Tuesday, December 23, 2014

The Cursed Pyramid of Tasek Chini




Catatan: Ini adalah artikel pertama dalam siri kempen 'The Cursed Pyramid of Tasek Chini' di MistisFiles:

1) The Cursed Pyramid of Tasek Chini
2)  The Pyramid of Sailendra and Hidden Blueprint of Jayavarman II
3)  Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga-Ligor
4) Hubungan Bangsasura & Dewasura
5) The 'West Baray' of Chini & Secret Tunnel to 'Cursed Pyramid'


Selamat membaca.

-M.O

================================================={***}=======


Ketika Hugh Clifford menjadi residen Pahang sekitar 1896–1900 dan 1901–1903,beliau hanya dikenal sebagai salah seorang pegawai British yang biasa.Sebenarnya tidak.Beliau secara 'underground' merupakan seorang 'Indiana Jones' yang gigih mencari rahsia dan artifak.Beliau juga mempelajari budaya dan bahasa Melayu secara mendalam.Sebahagian jurnal-jurnalnya diterbitkan dengan menggunakan nama samaran lain.Antara yang pernah dicatat adalah ekspedisinya ke Gunung Bama dan misi rahsia ke Tasek Chini.

Jika Gunung Bama adalah bertujuan untuk mencari 'lost civilization' apakah pula misi rahsianya ke Tasek Chini?Sebahagian petunjuk,ditinggalkan di dalam buku 'Farther India',menunjukkan beliau mencari 'sesuatu' yang berskala besar di dasar Tasek Chini.

Di sana,terdapat sistem pengairan yang tersusun dan sistematik.Sebuah kawasan tadahan air terbesar,terselindung di antara tasik-tasik semulajadi.Di sebalik hutan,terdapat petunjuk tertentu untuk ke 'dalam'....ke arah sekumpulan 'piramid yang disumpah'...








The Cursed Pyramid of Tasek Chini










....high cultured people out of Sundaland comes from mythological traditions they carried with the.Pyramid as we have seen are rooted..."

-Robert M. Schoch





Saya,Srikandi akan menulis tentang beberapa perkara mengenai Tasek Chini dan kekeliruan tentangnya.Saya juga akan memberitahu pembaca tentang kedudukan cerita sebenar mengenai 'piramid-piramid' di Tasek Chini,siapa yang membinanya dan mengapa ia sukar ditemui kini kecuali melalui beberapa imej satelit resolusi tinggi.

Saya memiliki akses kepada beberapa rahsia kerajaan di Pahang termasuk foto-foto ekspedisi Swettenham dan Clifford (?) ke Tasik Chini,namun ia bukanlah perkara penting jika kita tidak tahu mengapa objek-objek itu sukar di akses oleh orang biasa dan mengapa ia berada di situ.

Pertamanya,siapa yang tinggal di sekitar Tasik Chini? Jawapannya Orang Jakun.Siapa Orang Jakun?

ORANG JAKUN ADALAH ORANG ASLI DARI KATEGORI ABORIGINE MALAY yang berbahasa dalam kelompok Malayo-Polinesia.




Orang Jakun: Petunjuk Pertama 





Tasik Chini ini yang dikenal luas di kalangan pelancong Malaysia dan luar negara, adalah tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di Malaysia.Orang Jakun yang mendiami di sekitar tasik ini adalah kumpulan kecil masyarakat Orang Asli yang mempunyai penduduk sejumlah 478 orang dengan lebih kurang 82 buah keluarga, tinggal di kawasan tasik selama beberapa generasi. Walaupun tasik tersebut memang terkenal,namun terlalu sedikit pengetahuan tentang budaya dan gaya hidup masyarakat ini.
 

Kehidupan sehari-hari yang Jakun menunjukkan bahawa mereka juga memiliki aktiviti ekonomi,dengan kampung-kampung dan infrastruktur tersendiri sebagaimana masyarakat lain seperti orang Melayu,Semang dan Senoi.

Alat berburu tradisional seperti Sumpitan (sumpit) dan bakul serta kalung tradisional atau rantai nyelai diperbuat daripada buah-buahan dan kelapa nyelai kerang.Juga mereka mengekstrak rumput-rampai atau herba untuk dibuat minyak dengan pelbagai fungsi seperti mengurut dan kegunaan harian. Rumput kercut, tumbuh liar di dalam tasik itu, telah digunakan oleh Jakun untuk membuat barang-barang buatan tangan seperti lampu, bingkai gambar, penanda, dulang hantaran dan kotak.

