Sunday, December 8, 2013

Jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur



Jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur





Dalam pesanan ringkas ini,saya ingin memberitahu anda dan diri saya sendiri beberapa perkara.Sekiranya kita tidak mampu berkelakuan baik,sekurang-kurangnya harta dan diri kita tidak menyusahkan orang lain.Jika mengalihkan halangan di jalan merupakan tanda iman yang terendah dari 70 bahagian iman,tidak sepatutmya kita menjadikan diri dan harta kita sebagai halangan itu sendiri.Kita menjadi batu-batu,duri-duri atau tunggul-tunggul kayu yang menghalang laluan orang ramai semata-mata atas nama demokrasi penipu ciptaan penyembah-penyembah patung dan dunia.

Apa yang dikejarkan?Supaya makhluk yang mengendalikan pilihanraya menjadi 'bersih'.Ini samalah seperti berharap dan memprotes kepada Bank Dunia atau IMF supaya menjadi 'bersih';jangan mengambil bunga ketika urusniaga kewangan mereka.Jika anda bermain dalam sistem demokrasi,anda kena bersedia untuk ditipu.Ini kerana dewa-dewi penyembah demokrasi adalah UNDI,UNDI dan UNDI.Undi banyak anda menang.Undi sikit anda kalah.Samalah dengan permainan nombor ekor.Nombor anda kena,anda dapat untung.Nombor tak kena,anda rugi.Jadi atas maksud itulah,pihak-pihak yang bermain dalam sistem ini akan berpakat secara senyap untuk mengambil faham Machiavelli;matlamat menghalalkan cara.Siapa yang berlagak jujur amanah dalam permainan demokrasi akan kalah.Pihak yang pandai memastikan ia mendapat undi terbanyak,dia akan menang walaupun menipu.Dalam sistem ini,undilah yang menentukan untung nasib anda.Menentukan sama ada anda mampu menjadi kaya dan berpangkat atau jatuh terduduk.

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Wanita muslimah tidak ada keperluan untuk berpekik terlolong menonjolkan diri di hadapan bukan muhrim.Berjuang berdemostrasi bukanlah tugas yang diamanahkan oleh Nabi s.a.w kepada wanita muslimah.Menentang orang Islam yang 'zalim' secara berpekik terlolong di jalan tidak membuahkan apa-apa pahala kepada 'wanita muslimah' itu.Malah membuahkan dosa kerana mendedahkan aurat,mempamerkan tubuh badan di hadapan bukan muhrim dan mendayuskan para suami secara automatik.Jika inginkan pahala,hanya ada dua cara sahaja untuk wanita muslimah yang sudah berkahwin,iaitu taat perintah Allah s.w.t dan taat perintah suami.Wanita yang pertama masuk ke syurga bukan 'muslimah' yang terpekik terlolong di jalanan,tetapi seorang yang menyediakan rotan dan air menunggu kepulangan suami sehingga anak Nabi s.a.w,Fatimah Az-Zahra r.anha begitu kagum dengan sifat wanita muslimah itu.Dan wanita mulia itu sudah pasti tidak menghinakan diri sendiri berdemonstrasi di tengah padang pasir.Para suami menjadi dayus secara automatik kerana mengizinkan isterinya keluar mempamerkan tubuh badan,tambahan pula ketika panas terik,dan keringat di tubuh mereka menyebabkan baju yang mereka pakai basah dan anda lebih memahami situasi yang berlaku.Keperluan para wanita ialah menguruskan rumahtangga,menjaga harta suami.Menentang kezaliman bukanlah tugas afdal mereka.Nampak,sistem demokrasi telah berjaya mengeluarkan wanita-wanita 'muslimah' yang bertudung litup supaya beraksi di khalayak ramai tanpa segan silu.Para Sahabat r.a,orang-orang mukmin dan soleh berusaha menyembunyikan isteri dan anak perempuan mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim di rumah-rumah mereka,namun lelaki-lelaki soleh di zaman kerosakan umat kini membiarkan anak gadis mereka,isteri mereka terkinja-kinja di hadapan orang ramai.Keluar mencari rezeki sesuap nasi itu cerita lain,namun memang tiada keperluan langsung wanita yang menganggap dirinya lebih muslimah dari artis-artis majalah,menghinakan diri mereka sendiri di jalanan.

