liars."
 

(AlQuran 28:38)




Sinopsis:

Salah satu topik yang difikirkan manusia ialah 'multidimensional' atau dimensi berbilang.Ini bermula dengan soalan,jika ada Tuhan yang mencipta seluruh alam ini,dimanakah Dia tinggal?Ini adalah soalan asas bagi kebanyakan manusia yang berusaha memecahkan persoalan kehidupan.Bukti mendalam yang wujud untuk menyokong konsep bahawa potensi manusia tidak terhad kepada dunia 3D seperti dimensi ketinggian,luas dan kedalaman atau perkara-perkara seperti tenaga,ruang dan masa ialah apabila manusia mengalami 'pengalaman' yang luarbiasa secara spiritual seperti mimpi atau pengsan (koma).Model baru saintifik bagi ruang-masa melampaui apa yang sedang dikaji.Tetapi budaya manusia yang kaya seakan-akan melampui pelbagai dimensi dan kajian terhadap jiwa atau minda manusia kini seolah-olah menemui satu 'jalan pintas' atau 'pintu' untuk memahami dunia selain dunia yang kita berhidup kini.

Orang yang melalui pengalaman dimensi berbilang ini selalunya merasa dunia yang mereka lalui itu berbeza dengan dunia kita yang biasa,dunia 3 dimensi yang dijalankan oleh gelombang-gelombang atau frekuensi cahaya,dengan pelbagai simbol,warna,nombor atau mekanisme bunyi yang bersimpang-siur antara satu sama lain.

 (artikel penuh boleh dibaca di MistisFiles & MistisJournal)


=============
Cara untuk akses:

Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj

=============

No comments:

Post a Comment