Bagi minyak sapu, ia juga diperbuat daripada campuran herba dan lintah, yang boleh digunakan untuk mengubati pergelangan kaki terseliuh.


Apabila kita mengetahui bahawa penduduk asal di sana adalah dari kalangan PROTO-MELAYU iaitu Orang Jakun maka,hipotesis bahawa apa jua jumpaan di Tasik Chini waima piramid-piramid itu tidak boleh dikaitkan dengan orang Khmer yang terletak di Kemboja begitu jauh ke utara di Indochina.


Sekarang mari kita lihat mitos yang terkenal di kalangan orang Jakun ini.





Mitos Orang Tua Misteri: Petunjuk Kedua




Terdapat dua mitos terkenal di kalangan orang Jakun dan Melayu yang tinggal di sekitar tasik Chini.Yang pertamanya ialah KISAH ORANG TUA MISTERI.

Melalui laporan dari  Sariha Mohd Ali ini,kita akan melihat bahawa perlambangan kayu yang dicucuk itu dan mata air misteri itu memberikan maksud: ada kawasan tadahan semulajadi di sana.


Orang Tua Misteri

Tarikan Tasik Chini yang juga tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera itu, bukan setakat keunikan flora dan fauna yang dimilikinya, malah cerita lagendanya yang penuh misteri turut mempopularkan kawasan berkenaan.

Walaupun cerita seumpama itu sukar dipercayai dan dibuktikan kebenarannya, tetapi penduduk tempatan tetap menganggapnya sebagai sesuatu yang akan terus kekal dalam ingatan dan diturunkan daripada generasi ke generasi.

Berdasarkan cerita rakyat, seekor naga besar dikenali Naga Seri Gumum, dikatakan menghuni Tasik Chini dan kisah itu turut dipaparkan pada papan tanda besar yang diletakkan di Tasik Chini Resort untuk dibaca pelancong yang datang ke situ.

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam.

Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri.

Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.

Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan.

Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi.

Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini.

Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri.

Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik.

Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau. 


Jadi,apakah maksud '12 laut' ini?Terdapat 12 kawasan tadahan yang dibina mengelilingi Tasik Chini atau tasik semulajadi.Anda mungkin memandang ini sebagai tidak mungkin.Tetapi anda belum melihat projek 'West Baray' di Kemboja yang dibina oleh seorang anak raja Melayu yang berbapakan raja Melayu Ligor dan beibukan wanita Khmer.

Suryavarman I.


Mitos Naga Tasik Chini : Petunjuk Ketiga




Mengikut legenda,Tasik Chini pada asalnya dijadikan tempat tinggal oleh dua ekor naga iaitu Naga Tasik Chini dan Naga Sri Gumum. Kedua-dua naga ini bersaudara.

Pada suatu ketika, berlaku pertelingkahan antara Naga Tasik Chini dengan seekor lagi naga yang tinggal di Laut China Selatan.Pertelagahan tersebut tiba ke kemuncak apabila Naga Tasik Chini bertekad untuk menyeberangi negeri Pahang bagi bersemuka dengan naga tersebut.Nasib tidak menyebelahi Naga Tasik Chini apabila dia tewas dalam pertarungan tersebut dan bersemadi di dasar laut. Kematian tersebut menyebabkan Naga Sri Gumum berang.Naga Sri Gumum kemudian bertekad membalas dendam untuk saudaranya itu, lalu dia menyeberangi negeri Pahang untuk ke Laut China Selatan.Niat Naga Sri Gumum untuk menuntut bela bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia dihalang oleh Sultan Pahang yang menitahkannya supaya kekal sebagai penjaga Tasik Chini.

Dalam buku Juara Yang Tertewas nukilan Aripin Said ada disebutkan pertarungan Seri Pahang dan Seri Kemboja.Seri Gumum pula adalah saudara kepada Seri Pahang dan ada juga ditambah satu naga lain iaitu Seri Siam yang berwatak antagonis.

Apakah maksud dari mitos ini?

NAGA MEWAKILI KEKUATAN DAN DALAM KES INI IA MEWAKILI KEKUATAN KERAJAAN.

Hipotesis penulis,ia melambangkan negeri-negeri di waktu silam iaitu Pahang,Siam dan Kemboja.Gumum mewakili kerajaan tempatan di kawasan Tasik Chini memandang kawasan tasik yang menawarkan air dan sumber makanan adalah baik untuk dijadikan tempat tinggal dan dibina kerajaan,sama seperti Tasik Tonle Sap,di mana kerajaan Angkor dan perkampungan dibina berhampiran.