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Menjadi halangan di jalan yang digunakan orang ramai adalah sesuatu yang menyedihkan.Sepatutnya kita menggunakan diri kita dan harta kita untuk menyenangkan orang ramai atau menggunakannya untuk mengalihkan halangan dari menyusahkan orang ramai.Kita bukan sahaja tidak mengalihkan halangan malah menjadi halangan itu sendiri;asbab kita orang ramai menjadi susah.Banyak jalan ditutup dan para peniaga tidak dapat berniaga.Berapa banyak sumpahan dan kutukan dari makhluk-makhluk Tuhan yang berasa marah kerana periuk nasi mereka terjejas.Tidak ada keperluan langsung orang Islam berkumpul beramai-ramai terpekik terlolong seperti dirasuk hantu,semata-mata marahkan orang Islam lain.Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a di sepanjang hayat mereka tidak pernah berdemontrasi untuk menuntut keadilan.Nabi s.a.w menegakkan Hukum Hudud dengan dakwah,bukan dengan tunjuk perasaan.Sebelum negara Islam Madinah ditegakkan,Nabi s.a.w berdakwah kepada penduduk Madinah terlebih dahulu sehingga mereka memeluk Islam.Selepas semua faham Islam,baru hukum Islam tertegak.Nabi s.a.w tidak payah terpekik terlolong di tengah-tengah jalan kota Mekah atau Madinah untuk menuntut keadilan dari kaum Musyrikin.Buatlah 1000 tunjuk perasaan sekalipun,selagi anda tidak berdoa dan berdakwah,anda akan GAGAL SELAMA-LAMANYA.

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Caranya amat mudah.Anda mesti berdoa untuk saudara SeIslam anda.Bangun di tengah malam dan berdoa kepada Allah Azza wa Jalla yang memegang hati-hati manusia supaya orang yang anda marahkan itu diberi hidayat untuk sembah Pencipta dirinya sendiri,isterinya dan anak perempuannya mudah tutup aurat dan anak lelakinya menjadi pemuda soleh.Anda tidak boleh membenci dia sampai mati.Anda mesti berdakwah kepadanya tentang kebesaran Allah s.w.t dan keagungan Islam.Anda tidak ada hak membenci orang itu,kerana di dalam hatinya ada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah walaupun imannya sebesar zarah,dia masih di dalam pengampunan dan rahmat Tuhan walaupun dosanya sebesar Gunung Everest.Ini tidak,nak berdakwah pun tak nak,berdoa pun taknak,kerut dahi pun tidak ada malah membenci saudara SeIslam sendiri bagaikan anjing kurap di tepi timbunan sampah berdekatan loji kumbahan.Seburuk-buruk dia,kakinya masih gagah menghadirkan diri di Perhimpunan Umat Islam di Sepang 3 tahun yang lalu.SEburuk-buruk dia,tangannya masih mahu bersalam dengan para ulama.Jika dia ditipu dunia,mana perginya tok-tok guru dan ustaz,supaya memanjatkan doa hidayat kepadanya?

Jadi jika anda merasa anda sedang dicaturkan,lekaslah keluar dari papan catur.

Pesanan ini bukannya mahu mengajar sesiapa,tetapi mahu mengajar diri saya sendiri betapa orang yang belajar ilmu agama boleh juga ditipu oleh dunia sebagaimana orang yang bencikan agama.Iblis syaitan tidak pernah kehabisan idea.Melalui demokrasi,Iblis syaitan mampu mengeluarkan wanita yang sebelumnya berlagak muslimah dari rumah-rumah dan hijab-hijab mereka ke jalanan,bercampur dengan lelaki bukan muhrim,terpekik terlolong dan beraksi di khalayak ramai.Tok-tok guru menjadi bisu atas nama demokrasi dan mereka berjaya meletakkan diri mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan para sekularis dan penyembah dunia.Ilmu-ilmu agama atas kertas yang dipelajari dari Tanah Arab,India dan merata dunia tidak mampu menyelamatkan mereka dari ditipu sistem demokrasi yang mentarbiah mereka supaya raih seberapa banyak undi untuk menang,bila kalah buat tunjuk perasaan.Mereka menari dengan khusyuk bersama-sama para sekularis dengan gendang yang dipalu demokrasi.Nampak di sini pengetahuan agama tidak cukup,jika faham sekalipun,anda tidak mengamalkannya...anda akan hanyut dibawa arus kekeliruan.Demokrasi telah mengelirukan mereka semua.Saya telah melihat semua ini dari atas pagar ini dan memikirkan jika saya masuk bermain di dalam sistem keparat ini,saya juga akan dibaham ikan 'Jaws'.

