Saturday, August 29, 2015
Jika Anda Tidak Tahu Bermain Catur,Belajarlah Bermain Catur
Siri 'The Chess':
1) "Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan"
2) "Sebenarnya kita semua sedang dicaturkan"
3) "Jika anda dicaturkan,keluarlah dari papan catur"
Semua artikel di atas berasal dari laman MistisFiles.Artikel pertama dikeluarkan pada 2011.Beberapa bahagian artikel atau tagline darinya telahpun berlegar di laman sosial dan blog sejak beberapa lama.
-M.O
Dunia hari ini tidak sama seperti dunia 100 tahun dahulu.Namun modus operandi sesetengah manusia tetap sama dengan tujuan yang sama.Cuma yang membezakannya ialah cara dan gaya yang digunakan,bersesuaian dengan trend masakini.
Seperti kita melihat satu papan catur dan bidak-bidaknya.Semua itu sama dengan peraturan yang sama sejak dahulu.Namun bagaimana untuk memenangi percaturan itu adalah perkara yang lain.
Golongan elit yang menguasai Amerika dan Israel sebagai contoh,menerbitkan lakonan Osama Bin Laden sebagai objektif bagi menggambarkan bahawa Islam adalah keganasan.Kini IS dicipta untuk objektif yang sama menggantikan al-Qaeda yang sudah luput tarikh.Inilah contoh mudah yang saya katakan tadi,bahawa bagaimana percaturan itu dibuat untuk objektif yang sama bagi trend yang berbeza.
Di Malaysia,percaturan adalah berbeza sebagaimana di negara-negara Arab.Di Timur Tengah,sentimen mudah dimainkan dengan ramalan aksi yang mudah diagak;tindakan agresif,tunjuk perasaan yang keterlaluan dan huru-hara yang dasyat serta perang saudara sesama sendiri yang berlarutan.Ini adalah psikologi dan sikap (attitude) kebiasaan orang-orang kebanyakan di negara-negara Arab dan jika anda lihat,formula yang sama digunakan oleh CIA untuk mengawal mereka sejak Perang Dunia Pertama.
Di Malaysia,pergerakan marhaennya perlahan.Kita ambil contoh bahawa populasi golongan pribumi (politik masih dikuasai orang Melayu) sebagai imej dominan negara ini adalah satu entiti yang kurang agresif apabila dicucuk menggunakan formula yang sama seperti di Timur Tengah.Momentum yang dihasilkan mereka adalah perlahan atau lembab dan mereka seringkali 'back to basic' iaitu seperti teringat kepada 'pesanan ibu-bapa'...adat resam,pantang larang,nasihat agama atau kesopanan dan kesusilaan atau saja yang menghalang mereka bersikap agresif seperti sanggup melakukan huru-hara,membunuh saudara-mara sendiri,menjadi pengebom berani mati dan sebagainya seperti di negara-negara Arab.
Jika sikap dan emosi marhaen di negara ini adalah seperti pemikiran marhaen di negara-negara Arab,saya pasti sudah tentu perdana menteri akan dibom,dibunuh,rumahnya dibakar atau satu keluarga ditembak mati,seperti yang kita saksikan berlaku kepada Saddam Hussein,Muammar Gaddafi,Rajiv Ghandi atau Benazir Bhutto.
Kita juga tiada kes mengamuk seperti yang seringkali dilakukan oleh orang-orang Barat dengan gaya menembak secara rambang kepada orang ramai di pawagam atau di mana saja kemudian membunuh diri.
Jadi apa yang saya ingin beritahu,bahawa,percaturannya ialah sama seperti yang dilakukan oleh pihak British yang berjaya mengawal populasi di sini selama lebih kurang 200 tahun.
Apakah itu?
PECAH DAN PERINTAH
Ini adalah slogan ajaib yang satu-satunya mampu membodohkan ramai orang di sini.Hanya dengan memecahbelahkan mereka semua dan kemudian barulah senang mengawal dan memerintah mereka yang mana kekuatan mereka dimusnahkan secara teratur.
