Saturday, August 29, 2015

Jika Anda Tidak Tahu Bermain Catur,Belajarlah Bermain Catur







Siri 'The Chess':

1) "Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan"
2) "Sebenarnya kita semua sedang dicaturkan"
3) "Jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur"

Semua artikel di atas berasal dari laman MistisFiles.Artikel pertama dikeluarkan pada 2011.Beberapa bahagian artikel atau tagline darinya telahpun berlegar di laman sosial dan blog sejak beberapa lama.

-M.O





Dunia hari ini tidak sama seperti dunia 100 tahun dahulu.Namun modus operandi sesetengah manusia tetap sama dengan tujuan yang sama.Cuma yang membezakannya ialah cara dan gaya yang digunakan,bersesuaian dengan trend masakini.

Seperti kita melihat satu papan catur dan bidak-bidaknya.Semua itu sama dengan peraturan yang sama sejak dahulu.Namun bagaimana untuk memenangi percaturan itu adalah perkara yang lain.

Golongan elit yang menguasai Amerika dan Israel sebagai contoh,menerbitkan lakonan Osama Bin Laden sebagai objektif bagi menggambarkan bahawa Islam adalah keganasan.Kini IS dicipta untuk objektif yang sama menggantikan al-Qaeda yang sudah luput tarikh.Inilah contoh mudah yang saya katakan tadi,bahawa bagaimana percaturan itu dibuat untuk objektif yang sama bagi trend yang berbeza.

Di Malaysia,percaturan adalah berbeza sebagaimana di negara-negara Arab.Di Timur Tengah,sentimen mudah dimainkan dengan ramalan aksi yang mudah diagak;tindakan agresif,tunjuk perasaan yang keterlaluan dan huru-hara yang dasyat serta perang saudara sesama sendiri yang berlarutan.Ini adalah psikologi dan sikap (attitude) kebiasaan orang-orang kebanyakan di negara-negara Arab dan jika anda lihat,formula yang sama digunakan oleh CIA untuk mengawal mereka sejak Perang Dunia Pertama.

Di Malaysia,pergerakan marhaennya perlahan.Kita ambil contoh bahawa populasi golongan pribumi (politik masih dikuasai orang Melayu) sebagai imej dominan negara ini adalah satu entiti yang kurang agresif apabila dicucuk menggunakan formula yang sama seperti di Timur Tengah.Momentum yang dihasilkan mereka adalah perlahan atau lembab dan mereka seringkali 'back to basic' iaitu seperti teringat kepada 'pesanan ibu-bapa'...adat resam,pantang larang,nasihat agama atau kesopanan dan kesusilaan atau saja yang menghalang mereka bersikap agresif seperti sanggup melakukan huru-hara,membunuh saudara-mara sendiri,menjadi pengebom berani mati dan sebagainya seperti di negara-negara Arab.

Jika sikap dan emosi marhaen di negara ini adalah seperti pemikiran marhaen di negara-negara Arab,saya pasti sudah tentu perdana menteri akan dibom,dibunuh,rumahnya dibakar atau satu keluarga ditembak mati,seperti yang kita saksikan berlaku kepada Saddam Hussein,Muammar Gaddafi,Rajiv Ghandi atau Benazir Bhutto.

Kita juga tiada kes mengamuk seperti yang seringkali dilakukan oleh orang-orang Barat dengan gaya menembak secara rambang kepada orang ramai di pawagam atau di mana saja kemudian membunuh diri.

Jadi apa yang saya ingin beritahu,bahawa,percaturannya ialah sama seperti yang dilakukan oleh pihak British yang berjaya mengawal populasi di sini selama lebih kurang 200 tahun.

Apakah itu?

PECAH DAN PERINTAH

Ini adalah slogan ajaib yang satu-satunya mampu membodohkan ramai orang di sini.Hanya dengan memecahbelahkan mereka semua dan kemudian barulah senang mengawal dan memerintah mereka yang mana kekuatan mereka dimusnahkan secara teratur.



Untuk mengawal yang mana paling bahaya di antara dua parti terbesar orang-orang Melayu/Islam,kita boleh melihat yang mana penting untuk dikawal.UMNO?Tidak.Ketuanan Melayu dan sentimen nasionalis tidak benar-benar kuat untuk proksi-proksi NED merasa goyang.

Yang perlu dimusnahkan ialah PAS,parti berimej Islam yang berdegil ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi.

Jika isu nasionalisme kebangsaan,itu hanyalah hiburan bagi The Elite kerana nasionalis memang antara doktrin yang dicipta bagi menggalakkan anarki dan menimbulkan kesan PECAH DAN PERINTAH.Bagaimana Khilafah Uthmaniyyah runtuh?Apabila semua negara-negara Islam memiliki nasionalisme sendiri dan berpecah.

