Wednesday, July 1, 2015

“Origin of The Black Mass”

darkvat3


Pada tahun 2011,Pastor Peter James telah memberikan satu ucapan yang sukar dalam kariernya di perjumpaan Gereja Presbyterian Vienna.Beliau bercakap tentang kekejaman seksual yang berlaku di gereja itu selama hampir 6 tahun.Skandal itu melibatkan pengurus-pengurus muda yang dipercayai.Beliau meminta maaf kepada khalayak dan mengatakan bahawa selepas menyelami masalah tersebut,mendedahkan “semua itu adalah lebih dasyat dari apa yang kita bayangkan”.

Dalam pada itu,kira-kira 2 tahun lepas gereja terbesar Wesleyan Methodist yang merupakan cabang gereja keempat di Britain telah merakamkan ucapan maaf atas kes pencabulan seksual yang berlaku di situ.Gereja tersebut membuat ucapan maaf secara umum setelah terbongkarnya hampir 2000 kes pencabulan di dalam institusi gereja itu sejak 1950.

Di Belgium,Biskup kota Bruges, Roger Vangheluwe, meletak jawatan pada April 2010 selepas mengakui bahawa dia telah mendera secara seksual seorang budak lelaki selama bertahun-tahun semasa menjadi paderi malah selepas dilantik menjadi biskup.

Skandal itu menarik perhatian bekas ketua Gereja Katolik di Belgium, Cardinal Godfried Danneels, yang telah menasihatkan mangsa pada bulan April tidak mendedahkan kepda awam akan skandal itu sehinggalah Vangheluwe  bersara pada tahun 2011.


Pada 20 Mac, Pope Benedict XVI memohon maaf kepada mangsa-mangsa penderaan seks kanak-kanak oleh paderi Katolik di Ireland.
 
Beliau kemudiannya menerima perletakan jawatan Bishop John Magee, seorang pembantu kepada tiga paus sebelum ditugaskan ke Ireland, yang didapati telah menyeleweng dalam mengendalikan kes penderaan seks para biarawan di County Cork.
Pope Benedict kemudiannya telah melantik 9 ahli panel gereja untuk menyiasat penderaan kanak-kanak di institusi Katolik Ireland.
Sejak dua dekad yang lalu, Gereja Katolik Rom di Amerika Syarikat - dengan Uskup Agung Boston khususnya - telah terlibat dalam beberapa siri skandal seks kanak-kanak.
Terdapat banyak kes melibatkan kemarahan orang ramai selepas penyalahgunaan kuasa dalam tahun 1990-an oleh dua paderi Boston, Paul Shanley dan John Geoghan, dapat dijelaskan, dengan syak wasangka bahawa pemimpin-pemimpin Gereja telah berusaha untuk menutup jenayah mereka dengan menggerakkan mereka dari satu gereja ke satu gereja.

Pada tahun 2002 ketika itu, Pope John Paul II mengadakan mesyuarat tergempar dengan kardinal Amerika Syarikat, tetapi dakwaan terus muncul.

Walaupun telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk mengambil tindakan tegas, Archbishop Bernard Law mengundurkan diri atas skandal itu pada akhir itu.

Apa yang berlaku sebenarnya selama beratus-ratus tahun di sebalik lorong-lorong dan basement gereja-gereja?

Di sana,ada sesuatu yang menjelekkan,mengejutkan ramai orang.Sejak zaman pagan lagi,pelbagai ritual misteri telah berjalan dalam budaya Eropah Kuno.Sebahagiannya tetap berjalan dengan senyap,sebahagiannya cuba ditutup.
Di sini kita akan bermula.







“Origin of The Black Mass”





originblcmas

“mereka merayakan Ibu Dewi yang meriah ketika zaman-zaman empayar Rom,berakar dari kepercayaan Mithra dan Ishtar..”







You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us



 

No comments:

Post a Comment