Notice: All information and data for this work were obtained
through various sources in the public domain.
This interview is a CONFIDENTIAL work that is intended for review by
the serious researcher,and assumes a basic familiarity with the general
subject matter in the field.It was not produced specifically for the
general public.
However,for educational reason,it considered to release.So,use it under your responsibility.
***********************************************
Seingat saya,sekitar 2009-2010 yang lalu,saya telah mengadakan temuramah bersama Lonecryer dan saya telah siarkan ia di MistisFiles. Apa yang menarik di dalam temuramah itu, Lonecryer telah menyentuh tentang topik yang antara paling misteri dan sehingga kini masih dianggap sebahagian dari Teori Konspirasi iaitu 'Galactic Allignment.
'Galactic Allignment' ini ialah penyelarasan kedudukan bumi sebagai salah satu rutinnya dengan tujuan-tujuan tertentu secara saintifik. Semua perubahan ini sebenarnya telah berlaku beribu-beribu tahun dahulu dengan selang masa tertentu. Kita tahu tentang Zaman Ais yang pernah berlaku di Bumi dan ketika ia cair seluruhnya. INI ADALAH BERKAITAN DENGAN 'PENYELARASAN GALAKTIK' INI.
Saya siarkan kembali sedutan dari kenyataan Lonecryer dalam temuramah tahun 2009 itu:
S:Itu
kata agama,bagaimana pula dengan sains?Adakah sains ada fakta yang
menguatkan ramalan agama ini atau menafikan alam ini akan musnah?
J:Sains?Jika
anda seorang saintis yang mengatakan bahawa dunia ini kekal abadi maka
andalah saintis yang akan digelar sebagai saintis gila (Lonecryer
tersenyum mengekek).
Tahukah
anda bahawa kajian sains kini mengatakan bahawa bumi mungkin sahaja
akan berputar songsang?Ahli astronomi menggelarkannya sebagai
'retrograde'.Sebenarnya para saintis sudah lama mengetahui perkara ini
sejak tahun 1543 apabila Nicolaus Copernicus menerbitkan karyanya "De
revolutionibus" dan akhirnya kini teori beliau telah dibuktikan.NASA
sebenarnya sudah mendapat data-data perubahan ini sejak tahun 2003
lagi.Mereka telah memerhatikan perubahan gerakan angin,atmosfera,kabus
ais dan jerebu di Marikh sejak beberapa lama.Melalui teknologi
pengimejan The Thermal Emission Imaging System (THEMIS) yang digunakan
oleh NASA,mereka dapat melihat perubahan berlaku pada atmosfera Marikh
yang aneh dan menguatkan teori 'backward motion' oleh ahli
astronomi.Akhirnya melalui satu siri pemerhatian berterusan,Marikh telah
dikesan semakin perlahan putarannya dan saintis meramalkan ia akan
berhenti dan kembali berputar pada arah berlawanan.Saya ingin memetik
satu hadis yang dikaitkan dengan fenomena ini:
Dari
Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Kiamat tidak datang
sehingga matahari terbit dari barat. Jika manusia melihatnya maka mereka
semua beriman.”
Teori 'retrograde' nampaknya telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w lama sebelum Copernicus mengemukakan pandangannya.
S:Adakah ini menunjukkan bahawa bumi juga akan mengalami nasib yang sama?
J:Ya,kenapa
tidak?Tambahan pula para saintis sering membandingkan Marikh sebagai
planet yang hampir dengan bumi.Mereka selalu mengkhayalkan jika bumi
musnah,planet yang paling hampir kemungkinannya untuk didiami adalah
Marikh.Marikh juga ditemui terusan-terusan air malah molekul air juga
pernah dijumpai di sana!Anda pernah mendengar kontroversi Face of
Mars?Terdapat rahsia di sana dan pihak NASA telah merahsiakan banyak
data-datanya.Saya tidak boleh mendedahkan sekarang kerana ia bukan
masanya.Something was done involving the various covert operation are there.
