Wednesday, January 15, 2014

Adakah Kerajaan Sedang Melakukan 'Commit Suicide'?



Salam para pembaca,

Jika kita lihat sekarang,pihak kerajaan seolah-olah melakukan 'suicide' dengan menaikkan harga barangan dan cukai dengan serentak.Kita tidak tahu mengapa jadi begini dan mengapa kerajaan kini seolah-olah begitu tidak cerdik menangani situasi.Seperti hendak bunuh diri saja.

Harga barangan dan cukai boleh dinaikkan dengan syarat:

1)Mengikut keperluan yang disahkan mengikut pertimbangan wajar dan prosedur ketat.
2)Secara berperingkat dan tidak menekan mengikut jangkamasa,bukannya serentak atau dalam sela masa yang terlalu hampir.
3)Ada jaminan atau perancangan untuk menurunkan kembali harga barangan setelah ekonomi stabil atau bekalan sudah kembali seimbang atau berlebihan.

Tugas kerajaan adalah berkhidmat untuk masyarakat.Jika ada alasan kukuh untuk menaikkan cukai atau harga,perlu ada penerangan yang jujur dan mampan untuk memberitahu rakyat mengapa kerajaan berbuat demikian.

Trend kerajaan BN sekarang ialah selepas pilihanraya,pasti harga minyak akan naik.Ini pasti.Namun kini kemampuan kerajaan BN semakin dasyat apabila membabibuta menaikkan beberapa cukai dan harga barangan hampir serentak dan 'janji-janji' untuk melaksanakan GST.

Ini adalah aneh.Sangat aneh.

Jika ada penerangan secara saintifik dan ilmiah,tolong beritahu rakyat dengan sewajarnya.Apa yang perlu ditakutkan.

Tidak mengapa jika makanan dicatu atau cukai dinaikkan dalam situasi yang menekan contohnya dalam peperangan,dimana cukai dinaikkan untuk membiayai perang namun adakah kita sekarang sedang berperang??

Jika saya berada di kalangan pemuka-pemuka kerajaan di Putrajaya,saya ingin bertanya:

 Adakah Kerajaan Sedang Melakukan 'Commit Suicide'?


-M.O
@r3@1E



11 comments:

  1. Supaya nanti pru akan datang rkyt dh lupa hrga brg naik. Klu gomen naikkn last2 minit dkt nk pru msti bn tsungkur.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn pndpt saudara m.o.our gov mmg sdg menuju ke arah itu.inilah bahana yg perlu dtanggung kerana 'mendewakan' sistem demokrasi...

    p/s. pohon pndpt saudara m.o ttg tulisan dlm blog ini http://yehudaministry.blogspot.com/2013/07/kesaksian-rahasia-besar-dibalik-tsunami.html?m=1 pd sy ia brsifat jahat dan dipenuhi dgn fitnah.jesuits???

    ReplyDelete
  3. Mungkin ini adalah strategi kerajaan sebelum laksanakan GST.

    Bila GST dilaksanakan, harga barang yang dinaikkan akan diturunkan ke harga asal sebelum kenaikan.

    Ini akan membuatkan rakyat marhaen melihat GST sebagai satu kaedah yang dapat mengekang kenaikan harga barang. Padahal itu semua mungkin permainan pihak kerajaan.

    Tetapi kita tak tahu berapa lama harga barang yang turun itu akan kekal murah selepas GST dilaksanakan. Mungkin akan dinaikkan semula jika kerajaan masih kekurangan dana untuk negara dan 'poket sendiri'.

    ReplyDelete
  4. Saya sependapat dengan MO. Macam sengaja semua ini dibuat. Saya tak rasa kerajaan sebodoh ini untuk tidak faham apa yang rakyat mahu. Tidak terlalu bodoh untuk membiarkan sokongan rakyat semakin menurun....seperti ada sesuatu yang sedang dirancang...

    ReplyDelete
  5. permainan masih diteruskan
    kawalan bidak yg sangat cantek..

    ReplyDelete
  6. Ya betul. Kerajan tahu dan telah merancang lama. Golongan cerdik pandai pakar-pakar yg rancang pun kerajaan laksana sahaja. Malaysia maju 2020 semakin menghampiri......sekarang tempuh laksana projek yg dirancang. Biasala hal berbangkit dan isu bila sesuatu dilaksanakan. Counter back le isu tersebut. Matlamat asal teruskan.

    ReplyDelete
  7. Yang pasti akan ada kambing hitam yg akan di korbankan

    ReplyDelete
  8. Watch HashemFilm The Antichrist Dajjal Series di freezersun.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Kerajaaan cerdik, rakyat yang bodoh sebab dok bagi undi pada Barang Naik ni.

    ReplyDelete
  10. Assalamulaikum wbt..bila nak start ni? Kalau rasa x ready jgk, sy nk tidur dh. Ramadhan sebulan lg. Dh delay 4tahun dr 2011. Apa lg mahu tunggu. Hmm.

    iE/iT CGPA,
    A.M @ aly3554

    ReplyDelete
  11. Walau dlm kesusahan rakyat mengharungi kehidupan namum masih ada yang jual harga rendah tak masuk akal..tgk ni --> www.dnglobal.weebly.com

    ReplyDelete