Tidak menafikan kewujudan 'naga' atau 'ular besar' sebagai kekuasaan Tuhan,namun kemungkinan besar penduduk Jakun melabelkan kerajaan-kerajaan besar itu dengan perlambangan 'ular tasik' yang dijumpai di Tasik Chini.

Sebagaimana kaum Nyah Kur di Thailand dikesan adalah pelarian dari Dvaravati,kemungkinan besar penduduk Jakun di sekitar adalah rakyat asal satu kerajaan yang musnah dalam peperangan.Penulis berpendapat mereka pernah bernaung di bawah kerajaan purba Pahang,kemudian ditakluk oleh Sri Dharmaraja atau 'Siam'.Kemboja pula adalah empayar Angkor di mana Angkor dan Sri Dharmaraja pernah saling mempengaruhi.Pada era sebelum Suryavarman I,takhta Angkor dipengaruhi oleh arahan dari Sri Dharmaraja atau Tambralinga.Ini sama seperti kuasa lobi yang dimiliki oleh kaum Yahudi di Amerika yang mampu menentukan siapa presiden Amerika seterusnya.

Perlambangan Seri Siam dan Seri Kemboja yang mewakili watak antagonis adalah menunjukan percantuman keluarga pemerintahan Angkor dan Sri Dharmaraja.Ini berlaku terutamanya ketika era Suryavarman I (memerintah Angkor dari tahun 1010 ke 1050 Masehi) dimana pada masa yang sama adalah raja penaung bagi Sri Dharmaraja.Ini dibuktikan dalam Prasasti Phimanakas di Kemboja:

"Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka"

 Bahagian pertama dari petikan itu menyebutkan bahawa beliau berasal dari garis dinasti Suryavamsa (dinasti Matahari) dan mewarisi gelaran "Kamtvan", penghormatan untuk seorang raja Kemboja.Bahagian terakhir,"dharmarajya nu svey vrah 924 Caka" harus diertikan bahawa "ia (Suryavarman I) memerintah atas Prah Dharmaraja pada 924 Caka". Kedua-duanya menunjukkan Suryavamsa punya hubungan yang kuat dengan kerajaan Kemboja dari Tambralinga (nama lain bagi Nagara Sri Dharmaraja).Beberapa sumber menyebutkan bahawa ia sebenarnya putera raja Sochita (Sujita) atau Jayaviravarman sendiri.Sementara ayat seterusnya memberitahu beliau telah naik takhta Angkor pada 1002 Masehi, Suryavarman I dilantik pada masa yang sama,untuk memerintah Sri Dharmamaraja,hanya selepas Jayaviravarman berakhir (turun takhta) pemerintahannya pada tahun 1006 Masehi yang mana Suryavarman I seharusnya naik takhta Angkor.

Sri Dharmaraja telah melanggar Pahang dan selepas menewaskannya,mewajibkan Pahang tunduk dengan membayar ufti serta meletakkan raja di bawah kawalannya,salah seorangnya ialah Maharaja Dewasura yang terkenal disebut dalam Sulalatus Salatin,sebagai raja terakhir Order Lama dari Blok Melayu Segenting Kra atau 'Benua Siam' sebelum dikalahkan oleh pasukan tentera Kesultanan Melaka yang membawa Order Baru dari Blok Melayu Melaka-Johor-Riau.


Siapakah Suryavarman I?






Beliau berdarah Melayu Sri Dharmaraja dari sebelah bapa.Bapanya,raja Nagara Sri Dharmaraja (Ligor) telah mengahwini seorang gadis Khmer.Bukti-bukti dari beberapa riwayat cenderung menunjukkan bahawa bapanya itulah Sujita,yang menyerang Lavo.Banyak inskripsi membuktikan pemerintahan Suryavarman berlaku pada seawal 1002 Masehi (924 Saka).Jika tarikh ini adalah tepat,Suryavarman dinobatkan pada masa yang sama sebagai raja Jayaviravarman mengarah ke spekulasi bahawa mereka bersaing takhta Angkor.Pandangan yang lain adalah bahawa Suryavarman I dan Jayaviravarman adalah dua gelaran yang berbeza yang diberikan kepada raja yang sama.Kita akan melihat bahawa tiada satu pun dari dua spekulasi ini adalah benar.

Semasa Suryavarman I berjuang ke arah takhta Angkor,terdapat dua raja Melayu lain,ada yang mengatakan mereka masih saudara,ada teori yang mengatakan mereka bukan dari satu keluarga.Itulah dia Jayaviravarman yang disebutkan tadi dan Udayadityavarman,seorang lagi pesaing.