Untuk mengawal yang mana paling bahaya di antara dua parti terbesar orang-orang Melayu/Islam,kita boleh melihat yang mana penting untuk dikawal.UMNO?Tidak.Ketuanan Melayu dan sentimen nasionalis tidak benar-benar kuat untuk proksi-proksi NED merasa goyang.
Yang perlu dimusnahkan ialah PAS,parti berimej Islam yang berdegil ingin menegakkan hukum Allah di muka bumi.
Jika isu nasionalisme kebangsaan,itu hanyalah hiburan bagi The Elite kerana nasionalis memang antara doktrin yang dicipta bagi menggalakkan anarki dan menimbulkan kesan PECAH DAN PERINTAH.Bagaimana Khilafah Uthmaniyyah runtuh?Apabila semua negara-negara Islam memiliki nasionalisme sendiri dan berpecah.
Apabila isu kenegaraan dan syariat Islam,maka ini adalah perkara maha penting yang perlu dicegah seawal mungkin.Anda boleh lihat bagaimana DAP mula menyerang presiden PAS dan tidak senang duduk apabila isu hukum Hudud makin digerakkan oleh PAS.Bukankah mereka sama-sama menentang BN?Tidak,DAP sebenarnya menentang usaha-usaha menegakkan syiar Islam,UMNO dan Ketuanan Melayu adalah perkara kedua atau ketiga.
Ini adalah isu yang sama ketika era penjajahan;British tidak menghalang adat dan budaya Melayu hatta sistem raja-raja namun untuk membudayakan agama dan syariatnya adalah tidak mungkin dibenarkan sama sekali.
Di dalam PAS sendiri ada 'mole' yang masing-masing ada kepentingan peribadi sendiri,secara konsepnya adalah sama,untuk memenuhi perut sendiri ketika hidup di dunia.Ini adalah 'bola tanggung' atau bidak umpan untuk memakan Kuda atau Ratu.
Jadi,PAS dipecahkan dengan memanfaatkan 'mole' tadi.Dana akan dibagi,segala bantuan dan suapan akan diberi,janji PAS mesti dimusnahkan.Klon PAS siap untuk dibina,gunanya untuk menentang PAS,memecahbelahkan undi umat Islam supaya semakin lemah dan semakin lemah.
Dalam sistem demokrasi,populasi majoriti boleh di-hack dengan MEMECAHBELAHKAN UNDI MEREKA.Apabila ini terjadi,majoriti akan terpecah-belah menjadi beberapa entiti,yang mana SETIAP SATU ENTITI TIDAK MAMPU melawan 'kuasa majoriti' yang tiba-tiba wujud dalam sebuah entiti minoriti yang bergabung secara konsisten.
PAS perlu dihukum,kerana 'dosa' mereka yang degil mahu meneruskan agenda Islam dan AlQuran.Islam adalah musuh paling ketat parti-parti sosialis dan liberal BUKANNYA parti berasaskan nasionalis,sebab nasionalisme,sosialisme dan liberalisme mendukung demokrasi yang diciptakan untuk mereka.
Sebab itu kita lihat dalam kes ini,ramai pejuang-pejuang agama tidak tahu cara untuk meletakkan diri dalam suasana majlis yang disediakan demokrasi.Mereka terlalu naif,bengap,nerd atau tersipu-sipu berdepan dengan wira-wira liberalis dan sosialis yang belajar tentang bagaimana bermain dalam permainan ini.
Pejuang-pejuang agama ini,ada yang tiba-tiba mendokong perjuangan kafir yang bertopengkan keamanan dan hak asasi,padahal apabila si kafir berkuasa kelak,semua hak asasi manusia akan dibela KECUALI AGAMA ISLAM.Itulah definisi mereka yang pejuang agama yang wannabe dan nerd ini tidak tahu.
Formula ini juga sama digunakan di Indonesia,kita boleh baca dan faham apabila melihat pergerakan politik di sekitar Jokowi dan Ahok.Modus operandinya sama dan ia dilakukan dengan begitu perlahan.
