Monday, March 17, 2014

Hermit: The Internal Jammer Codename for 'The Operation'









Masa: 8 am
Tarikh: 15 Mac 2014
Medium: Media sosial
Media Sosial: Codename "The Skywalker"






Petikan:

HT: .........

SK: Hermit,ada di sana?

HT: Di mana kita sebelum ini?
SK: Saya ada bertanya mengapa radar-radar tidak cepat mengesan pesawat MH370 sejurus selepas transponder dimatikan?


 .*******************

SK: Boleh jelaskan.Siapa yang memilih?Permainan apa?
HT: Ada di antara mereka mengetahui akan senario yang akan terjadi kepada MH70.Soalannya mengapa mereka memilih untuk terus menaiki pesawat itu.
SK: Boleh berikan petunjuk?

 ************************



HT: .....persoalannya,adakah staff yang menjaga radar itu peka dengan tugasnya?Adakah dia peka dengan rekod-rekod radar?Dan ada persoalan lain yang lebih penting.




SK: Apa dia?
HT: Adakah kita telah MEMBINA CUKUP STESEN RADAR ...

 
HT: Lambat...terlampau lambat.

Dalam petikan yang lain...
HT: Faktor yang paling mudah ialah,pergerakannya yang pelik,iaitu pesawat yang berpatah balik itu didapati akibat kronologi pergerakan atau isyarat tidak linear,keduanya data-fata satelit yang diperolehi menunjukan rujuksilang yang sama,juga laporan data-data yang telah dikaji dan diproses dari pelbagai pihak seperti FAA,NTSB dan AAIB menunjukkan pandangan yang sama.


HT: Ada beberapa cara.Pertama,seperti yang saya jelaskan di dalam artikel,beberapa .....


SK: Kemudian?
HT: Ia akan mengiringi XXXXXXXXX satu lokasi XXXXXXX
 SK: Takkan mereka menggunakan?Untuk apa?






Petikan seterusnya...
Saya percaya bahawa setiap perancangan manusia yang berniat jahat akan tumpas dengan pertolongan dari Allah swt.Walau bagaimana teknologi canggih digunakan,mereka tidak akan mampu mengatasi bantuan dari Allah swt kepada orang yang teraniaya.


(Disediakan oleh Srikandi)




========================

Artikel penuh boleh dibaca di MistisFiles & MistisJournal.

Cara untuk mengakses: 
 Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj


Wednesday, March 12, 2014

MH370: The Code of 'Human Limitation'




Salam sejahtera,


Kita semua sudah maklum tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.Khabarnya pesawat ini telah berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac yang lepas dan dijangka akan tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.Namun pada pukul 1.30 pagi,dikatakan pesawat MH370 itu terputus hubungan sekitar Kota Bahru.

Soalannya,di manakah sebenarnya pesawat MH370 itu?

petikan yang lain...

Manusia bergantung kepada sains dan teknologi untuk bertindak.Tanpa sains dan teknologi maka manusia akan menjadi buntu untuk menyelesaikan masalah.Kebergantungan manusia kepada teknologi menyebabkan manusia tidak mampu melihat cara lain,sebab sebenarnya manusia berhidup di bumi yang masih banyak mengandungi perkara yang 'di luar teknologi' manusia.

Petikan yang lain...

Dalam kes Air France Flight 447 di mana pesawat itu telah jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 dan membunuh 228 orang,dilaporkan bahawa ia adalah kesilapan teknikal.

Ia mengambil masa selama hampir dua tahun untuk mengesan lokasi bangkai pesawat yang tenggelam di celah-celah banjaran gunung di dasar laut.Tentunya ia pencarian yang amat sukar di celah-celah jurang atau 'pergunungan' dasar laut dalam itu.

Soalannya,mengapa ia mengambil masa yang lama untuk dikesan?

 

petikan yang lain...

Namun dalam kes MH370,sebenarnya masalah 'tiub pitot' beku tidak mungkin akan berlaku berdasarkan cuaca dan pengalaman terkini dimana masalah tersebut sudah diselesaikan oleh teknologi yang terbaru.Katakan masalah yang sama berlaku,di mana MH370 menjunam?Pastilah di Laut China Selatan bukan?

Perkembangan terkini,'mereka' tidak menjumpai apa-apa di sekitar laut antara Malaysia dan Vietnam.Ini aneh.Pesawat itu tidak jatuh ke dalam laut.Satelit juga gagal memetakan topografi kawasan yang disyaki untuk menemukan apa-apa tanda bangkai pesawat.

Soalannya,bagaimana jika ia menjunam di daratan?

Petikan yang lain... 


Radar biasa adalah berfungsi secara asas sahaja,iaitu hanya mengesan kesan pantulan isyarat radar pada objek.Ia akan menentukan sasarannya apabila isyarat radar dipantulkan dan muncul sebagai 'blip' pada skrin.Lebih besar objek,lebih besarlah kadar pantulan tadi.Namun transponder memperbaiki isyarat pantulan tadi sehingga mampu memberikan maklumat tambahan kepada kawalan trafik.