Jika
putaran Marikh boleh menjadi perlahan,maka ini juga boleh berlaku
kepada planet-planet lain termasuk bumi.Anda mesti memahami sifat-sifat
graviti planet,kutub-kutub yang mengekalkan paksinya dan pengaruh
daya-daya sama ada dari dalam planet itu mahupun hubungannya dengan
jasad-jasad berhampiran.Tahukah anda bahawa ruang antara jasad-jasad
samawi bukanlah kosong,malah dipenuhi oleh material lain yang kita tidak
nampak?Saintis memanggilnya 'Dark Matter' dan ia mempunyai pengaruh
terhadap pergerakan jasad-jasad ini termasuk putaran paksi dan
orbitnya.Planet-planet boleh saja diperlahankan putaran,berhenti
berputar dan berputar songsang atau berhenti mengelilingi matahari.Ini
sifat-sifat planet dalam kajian astronomi moden.Sistem planet seperti
bumi seakan-akan metamorfosis.
S:Menarik
penerangan anda,tetapi boleh jelaskan lagi tentang
'metamorfosis'?Bagaimana yang dikatakan bumi seperti metamorfosis itu?
J:Bumi
sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak
tahu.Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang
kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'.Dua perubahan yang
popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift.Perubahan ini berkait
dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya,terdapat banyak
kitaran yang dikaji oleh para saintis,seperti kitaran 30 tahun,50
tahun,100 tahun,1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun,78000 tahun dan
26 juta tahun.Inilah maksud metamorfosis itu.Setiap kitaran menghasilkan
kesan-kesan secara fizikal,elektrik,elektromagnet,iklim atau
sebagainya.
Salah
satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan
akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan teori Kalendar
Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan
'solstice point'.Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga
akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat pemerhatian ada kaitan
pula dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik
saya,teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan
putaran bumi itu.Bumi sebenarnya ibarat rama-rama yang mengalami
metamorfosis;dari telur,beluncas,kepompong hinggalah kepada seekor
rama-rama yang cantik.
S:2012?Apakah sebenarnya yang berlaku?Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?
J:Siapa
kata bumi akan musnah pada 2012?Jika anda mengkaji Kalendar Maya
itu,anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu diberitahu oleh para
cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku pada bumi dalam
kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada tahun 2012.Para
sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil fenomena 2012
sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya orang awam sahaja
dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para konspirator dan
pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.
Saya
mempunyai kalendar Maya yang telah diterjemahkan kepada bentuk yang
mudah dibaca,dan anda tahu betapa kompleks kalendar ini.Semuanya
dilambangkan dengan karakter-karakter bergambar namun dapat menceritakan
selang masa beribu-ribu tahun!Cuba anda baca hasil kajian para saintis
ini dan bukannya percaya kepada para produser filem.Tetapi saya tidak
nafikan sesetengah dari mereka ini (para saintis) membuat kesimpulan
melulu mengatakan 'The Shift' itu adalah kiamat.
S:Anda
berkata bahawa perubahan itu merangkumi aspek
fizikal,elektrik,elektromagnet atau sebagainya,adakah ini boleh
mempengaruhi manusia?Maksud saya,tubuh badan atau otak manusia?
J:Saintis
Rusia telah menemui bahawa 97% dari ruang kosong di dalam DNA kita
adalah ruang kosong!Ruang kosong ini dipercayai oleh mereka diisi oleh
satu tenaga khas.Saya tidak berpendapat demikian.Ruang kosong ini
sebenarnya adalah kod-kod DNA yang masih belum difahami oleh saintis
itu.Kod-kod DNA ini ada yang aktif dan tidak aktif.Yang tidak aktif ini
akan menunggu pengaruh-pengaruh khas untuk mengaktifkannya.Saya
percaya,kaedah spiritual adalah salah satu cara untuk mengaktifkan
kod-kod ini.Satu lagi adalah berkaitan dengan 'The Shift' ini.