Majoriti umat Islam dipecah-pecahkan ke beberapa entiti,dalam entiti itu pula ia dipecah-pecahkan lagi.Seperti PAS yang sudah sedia berpecah dengan UMNO,maka dipecahkan kepada parti politik lain sebab masih degil beritiqamah dengan agama.Jika PAS mahu bersatu dengan UMNO,maka ia akan dihalang,bukannya sebab UMNO akan lebih berkuasa,tetapi untuk menghalang 'virus' Islam akan menyembuhkan daki nasionalisme butatuli UMNO itu.
PAS akan dikawal melalui klonnya.Klonnya akan menyembah dan menurut arahan si pengawal yakni parti sosialis-chauvinis itu tadi.Apabila melawan,mereka akan dilemahkan dengan guna-guna seperti 'melawan BN' atau 'melawan kerajaan yang korup' dan 'PAS sudah ikut UMNO'.
Yang hanya boleh bergabung dengan UMNO hanyalah proksi-proksi NED itu,gunanya untuk mengawal UMNO.PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO sebab itu tidak menguntungkan si kafir.Perpaduan umat adalah klise yang perlu dibodoh-bodohkan.
Sampai masa,di dalam UMNO dan PAS sudah ada 'mole' masing-masing.Kedua-duanya akan dikawal dengan 'mole' itu.Taktik ini digunakan oleh PKR untuk mengawal PAS sejak sekian lama,namun semua 'mole' dibersihkan dalam pemilihan mereka yang lepas.
Adakah cara untuk memang di papan catur?Sudah tentu ada.Caranya ialah dengan me-reverse balik segala pergerakan catur mereka.Semua entiti yang berpecah mesti bersatu,atau bergabung dalam kepelbagaian bagi mengaburi mata (sebagaimana yang dibuat oleh orang Cina dengan MCA dan DAP).Apabila ini terjadi,DIVIDE sudah tidak bermakna dan RULE tidak akan terjadi.
Semua pejuang agama mesti belajar memahami pergerakan politik musuh-musuh Allah,bukannya menganggap ia adalah teori konspirasi dan karut.Belajar pergerakan Christian Zionist,NED,CIA, Trilateral Commission dan sebagainya.Jika anda masih berfikiran terkebelakang,suatu hari nanti,anda pun akan mengaji 'AlQuran' yang dicipta mereka.
Setiap pihak perlu pandai dan berwaspada.Kerana setiap bidak catur dicaturkan dengan penuh muslihat dan tipudaya.Apabila anda tidak biasa bermain catur,anda akan dipermainkan di atas papan catur.Kekalahan anda tidak lagi menjadi selera si pengawal,namun rasa kekok dan teragak-agak anda adalah hiburan dan gelak ketawa mereka.Setiap pencatur sudah pasti dan mesti pandai bermain catur termasuk anda,anda tidak boleh berpura-pura pandai bermain catur.Jika anda tidak tahu bermain catur,belajarlah bermain catur.
-M.O
@r3@ 1E
Wednesday, August 5, 2015
Alter Terahsia Bangsa Melayu V : The Secret Key to Mount Ophir
Sekitar tahun 1923,sekumpulan pengkaji Inggeris telah menemui sekumpulan skrol di sebuah lubang di pinggir Tasik Galilee.Kumpulan skrol itu ditunjuk oleh para pekerja pembinaan yang melihatnya seperti sesuatu yang amat tua dan bernilai.Para pengkaji itu membawanya skrol-skrol yang diperbuat dari kulit yang dikeringkan itu ke muzium di Britain dan mula membuat terjemahan dan kajian.Nampaknya tulisan di skrol itu adalah dari jenis skrip Aramaik era pertengahan.
Skrol itu berisi kandungan yang bercampur-campur,antara berupa ajaran-ajaran bersifat keagamaan,sedikit ilmu kerohanian purba seakan-akan Kabbalah dan catatan-catatan yang kabur seperti diari.
Namun,di antara isi kandungan skrol-skrol itu terdapat sesuatu yang memeranjatkan para pengkaji tersebut....
Di sana tertulis perkataan ...Mala dan Ophir....
Pada tahun 1920,sebuah dokumen berusia abad ke-16 telah dicetak di Sepanyol.Dokumen itu berasal dari Archivos de Indias de Sevilla yang termuat dalam satu jilid bertajuk Coleccion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas.