Itulah maksud dari Prasasti Phimanakas itu,diulang lagi di sini:

Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka

{...mewarisi gelaran 'Kamvan' dan berasal dari darah keturunan Dinasti Matahari...dia...(Suryavarman I) memerintah seluruh negeri Dharmaraja pada tahun Saka 924...}


Kesimpulannya,Suryavarman I menaiki takhta Sri Dharmaraja menggantikan ayahnya dan pada masa yang sama,memenangi perebutan kuasa di istana Angkor.



Projek West Baray Suryavarman I : Petunjuk Keempat 




West Baray adalah panggilan bahasa Inggeris kepada tasik atau kawasan tadahan buatan untuk menampung air di Angkor, Kemboja. Tasik buatan ini memanjang dari barat ke timur dan terletak tepat di luar tembok barat kota Angkor Thom. Berbentuk persegi panjang berukuran sekitar 7.8 km x 2.1 km,West Baray adalah takungan buatan terbesar di kawasan Angkor. Air tasik ditahan oleh struktur tebing tinggi dari tanah. Di tengah takungan terdapat candi Mebon Barat, sebuah candi Hindu yang dibangun di atas sebuah pulau buatan.

Pembangunan takungan ini mungkin dimulakan pada abad ke-11 pada masa pemerintahan Raja Suryavarman I dan kemudian disambung pada masa pemerintahan Raja Udayadityavarman II.

Para arkitek Angkor mungkin membangun tasik ini dengan membaiki struktur yang sudah dibangun sebelumnya.Kawasan saluran di timur misalnya, mungkin dibangun dari bahagian parit yang mengelilingi ibu kota Raja Yasovarman, dengan candi Phnom Bakheng tepat berdiri di tengahnya. Pada bahagian lainnya, pembangunan takungan kemungkinan juga menenggelamkan kawasan permukiman. Tebing di selatan misalnya, pada sebahagian strukturnya menimbun candi piramid dari bata, Ak Yum. Di dasar sebelah barat tasik atau takungan itu terlihat bekas-bekas permukiman, penelitian arkeologi menemukan dasar tembok, tangga, dan pecahan tembikar. Sebuah prasasti yang ditemukan di tempat ini, berusia sejak tahun 713 Masehi, memastikan adanya permukiman yang telah ada lebih dulu, menyatakan bahawa sebidang kawasan persawahan dipersembahkan kepada Ratu Jayadevi (atau Jamadevi dari Haripunjaya?).

Arkeolog Perancis awal percaya bahwa West Baray berfungsi sebagai rizab penampungan air untuk mengairi saluran pengairan  pada musim kemarau.Penelitian kemudian menunjukkan bahawa fungsi utamanya adalah fungsi simbolik,sebagai mitos laut suci dalam kepercayaan Hindu, dengan candi Mebon Barat sebagai pusatnya. Di masa kini, sebuah pintu air pengairan dibangun di bahagian selatan tasik,memungkinkan pengairan kawasan persawahan di selatan takungan itu. Kini takungan itu mampu menampung air di sebelah barat sepanjang tahun. Pada musim hujan air naik dan menyentuh tebing di bahagian timur.


Jika anda perasan,projek ini dimulakan oleh Suryavarman I yang mewakili kedua-dua kerajaan; Angkor dan Sri Dharmaraja.Konsep takungan air ini sebenarnya adalah ciri-ciri teknologi kerajaan purba Melayu di masa silam yang mahu menyambungkan kawasan pedalaman darat dengan sungai atau laut.

AKSES KE LAUT PADA MASA DAHULU ADALAH SEPERTI MENGAKSES KEPADA LEBUHRAYA PERDAGANGAN MARITIM.

Namun pada masa yang sama,ia digunakan untuk tujuan tadahan air dan juga dibina pulau buatan serta 'PIRAMID-PIRAMID'.

Ini bukanlah aneh,kerana teknologi piramid sudah lama dikenal oleh orang Kemboja,sejak raja pertama Angkor membawa pengetahuan itu dari BOROBUDUR DAN MELAYU SAILENDRA,DINASTI PALING BERKUASA EMPERIUM SRIVIJAYA.

Kita sambung dalam bahagian kedua:

The Pyramid of Sailendra and Hidden Secret of Jayavarman II



~Disediakan oleh Srikandi bagi pihak M.O

1 comment:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/waspada-6-masalah-kencing-ini-bisa-jadi.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/alami-keguguran-stella-cornelia-malah.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/01/pencinta-dessert-wajib-coba-es-krim.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    ReplyDelete