Friday, February 27, 2015

Nota Lodgekeeper 2015 Debut




Jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini,trend The Hidden Hand ialah menimbulkan lebih banyak watak-watak 'False Flag'.Jika anda pernah membaca tentang pasukan Panji-panji Hitam yang selalu muncul dalam hadis-hadis akhir zaman,nah...jika terdapat false flag tentangnya,maka ini membuktikan mereka mengambil serius tentangnya.

Watak false flag yang paling popular tentunya Osama Bin Laden,dan beliau sememangnya mempunyai kaitan dengan CIA,sebagaimana para pemimpin boneka Arab yang lain.

Namun watak false flag berlainan dengan para pemimpin yang dijadikan boneka,false flag actor bertindak seperti 'mole'.

Para Elit dari kalangan mereka amat mempercayai apa yang dinamakan sebagai Holy Scriptures.Michel de Nostredame pernah menyebutkan tentang Holy Scriptures ini,bahawa semua ramalannya berdasarkan apa yang disebut di dalam 'The Holy Scriptures'.

'The Holy Scriptures' yang didapati oleh Nostradamus itu adalah warisan datuknya yang mendapatkannya dari para pedagang di Baitul Maqdis.

Anda pasti dapat meneka apakah sebenarnya The Holy Scriptures itu.

"Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun."
 (Sunan Ibnu Majah)


 Ini adalah salah satu hadis yang menceritakan tentang 'Panji-panji Hitam' itu.Terma tentera Panji-panji Hitam sebenarnya menakutkan The Elite dan mereka bertindak membuat false flag untuk cuba mengalihkan pandangan dan membuat sebanyak mana kerosakan sebelum tiba the real 'Black Flags Armies' itu.

Sekarang telah bertebar banyak bukti bahawa tentera false flag kepada tentera Panji-panji Hitam itu,yang dipanggil sebagai ISIS itu adalah sebenarnya tentera Amerika atau kontraktor militari yang diupah untuk berlakon sebagai tentera Panji-panji Hitam.Kostum,lambang tatu,cara pengambaran video dan seterusnya semakin lama semakin jelak orang-orang yang memerhatikan gelagat mereka sekian lama.

Bersedia dengan seberapa banyak false flag selepas ini.Ini adalah zaman fitnah yang disebut-sebut itu.

-Lodgekeeper
Black Forest
12Jan15


(artikel penuh boleh diakses di sini untuk para Inner Circle: http://mistisfiles.historiansecret.com/ )

Thursday, February 26, 2015

The Meaning of Numbers and Ratio

09

Sejak zaman-berzaman manusia menggunakan angka-angka sebagai jalan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan perkara.Angka atau nombor digunakan untuk mengira dan mengukur,ia adalah alat atau perkakas yang amat berguna.Sesetengah manusia memandang angka-angka sebagai sesuatu yang ajaib dan ‘sacred';sesuatu yang mistik dan keramat.

Mereka mencari-cari maksud di sebalik kewujudan angka;ia adalah seperti mencari misteri kotak pandora di alam khayalan.Angka-angka itu,sebahagiannya menunjukkan keajaiban alam,menyingkap misteri dan rahsia semesta.Sebahagiannya membuka 1001 rahsia,hakikat kehidupan yang penuh tandatanya.

Salah satu manifestasi dari angka-angka adalah nisbah;ia seolah-olah menunjukkan kepada manusia,bahawa Sang Pencipta membina alam semesta ini dengan mengukur dengan teramat teliti dari satu titik ke satu titik,Dia…membinanya dengan aspek kejuruteraan yang agung dan klimaks.
Mengapa Dia menggunakan ANGKA-ANGKA itu?

Di sebalik angka dan nisbah,adalah satu rahsia Tuhan yang belum tersingkap,dan di sana adalah benar-benar menakjubkan.



The Meaning of Numbers and Ratio
Maksud Di sebalik Angka dan Nisbah






Golden ration 4
 
The spiral in a snail’s shell is the same mathematically as the spiral in the Milky Way galaxy, and it’s also the same mathematically as the spirals in our DNA. It’s the same ratio that you’ll find in very basic music that transcends cultures all over the world.
-Joseph Gordon-Levitt



Angka digunakan oleh manusia sebagai cara dan perkakas untuk manusia mengukur benda-benda dan alam di sekeliling mereka.Nombor atau angka-angka itu berguna untuk mengetahui takat atau had sesuatu,supaya dengannya manusia boleh bertindak sesuai dengan kemampuannya atau sesuai dengan hukum alam.Nampak di sini bahawa angka atau nombor itu merupakan petunjuk atau perlambangan yang difahami manusia untuk memahami sifat-sifat alam ini.

Apakah rahsia angka?Rahsianya ialah mengapa dalam keadaan tertentu,satu pengukuran yang tertentu dipilih untuk melambangkan sifat sesuatu benda,misalnya angka 7 digunakan untuk penciptaan alam semesta.Angka 5 digunakan untuk penciptaan tangan dan angka 6 digunakan untuk penciptaan kelopak bunga dan hablur.

Sesetengah manusia menganggap ia adalah angka yang ajaib dan memiliki maksud yang suci dan mistik.SEBENARNYA ia dipilih kerana ia adalah TAKAT YANG TELAH DIPROGRAMKAN oleh Sang Pencipta pada awal-awal lagi.Soalannya,mengapa ia diprogramkan menurut takat yang demikian?

(artikel penuh di MistisFiles)


 ============================
CARA UNTUK AKSES:
Klik:
MistisFiles

============================