Anehnya,pada dokumen bernombor 98,mukasurat 112-138,telah menceritakan jalan ke "Ophir".
Di sana,dalam dokumen itu menyimpulkan bahawa Ophir itu terletak..."...dari China,menghala ke laut...di antara banyak kepulauan,di mana orang-orang Maluku,China dan 'Lequios' bertemu untuk berdagang.."
'Lequios' adalah satu kaum yang misteri,dilabel oleh pengembara Sepanyol sebagai '...group of Hebrews who settled around Ophir..'
Kemudian ditemui dalam bahasa purba 'Sri Visaya' di Filipina dicatatkan perkataan 'Malayu' bermaksud 'Mala' dalam bahasa Ibrani Kuno yang membawa erti 'memenuhi'.
Dalam karya Rounsevelle Wildman yang diterbitkan dalam tahun 1899,beliau mencatatkan,setelah menemui beberapa orang Melayu yang dikatakan 'menyimpan rahsia keturunan' mereka tentang emas dan 'Ophir':
"...all the articles mentioned in the Biblical account of Mount Ophir are found in and about Malacca in abundance, while on the coast of Africa two of them, peacocks and silver, are missing.."
Semua ini semakin mendebarkan apabila ditemui pula terpahat pada batu bersurat di Kemboja,kira-kira 20 kilometer dari Kompong Cham,dalam perenggan berisi puji-pujian kepada Bhavavarman I:
"...mala malayu iva malayam raja"
..yang bermaksud:'Mala Kings of Malayu' (Raja-raja Mala dari Malayu)...
....
.......
..
Ada sesuatu di sana...
..
..
Di dalam skrol purba itu...
..
..
..
..
..
yang juga diketahui oleh Infante Dom Henrique de Avis
...
..
... tentang JALAN KE OPHIR..
..
..
.
.
tentang siapakah Mala itu...
..
.
.
.
.dan Ophir...
.
.
.
...
MALA DARI MALAYU
.
.
.
.
.
.
MISTISFILES
MEMPERSEMBAHKAN
sebuah karya Srikandi
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU V
"The Secret Key to Mount Ophir"
Menampilkan:
Artikel subcourse "The Cradle of King Mata-hari"
1) Kesultanan Melaka dalam rekod Ming
2) Asal-usul Orang Melayu dari bukti MtDNA
3) Orang Thai berasal dari Malayo-Polinesia?
4) Rahsia Orang Laut: Voyages of the Pyramid Builders
5) Asal-usul perkataan 'Jawa'
6) Asal-usul perkataan 'Melayu'
7) Asal-usul Orang Melayu dari kajian tekstil
Artikel pengiring ""The Possessor of Black Mengkong":
1) Panca Persada: Rahsia Bakong dan Borobudur
2) The Tomb of Beruas Kings: The Secret of Prasat Kraham & Preah Vihear
3) The Mengkong Kings & Emperors
4) The Ancient Rites of Black Mengkong
Alter Terahsia Bangsa Melayu V : The Secret Key to Mount Ophir
Artikel utama:
1) The King Solomon's 'Cayman' Mines
2) The White Spiritual Boy
3) The Green Agreement
4) Nazi Gold
5) The Srivijayan's "Pool of Gold Bar"
6) The Road to Tarshish & Ophir
7) The Secret Key to Mount Ophir
====================================================
CARA AKSES BAGI MEMBACA ATBM V >> http://goo.gl/1QBIQK
=====================================================
HANYA DI MISTISFILES!!
http://mistisfiles.historiansecret.com/
Dark Vatican VI: Conclave of The Babylonian Magus
Kita telah membincangkan,bagaimana pengaruh pagan dari tradisi sistem dewa-dewi Rom,Greek dan Jerman/Skandinavia telah mempengaruhi perayaan-perayaan serta tradisi tertentu dalam dunia Katolik.
Namun di sana,di dalam tradisi kepaderian dan kebaktian gereja,tersembunyi rahsia paling penting dan ini adalah antara faktor-faktor yang memungkinkan Dua Kunci Sulit Terbesar dunia Kristian mesti disembunyikan dari pengetahuan umum.