Apabila isu kenegaraan dan syariat Islam,maka ini adalah perkara maha penting yang perlu dicegah seawal mungkin.Anda boleh lihat bagaimana DAP mula menyerang presiden PAS dan tidak senang duduk apabila isu hukum Hudud makin digerakkan oleh PAS.Bukankah mereka sama-sama menentang BN?Tidak,DAP sebenarnya menentang usaha-usaha menegakkan syiar Islam,UMNO dan Ketuanan Melayu adalah perkara kedua atau ketiga.

Ini adalah isu yang sama ketika era penjajahan;British tidak menghalang adat dan budaya Melayu hatta sistem raja-raja namun untuk membudayakan agama dan syariatnya adalah tidak mungkin dibenarkan sama sekali.

Di dalam PAS sendiri ada 'mole' yang masing-masing ada kepentingan peribadi sendiri,secara konsepnya adalah sama,untuk memenuhi perut sendiri ketika hidup di dunia.Ini adalah 'bola tanggung' atau bidak umpan untuk memakan Kuda atau Ratu.

Jadi,PAS dipecahkan dengan memanfaatkan 'mole' tadi.Dana akan dibagi,segala bantuan dan suapan akan diberi,janji PAS mesti dimusnahkan.Klon PAS siap untuk dibina,gunanya untuk menentang PAS,memecahbelahkan undi umat Islam supaya semakin lemah dan semakin lemah.

Dalam sistem demokrasi,populasi majoriti boleh di-hack dengan MEMECAHBELAHKAN UNDI MEREKA.Apabila ini terjadi,majoriti akan terpecah-belah menjadi beberapa entiti,yang mana SETIAP SATU ENTITI TIDAK MAMPU melawan 'kuasa majoriti' yang tiba-tiba wujud dalam sebuah entiti minoriti yang bergabung secara konsisten.

PAS perlu dihukum,kerana 'dosa' mereka yang degil mahu meneruskan agenda Islam dan AlQuran.Islam adalah musuh paling ketat parti-parti sosialis dan liberal BUKANNYA parti berasaskan nasionalis,sebab nasionalisme,sosialisme dan liberalisme mendukung demokrasi yang diciptakan untuk mereka.

Sebab itu kita lihat dalam kes ini,ramai pejuang-pejuang agama tidak tahu cara untuk meletakkan diri dalam suasana majlis yang disediakan demokrasi.Mereka terlalu naif,bengap,nerd atau tersipu-sipu berdepan dengan wira-wira liberalis dan sosialis yang belajar tentang bagaimana bermain dalam permainan ini.

Pejuang-pejuang agama ini,ada yang tiba-tiba mendokong perjuangan kafir yang bertopengkan keamanan dan hak asasi,padahal apabila si kafir berkuasa kelak,semua hak asasi manusia akan dibela KECUALI AGAMA ISLAM.Itulah definisi mereka yang pejuang agama yang wannabe dan nerd ini tidak tahu.

Formula ini juga sama digunakan di Indonesia,kita boleh baca dan faham apabila melihat pergerakan politik di sekitar Jokowi dan Ahok.Modus operandinya sama dan ia dilakukan dengan begitu perlahan.








Majoriti umat Islam dipecah-pecahkan ke beberapa entiti,dalam entiti itu pula ia dipecah-pecahkan lagi.Seperti PAS yang sudah sedia berpecah dengan UMNO,maka dipecahkan kepada parti politik lain sebab masih degil beritiqamah dengan agama.Jika PAS mahu bersatu dengan UMNO,maka ia akan dihalang,bukannya sebab UMNO akan lebih berkuasa,tetapi untuk menghalang 'virus' Islam akan menyembuhkan daki nasionalisme butatuli UMNO itu.

PAS akan dikawal melalui klonnya.Klonnya akan menyembah dan menurut arahan si pengawal yakni parti sosialis-chauvinis itu tadi.Apabila melawan,mereka akan dilemahkan dengan guna-guna seperti 'melawan BN' atau 'melawan kerajaan yang korup' dan 'PAS sudah ikut UMNO'.

Yang hanya boleh bergabung dengan UMNO hanyalah proksi-proksi NED itu,gunanya untuk mengawal UMNO.PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO sebab itu tidak menguntungkan si kafir.Perpaduan umat adalah klise yang perlu dibodoh-bodohkan.

Sampai masa,di dalam UMNO dan PAS sudah ada 'mole' masing-masing.Kedua-duanya akan dikawal dengan 'mole' itu.Taktik ini digunakan oleh PKR untuk mengawal PAS sejak sekian lama,namun semua 'mole' dibersihkan dalam pemilihan mereka yang lepas.