Semua pihak harus pandai memahami bahaya di atas papan catur.Jika anda tidak tahu bermain,anda boleh menjadi penonton sahaja.Jika anda tahu bermain,anda MESTI menjadi pencatur,bukan yang dicaturkan.Tetapi,jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur.




3.19 a.m, Bugis Street.

11 comments:

  1. Terima kasih, perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak mampu nak jadi baik, paling tidak pun kita jangan sesekali menyusahkan orang lain..

    ReplyDelete
  3. Sistem demokrasi inilah melahirkan pemimpin2 bengap hanya memetingkan perut sendiri sahaja..

    ReplyDelete
  4. untuk mereka yang mahu berfikir...

    ReplyDelete
  5. Keluar dari papan catur.

    I've tried that. It was not easy to just walk away. Always got drag back in at every turn. But, I took my time. Toma'dinah helps.

    Sekarang saya dalam dunia yang berbeza walau masih di lokasi yang sama. Macam mana nak 'introduce'/'bawa'/'cerita'/'...' pada orang terdekat? Tak nampak jalan. Nasihat?

    ReplyDelete
  6. Salam M.O...

    Selamat kembali M.O dan Mistisfiles

    Grandmaster Imam Mahdi dan Grandmaster Nabi Isa Alaihissalam (a.s),,,
    menunggu kita semua di depan sana....

    Insya ALLAH....... :)

    ReplyDelete
  7. Wanita islam yg ikut demo pembangkang, tak pernah lagi jumpa yang mendedah aurat....sesekali cuba turun tgk macam mana keadaan wanita islam. Kalau Umnuu memang banyak.

    ReplyDelete
  8. Asalamualaikum semua angota2 M.O dan Mistisfiles

    Masih ingat lagi tak atok zamany ? Puas atok cari MO... rupa2nya dah buka laman yg lain. Ini pun masuk lalu blog http://kumanddieaf.blogspot.com/. Baru dapat baca. Kalau tak entah lah bila atok dapat semula M.O dan Mistisfiles. Maklumlah.. atok ni tak pandai pasal computer. Dulu masa atok mulakan tulis blog pun lalu link ni... atok masih ingat jasa M.O dan Mistisfiles. Alhamdulillah skg atok dah dapat semula link ni... cuma srikandi belum dapat lagi. Nanti atok cuba. Macam2 hal rupanya dah berlaku pada kau orang semua... banyak sangat org dengki sebab kau org ni semua pandai2 sangat kot... Itulah salah satu cubaan yg kau orang kena hadapi. Diharap dapat bersabar dgn kerinah manusia tu dan atok doakan semoga kau org semua berjaya dunia dan akhirat.. insyaallah.

    atok zamany

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atok, jgn rampas srikandi dari sy atok..kihkihkih..betol tok,pandai sgt pun susah..tapi itulah dugaan..ade hikmah tuu..sabar ye srikandi..im out already..

      Delete
  9. alhamdulillah...pertama kali buka blog ni...tu pun teruja sbb ada org bagi 'hint'...betul kata atok...korang ni orang bijak2..bukan bijak lagi..Genius..cerita dan sampaikan maklumat pulak berkenaan yg 'hot2'...meletop2 lah jawapnya...anyway..jika ko orang sbg tentera2 pilihan ALLAH...saya sokong aje...syukur ALLAH hantar insan yg serba boleh....terima kasih

    ReplyDelete