Beribu-ribu tahun lamanya,sebelum pagan Eropah bangkit pada tahun-tahun kegemilangannya,dan sebelum para pengarang Veda menuliskan cerita tentang dewa-dewi Hindu mereka,para maharaja dan kesatria Babilon berperang untuk mempertahankan empayar mereka dan meluaskan jajahan.Sesetengah raja adalah begitu menggerunkan akibat kezaliman dan kegagahan mereka,sesetengahnya menganut fahaman sihir.
“Conclave Of The Babylonian Magus”
“…On her forehead: Mystery Babylon the Great, the Mother of Prostitutes and of the Abomination of the Earth..”
Babilon adalah ibukota kepada empayar-empayar teragung dalam sejarah Sumeria,malah sejarah dunia.Trend,tradisi dan pop-culture kota ini telah menjadi ikutan dan mempengaruhi sosi-budaya di tempat-tempat sezamannya.Ia seperti trend global,memandangkan puncak ketamadunan sebahagiannya disaksikan di sekitar Sumeria.
Agama misteri Babilon,’misteri’ bermaksud tidak diketahui sistemnya,adalah satu penjajahan budaya yang penting ke dalam hegemoninya.Bukti paling mengesankan ialah,budaya Vedic yang memiliki kaitan dengan apa yang berlaku di sekitar Babilon,sejak Empayar Parsi menaklukinya dan menyerap kerajaan Media (Madyan).
Dari sini,agama misteri Babilon menjalar dan menyerap ke dalam budaya Eropah.Kemudian,ketika era permulaan Kristian,ia diaduk ke dalam ‘perjanjian’ pihak Maharaja Constatine untuk menerima Kristian ke dalam empayarnya.Inilah sejarah,di mana menjelaskan,bagaimana unsur-unsur keagamaan Babilon boleh menyerap ke dalam Dunia Katolik.
=========================================
CARA UNTUK AKSES>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================================
The Dark Vatican V: The Jesuit
Untuk memahami The Black Mass,kita mesti faham bagaimana adat dan tradisi pagan mula-mula meresap masuk ke dalam tradisi Katolik.Sejarah menyaksikan bagaimana para paderi dan kardinal berdebat di dalam persidangan-persidangan ‘menentukan keimanan’ seperti Persidangan Nicaea yang terkenal itu setelah lebih kurang 300 tahun setelah Jesus tiada.
Terdapat empat aliran kepaderian utama di dalam dunia Katolik; Benedectine,Franciscan,Dominican dan Jesuit.
Setiap aliran kepaderian,memiliki gaya bagaimana mereka menyerap secara rahsia,simbol-simbol kebaktian pagan pada masa silam secara teramat halus.
Ketika yang lainnya meneruskan kepada adat kebaktian dari order lama pagan,yang lainnya bersembunyi dalam ritual gelap zaman Rom,yang lainnya…lebih bijak,menguruskan organisasi bawahtanah yang menyusup ke dalam politik dan sosial.
“The Jesuit”
“…the Bible, that serpent which with head erect and eyes flashing, threatens us (the Jesuits) with its venom while it trails along the ground, shall be changed into a rod as soon as we (the Jesuits) are able to seize it…”
Artikel ini hanyalah untuk memberitahu anda semua,bahawa Jesuit adalah kakitangan kepausan untuk kerja-kerja hitam ‘mereka’.Memang di sana telah ada beberapa aliran kepaderian,namun yang ini;Jesuit…adalah khas untuk memikul segala sisi hitam dalam pelacuran politik antarabangsa gereja.
Sememangnya The Hidden Hand gemar menubuhkan cawangan pemikirannya malah cawangan operasinya di pelbagai bidang;ekonomi,politik,sosio-budaya dan keagamaan,dengan matlamat untuk mengawal dan menguasai semua bidang itu.
Jesuit berperanan untuk melindungi sisi hitam itu,dengan kepura-puraan mengamalkan aliran atau satu cabang tarekat dalam kepaderian,sepertimana Franciscan atau Dominican,namun wajah sebenarnya ialah operasi politik di segenap tempat yang menerima pengaruh Kristian.Ini adalah rancangan bijak yang sukar untuk dibuat tuduhan atau dakwaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)