Perubahan
dalam kitaran semesta memberikan pengaruh kepada daya-daya yang
menyelubungi bumi.Sebenarnya perubahan ini boleh merubah kadar graviti
atau kelajuan daya elektromagnet dan sedikit perubahan pada 'setting'
daya-daya ini akan mempengaruhi pula pergerakan atom-atom yang membina
fizikal manusia.Gelombang elektromagnet atau kosmos akan mempengaruhi
pula gelombang otak manusia.Seterusnya ia juga akan mengisi apa yang
dinamakan 'ruang kosong' di dalam DNA tadi.Dalam kata lain,kod-kod DNA
manusia akan diaktifkan.Penjelasan seterusnya amat-amat sulit dan saya
berhenti setakat ini saja.
S:Apa
maksud anda?Kod DNA manusia diaktifkan,apa yang aktif?Selepas 'The
Shift' atau 2012 nanti apa yang akan berlaku kepada kita?
J:Saya
sudah jelaskan bahawa kenyataan saya hanya berhenti setakat ini saja
(Lonecryer berubah menjadi serius).Keputusan dari penyelidikan para
saintis ini adakalanya tidak boleh didedahkan kepada umum kerana salah
satu motto tempat saya bertugas ada mencatatkan bahawa "Kebenaran itu
kadangkala racun bagi yang tidak memahaminya".Saya faham,ada pengkaji
yang mengandaikan perubahan genetik akan berlaku dan manusia mungkin
berubah menjadi seperti X-Men!Hahaha...ini adalah pengaruh televisyen
dan komik.Sebenarnya tidaklah begitu.Ada rahsia lain.
S:Dari segi perubahan daya dan tenaga Bumi bagaimana?
==========================================================
Ini mengingatkan saya tentang laporan yang bocor dari Bilderberg di mana para peserta sibuk membincangkan tentang cuaca Bumi dan perubahan-perubahan iklim.
Jika ingin mengetahui apakah yang diketahui oleh The One-Eye 'The Wise Man'...kita mestilah tahu apa keputusan Pendeta Besar dia di perayaan 'The Feast of The Beast'. Perayaan ini terjadi selang 28 tahun dan keputusan besar harus terjadi selepas tahun 2010. Nama 'The Feast of The Beast' adalah istilah yang diletakkan oleh Springmeir namun saya ada nama lain untuk pesta ini.
The Coming of Messiah
'The Wise Man' adalah messiah untuk para pengikut mereka. Saya telah mengetahui bagaimana mereka melakukan ritual seks dan pelbagai perlakuan serupa haiwan sebagai adat dan protokol mereka ketika pesta aneh itu. Setiap kali 'The Wise Man' muncul,mereka akan menyambutnya dengan meriah. Perlu diingat,'The Wise Man' tidak akan mengisytiharkan kemunculan secara umum,kerana masanya BELUM TIBA. Jadi,dia hanya muncul dalam pesta sebegini untuk menimbulkan karisma dan misteri di kalangan pengikutnya.
The Wise Man tahu bagaimana dunia ini berfungsi,dan dia mengambil faedah darinya. Hadis Nabi s.a.w:
Hari Akhir tidak akan datang kepada kita sampai dataran Arab sekali lagi menjadi dataran berpadang rumput dan dipenuhi dengan sungai-sungai” (HR. Muslim)
Hadis ini mengandungi pengertian yang besar sekali tentang rahsia pengakhiran Zaman Ais dan Polar Shift. Ini bermakna,sebelum ini Jazirah Arab adalah beriklim sederhana dengan padang rumput dan sungai-sungai. Ini boleh terjadi jika kedudukan Arab teranjak ke utara sedikit atau berubah secara 'soltice point'.
Salah satu sifat bumi selepas Polar Shift dan Galactic Allignment ialah 'reformat' atau 'restart'. Salah satunya ialah kejadian Banjir Besar,di mana semua hidupan akan dimatikan kecuali yang terpilih untuk menyambung kehidupan. Bumi juga akan berubah kedudukan geografinya dan segala-galanya termasuk iklim akan berubah.
Penting untuk mengetahui semua ini kerana ia antara pengetahuan rahsia. NASA tidak akan memberitahu secara tepat dan sebenarnya pihak NASA memiliki arkib data-data yang amat mengejutkan tentang bumi dan alam semesta ini.
-M.O
@r3@1E