Adakah cara untuk memang di papan catur?Sudah tentu ada.Caranya ialah dengan me-reverse balik segala pergerakan catur mereka.Semua entiti yang berpecah mesti bersatu,atau bergabung dalam kepelbagaian bagi mengaburi mata (sebagaimana yang dibuat oleh orang Cina dengan MCA dan DAP).Apabila ini terjadi,DIVIDE sudah tidak bermakna dan RULE tidak akan terjadi.

Semua pejuang agama mesti belajar memahami pergerakan politik musuh-musuh Allah,bukannya menganggap ia adalah teori konspirasi dan karut.Belajar pergerakan Christian Zionist,NED,CIA, Trilateral Commission dan sebagainya.Jika anda masih berfikiran terkebelakang,suatu hari nanti,anda pun akan mengaji 'AlQuran' yang dicipta mereka.

Setiap pihak perlu pandai dan berwaspada.Kerana setiap bidak catur dicaturkan dengan penuh muslihat dan tipudaya.Apabila anda tidak biasa bermain catur,anda akan dipermainkan di atas papan catur.Kekalahan anda tidak lagi menjadi selera si pengawal,namun rasa kekok dan teragak-agak anda adalah hiburan dan gelak ketawa mereka.Setiap pencatur sudah pasti dan mesti pandai bermain catur termasuk anda,anda tidak boleh berpura-pura pandai bermain catur.Jika anda tidak tahu bermain catur,belajarlah bermain catur.



-M.O
@r3@ 1E

6 comments:

  1. Sudah sampai masanya org melayu ambil alih kuasa islam didunia ini.....

    Hanya pada bangsa yg kreatif saja yg akan dpt selamatkan umat islam survive sehingga munculnya iman mahdi dan nabi isa...

    Kalau diperhatikan bangsa turki...arab dan mana2 umat islam yg lain mereka x mampu utk membela agama islam di era teknologi maklumat ini...

    Yg tinggal hanya umat melayu saja yg masih mampu utk berfikir secara kreatif....

    Disokong dgn kedudukan geografi yg jauh lg timur tgh..... ekonomi yg berkembang berjaya membentuk infrastructure yg baik....

    Maka hanya bangsa melayu saja yg layak membela agama islam yg maha suci ini hingga di hujung usia....

    Cuma umat islam tanah melayu kene usaha sikit saja lg... iaitu merialisasikan penyatuan umno dan pas... akhirnya akan membentuk rumpun melayu gelombang kedua yg kuat dimana amalgamation diantara islam dan kekuatan bangsa yg jelas termetrai bersama....

    Jika ini berlaku maka akan pecah la buhul2 syoiton dan iblis di rom yg menyaksikan platform yg kuat di sebelah timur jauh terbentuk....

    ReplyDelete
  2. bangsa melayu memang ada banyak potensi
    tinggal lagi kena digilap sungguh2

    semua mata sedang memandang kedunia sebelah sini
    kena sedarkan lebih ramai lagi bangsa ini agar mereka sedar tentang apa sebenarnya yang mereka boleh buat dan sumbangkan bukan saja utk diri sendiri, keluarga, bangsa, negara malahan dunia seluruhnya

    ReplyDelete
  3. AnonymousAugust 29, 2015 at 10:01 PM
    ((Cuma umat islam tanah melayu kene usaha sikit saja lg... iaitu merialisasikan penyatuan umno dan pas... akhirnya akan membentuk rumpun melayu gelombang kedua yg kuat dimana amalgamation diantara islam dan kekuatan bangsa yg jelas termetrai bersama....))

    Salah ni...bukan penyatuan UMNO & PAS....tetapi penyatuan semua umat manusia agar kembali kepada fitrah Tuan Semesta Alam...Tidak kira bangsa apa sekalipun harus (wajib/mesti) tunduk patuh (.muslim/berserah diri..) pada tuan yang empunya alam semesta ini.barulah akan aman damai sejahtera seluruhnya....

    ReplyDelete
  4. Ds bro.. Perkongsian terbaik..
    Ptsa..

    ReplyDelete
  5. PAS? Dah lama hancur dari dalam. Bukan Ahlu Sunnah wal Jama'ah 100%. Salafi Wahhabi. Ada Syiah. UMNO? Baik sikitlah. Masih Ahlu Sunnah Ashairah wa Maturidiyah. Masih percaya Allah tidak bertempat dan tidak bermasa. Meski ada juga Wahhabi. Meski ada kelemahan sana sini. Aku lebih percaya kepada puak2 Sufi yang tak campur politik. Bagi aku, tok2 guru Sufi itulah raja2 Melayu yang sebenar. Pemimpin2 Ahlu Bait akhir zaman.

    ReplyDelete