Bagaimana jika ia ditutup?

petikan yang lain...

Tidak perlu diceritakan di sini bagaimana radar tidak atau kurang berkeupayaan mengesan pesawat 'stealth' seperti B-2 Spirit atau F-22 Raptor.Rekabentul,bahan yang digunakan dan teknologi pemintas radar adalah jawapannya.



petikan dari artikel penuh...

Apa yang saya terangkan di atas adalah dalam sudut teknologi sahaja.Apa yang berlaku dalam kekuasaan Allah Yang Maha Esa.Tiada pasir yang bergerak di dasar lautan semuanya dalam pengetahuan Allah.Tiada daun-daun yang bergerak semuanya dalam ilmu Allah.Tiada semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di malam yang kelam,juga tiada cacing yang bergerak di sebalik batu hitam di dasar lautan yang dalam di malam yang gelap di kala mendung yang kelam,

Semuanya di bawah kekuasaan dan pengetahuan Allah swt.

Manusia akan mengetahui betapa besarnya kuasa Allah swt apabila semua ilmu dan kepandaiannya mencapai keterbatasan.Sains dan teknologi tidak mampu membantunya lagi.Di saat itu manusia akan melihat kepada kuasa yang lebih tinggi darinya.

Jika ada tangan-tangan manusia merancang kehilangan MH370,pasti dan pasti perancangan Dia lebih hebat dan mengatasi perancangan manusia-manusia tadi.


-Hermit
Sepang
12.Mac.2014

 ========================

Artikel penuh boleh dibaca di MistisFiles & MistisJournal.

Cara untuk mengakses: 
 Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj

Peraturannya: Siapa cepat dia akan akses dahulu.Kuota sudah hampir penuh.
=========================



Tuesday, March 4, 2014

Pintu-pintu Langit




Di sepanjang sejarah,sesetengah manusia percaya bahawa di langit itu ada sebuah pintu yang menuju ke dunia lain.Seringkali mereka memandang ke atas dan berfikir,

"Apakah yang ada di atas sana?"

Sama ada ketika langit membiru cerah di waktu siang mahupun ketika malam dengan bintang-bintang bergemerlapan...langit sememangnya menimbulkan 1001 misteri.Langit yang gelap itu menimbulkan sensasi dan misteri.Langit yang cerah itu menimbulkan harapan dan kegembiraan.

Kadangkala,corak bintang-bintang dan gemerlapannya menimbulkan perasaan ingin tahu manusia.Perasaan ingin tahu yang adakah ada sesuatu di atas sana.Adakah di sana terdapatnya 'pintu-pintu langit'?






"The Stargate"


 


... the star, which shineth in the heavens.
May he hold the Beginning and the Future, may they pay homage unto him,
Saying, "He who forced his way through the midst of Tiamat without resting,
Let his name be Nibiru, 'the Seizer of the Midst'!
For the stars of heaven he upheld the paths,
He shepherded all the gods like sheep!


-The Seventh Tablet,Enuma Elish






Petikan dari MistisFiles:


Sesungguhnya, tiada siapa yang kini menjangkakan 'satu kehidupan yang maju' pada mana-mana planet atau bulan-bulan di dalam Sistem Suria kita.Tetapi matahari kita hanya salah satu bintang di kalangan berbilion-bilion bintang.Dalam keluasan ruang jauh di luar Sistem Suria kita sendiri kita boleh mengandaikan tiada apa-apa di sana.Ahli astronomi telah menemui,hanya dalam tempoh lima tahun yang lalu,banyak bintang mempunyai sistem planet mereka sendiri.Terdapat berjuta-juta Sistem Suria lain.


Dalam subtopik:


Nabi Yusuf dan mimpi StarGate

Perlambangan sebelas bintang,matahari dan bulan dalam mimpi Nabi Yusuf itu mewakili kosmos semesta yang tunduk kepada manusia;yakni Nabi Yusuf yang merupakan sebab mengapa terwujudnya segala kosmos itu.Mengapa tanda-tanda kenabian Nabi Yusuf diwakili oleh jasad-jasad alam semesta?

Dalam subtopik:
  
Tempat menyimpan rahsia di dalam Piramid




 Piramid adalah salah satu 'tangga' untuk menuju ke 'The Stargate'.

Seperkara yang menarik,'The Stargate' yang dibina oleh Firaun itu menggunakan teknologi yang hebat dan memakan masa bertahun-tahun untuk dibina,menunjukkan Firaun benar-benar serius ingin 'melihat Tuhan'.Ini adalah salah satu projek pembinaan terbesar oleh Firaun.


Sebelumnya,seorang saintis Belgium, Guy Demortier,telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid.Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Seterusnya

* Kalimah yang menembusi Stargate
*Penjuru-penjuru Langit

Pastikan anda terus bersama MistisFiles!


Cara untuk akses:

Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj