(foto menunjukkan hulubalang-hulubalang Melayu sebagai pengawal Jayavarman II,foto diambil dari sebuah kuil pra-Angkor)
Catatan: Ini adalah artikel ketiga dalam siri kempen 'The Cursed Pyramid of Tasek Chini' di MistisFiles:
1) The Cursed Pyramid of Tasek Chini
2) The Pyramid of Sailendra and Hidden Blueprint of Jayavarman II
3) Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga-Ligor
4) Hubungan Bangsasura & Dewasura
5) The 'West Baray' of Chini & Secret Tunnel to 'Cursed Pyramid'
Selamat membaca.
-M.O
============================================{***}===========
Suryavarman I adalah anak seorang raja Melayu dari sebuah
Malay city-states
(disebut negeri Melayu) bernama Tambraliga atau Ligor di dalam
hikayat-hikayat Melayu klasik.Ayahnya,sering dinyatakan sebagai Sujita
atau Sochita (dalam riwayat Siam) adalah raja Tambralinga yang
mengahwini kerabat raja Khmer.
Hasil perkahwinan inilah,Suryavarman I dilahirkan.
Apakah kaitan raja ini kepada rahsia piramid di Tasik Chini? Suryavarman I telah membaca
BLUEPRINT KEDUA
yang amat sulit,berkaitan sistem pengairan kuno kaum-kaum
Proto-Austronesia yang diamalkan oleh kerajaan Bama dan Chini di Pahang
sebelum Sri Dharmaraja menaklukinya dengan salah seorang
gabenornya,Maharaja Dewasura yang disebut dalam
Sulalatus Salatin.
Semua
itu,dibaca bersama-sama 'blueprint piramid' dari catatan raja-raja
sebelumnya sehingga sampai ke Jayavarman II yang mempelajari seni
'architecture' piramid kerabat Melayu Sailendra,yang sebelum itu
memiliki hubungan dengan kerabat Melayu purba di Pahang yang
disebut-sebut dalam riwayat Siam purba sebagai 'Thauh" dalam bahasa
Melayu Tamra dalam riwayat 'Mukh Batoh' yang tersimpan dalam sebuah wat
purba di Ranong.
Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga
dari ‘layout’ Sailendra Yang Mewarisi Pelan Piramid Kerajaan Melayu Kuno Chini
"...atas perintah Kamraten An Maharadja
Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik
bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi..."
(Prasasti Grahi,Thailand)
Legenda
raja-raja Melayu memindahkan teknologi dan kepandaian di kalangan orang
Khmer ini menjadi seakan taboo di kalangan orang Thai dengan mengatakan
bahawa 'orang Khom' inilah yang mengajar peradaban kepada Khmer malah
membina juga kuil-kuil dan istana-istana di Kemboja.
Siapakah 'Khom' itu?
Perkara ini menjadi 'puzzle' di kalangan sarjana sejarah seperti Micheal Vickery dan Coedes.
Ini
sangat aneh apabila para penjajah Perancis menduduki Kemboja,mereka
menemui sekian banyak kesan-kesan sejarah namun apabila ditanyakan
kepada penduduk tempatan,mereka seolah-olah juga baru mengetahui tentang
peradaban itu.Henry Mouhot,pengembara Perancis antara terawal menjumpai
tapak Angkor Wat amat sukar mempercayai bahawa orang Khmer telah
membina binaan sehebat itu.Sedangkan orang Khmer sendiri yang menjadi
pekerja dan pembantunya dalam membersihkan tapak Angkor Wat itu juga
tidak mengetahui apa-apa berkenaan binaan itu.
Diceritakan bahawa
apabila penjelajah Perancis itu bertanyakan siapakah yang membina Angkor
Wat itu,orang-orang Khmer yang mengikutinya menjawab,ia dibina oleh
'orang asing'.
Orang lain yang mengetahui siapakah di sebalik
arkitek yang memberikan idea atau yang membina semua projek-projek
pembinaan di Angkor adalah orang-orang Lao dan Thai yang mula membanjiri
Indochina sejak abad ke 10 Masehi apabila kerajaan Nanchou di Yunnan
berpecah.Mungkin mereka sangsi kerana yang membayangi orang Khmer
adalah raja-raja dari 'orang Khom' ini.Ini adalah misteri yang tersimpan
dalam lukisan-lukisan purba di wat-wat tersembunyi di pedalaman
Thailand.
Sepertimana Jayavarman II yang membawa senibina dan
kejuruteraan arkitek dinasti Melayu Sailendra ke Kemboja,maka
Suryavarman II pula membawa seni takungan air raja-raja Melayu Pahang
dan Perak purba.Kota yang dikelilingi air adalah aspek penting
negarakota Melayu pada masa silam.
Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar
khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah meng-
himpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupi pintu kotanya, dan bangunan-bangunan
pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air
(Sulalatus Salatin)
Kita
membincangkan tentang ciri-ciri negarakota Melayu yang tidak dibina
berdekatan dengan laut,tetapi yang dibina jauh ke pedalaman darat,namun
berdekatan dengan TASIK.Dan tasik itu mesti bukan tasik yang terkepung
(landlocked) tetapi memiliki aliran yang terus ke laut.Inilah dia TASIK
PAUH JANGGI,iaitu tasik sumber kehidupan kepada negarakota-negarakota
Melayu di sebelah darat,yang tersembunyi dan tenggelam!
Bentuk Topografi Tasik Tonle Sap
Tasik
Tonle Sap ialah sebuah tasik air tawar yang terbesar di Kemboja
sekaligus di Asia Tenggara. Iamembekalkan sumber air minuman kepada
penduduk Angkor. Selain itu, pada musim banjir, limpahan air dari Sungai
Mekong akan mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, keluasan
tasik ini menjadi 300.78 km persegi.
Pada musim kemarau, kawasan
tasik ini menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang subur. Selain
itu, tasik ini juga membekalkan sumber protein seperti ikan kepada
penduduk sekitar. Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan
penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan.
Sumber
air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi bagi
menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan
seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.
Kita boleh simpulkan bahawa Tasik Tonle Sap:
1. Tonle Sap di Kampuchea merupakan tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara.
2. Perikanan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Tonle Sap.
3. Kegiatan perikanan di Tonle Sap dijalankan pada sepanjang tahun. Ikan yang ditangkap
adalah untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan juga dieksport.
4. Ikan mudah ditangkap pada musim kemarau kerana airnya cetek. (air tasik surut sehingga
1.52 meter).
5. Tonle Sap juga penting sebagai pusat pelancongan. Pelancong dapat menaiki kapal ke Tonle
Sap melalui Sungai Mekong.
6. Tonle Sap membekalkan air untuk kegunaan domestik penduduk tempatan dan kawasan
pertanian.
Kita
tahu bahawa tasik ini mengalir ke Sungai Mekong dan terus ke laut.Jadi
ia sebenarnya mampu memberikan akses ke laut melalui Sungai
Mekong.Membina penempatan di sini adalah amat sesuai.Suryavarman I telah
nampak situasi ini,namun apakah yang membuatkan beliau mengambil
keputusan untuk membina takungan West Baray?Ini adalah aneh.
Lihat
foto di atas,ini adalah Tasik Tonle Sap dengan bentuk 'pauh' iaitu
sejenis mempelam.Suryavarman I telah melihat betapa 'pauh' ini begitu
banyak di Tasik Chini,namun hanya satu sahaja,dalam bentuk yang besar di
Tonle Sap.Apa kepentingan 'pauh' sehingga Suryavarman I bersusah-payah
membina West Baray?
Projek West Baray Suryavarman I
Kita
ulangkaji kembali 'bluprint' projek takungan air anak raja Melayu dari
negeri Ligor itu yang bernama Si Jagat Raya atau Kamraten Jagad Rajya
(sebutan Khmer), Suryavarman I.
West
Baray adalah panggilan bahasa Inggeris kepada tasik atau kawasan
tadahan buatan untuk menampung air di Angkor, Kemboja.
Tasik buatan ini
memanjang dari barat ke timur dan terletak tepat di luar tembok barat
kota Angkor Thom. Berbentuk persegi panjang berukuran sekitar 7.8 km x
2.1 km,West Baray adalah takungan buatan terbesar di kawasan Angkor. Air
tasik ditahan oleh struktur tebing tinggi dari tanah. Di tengah
takungan terdapat candi Mebon Barat, sebuah candi Hindu yang dibangun di
atas sebuah pulau buatan.
Pembangunan takungan ini
mungkin dimulakan pada abad ke-11 pada masa pemerintahan Raja
Suryavarman I dan kemudian disambung pada masa pemerintahan Raja
Udayadityavarman II.
Para arkitek Angkor mungkin membangun tasik
ini dengan membaiki struktur yang sudah dibangun sebelumnya.Kawasan
saluran di timur misalnya, mungkin dibangun dari bahagian parit yang
mengelilingi ibu kota Raja Yasovarman, dengan candi Phnom Bakheng tepat
berdiri di tengahnya. Pada bahagian lainnya, pembangunan takungan
kemungkinan juga menenggelamkan kawasan permukiman. Tebing di selatan
misalnya, pada sebahagian strukturnya menimbun candi
piramid dari
bata, Ak Yum. Di dasar sebelah barat tasik atau takungan itu terlihat
bekas-bekas permukiman, penelitian arkeologi menemukan dasar tembok,
tangga, dan pecahan tembikar. Sebuah prasasti yang ditemukan di tempat
ini, berusia sejak tahun 713 Masehi, memastikan adanya permukiman yang
telah ada lebih dulu, menyatakan bahawa sebidang kawasan persawahan
dipersembahkan kepada Ratu Jayadevi (atau Jamadevi dari Haripunjaya?).
Arkeolog
Perancis awal percaya bahwa West Baray berfungsi sebagai rizab
penampungan air untuk mengairi saluran pengairan pada musim
kemarau.Penelitian kemudian menunjukkan bahawa fungsi utamanya adalah
fungsi simbolik,sebagai mitos laut suci dalam kepercayaan Hindu, dengan
candi Mebon Barat sebagai pusatnya. Di masa kini, sebuah pintu air
pengairan dibangun di bahagian selatan tasik,memungkinkan pengairan
kawasan persawahan di selatan takungan itu. Kini takungan itu mampu
menampung air di sebelah barat sepanjang tahun. Pada musim hujan air
naik dan menyentuh tebing di bahagian timur.
Jika anda
perasan,projek ini dimulakan oleh Suryavarman I yang mewakili kedua-dua
kerajaan; Angkor dan Sri Dharmaraja.Konsep takungan air ini sebenarnya
adalah ciri-ciri teknologi kerajaan purba Melayu di masa silam yang mahu
menyambungkan kawasan pedalaman darat dengan sungai atau laut.
AKSES KE LAUT PADA MASA DAHULU ADALAH SEPERTI MENGAKSES KEPADA LEBUHRAYA PERDAGANGAN MARITIM.
Namun pada masa yang sama,ia digunakan untuk tujuan tadahan air dan juga dibina pulau buatan serta 'PIRAMID-PIRAMID'.
Ini
bukanlah aneh,kerana teknologi piramid sudah lama dikenal oleh orang
Kemboja,sejak raja pertama Angkor membawa pengetahuan itu dari BOROBUDUR
DAN MELAYU SAILENDRA,DINASTI PALING BERKUASA EMPERIUM SRIVIJAYA.
Ciri-ciri Topografi Muka Bumi Tasik Chini
Tasik
Chini adalah salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan
Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan
tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera.
Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Jika
kita perhatikan Tasik Chini memiliki '12 tasik' atau 'laut' yang
sebenarnya takungan yang sebahagiannya tidak terpisah malah masih
berhubung antara satu sama lain.Ia juga mewujudkan pulau seperti Pulau
Balai,yang kita lihat berada di tengah.Semua tasik ini dihubungkan ke
Sungai Pahang melalui Sungai Chini dan akan menuju ke laut melalui
Pekan,Pahang.
Apakah maksud semua ini?
TASIK CHINI ADALAH SEBUAH BEKAS SEBUAH IBUKOTA SATU KERAJAAN PURBA.
Kedudukannya
yang strategik dan kemudahan akses ke laut adalah amat sesuai untuk
dijadikan penempatan atau ibukota.Melalui sungai Pahang,kedudukannya ke
laut tidaklah begitu jauh.Penduduk akan memperolehi air segar dari tasik
dan pada masa yang sama boleh mengakses ke laut melalui Sungai Chini
dan Sungai Pahang.
INILAH TASIK PAUH JANGGI YANG AMAT IDEAL.
'Blueprint' Tasik Pauh Janggi
Apakah Tasik Pauh Janggi?Mengapa ia sangat popular di kalangan orang Melayu purba?
Dalam
sejarah negeri Perak kawasan air pusar di Beting Beras Basah dikenali
sebagai Tasik Pauh Janggi bagi pengamal perubatan tradisional, ilmu
persilatan dan ilmu batin. Asal nama Pauh itu disebut sebagai Pawa.
Kawasan ini menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib. Kawasan
ini juga merupakan tempat perhimpunan makhluk ghaib diseluruh dunia.
Pauh
Janggi juga merujuk kepada kelapa laut dan Sepoh Janggi atau 'Pulau
Janggi' iaitu antara alat kebesaran Kesultanan Brunei adalah diperbuat
dari tumbuhan ini.
Apakah maksud 'Pulau Janggi'?Semuanya ini
memacu kepada mitos yang sama;sama ada TASIK atau PULAU,ia adalah
berkaitan dengan satu kawasan tadahan air yang besar.
Seperkara
lagi,buah Pauh Janggi atau kelapa laut ini banyak terdapat di Thailand
dan Kemboja dan dikenali sebagai buah 'Ta' oleh masyarakat Kelantan.
Apakah rahsia dari semua ini?Mari kita lihat peta Tasik Tonle Sap:
Lihat
nama-nama seperti 'Battambang',Kampong Thom,Kampong Luong dan Kampung
Chhnang.Battambang adalah bekas negeri Melayu yang direkod sebagai
Malayang dalam rekod era Angkor yang bernaung di bawah Empayar Angkor.
Kampong
dalam istilah Khmer ialah 'pelabuhan' atau 'pangkalan'.Namun,ini agak
aneh sebab ia lebih kepada kawasan penempatan daripada semata-mata
pelabuhan.Ini menunjukkan legenda kampung-kampung orang Melayu yang
dibina berdekatan sungai dan laut untuk akses ke perdagangan
laut,berbanding dengan kehidupan orang Khmer yang bersifat agraria.
Kita
bayangkan,sebelum orang Chenla (negeri asal bangsa Khmer) tiba di Tasik
Tonle Sap atau 'Tasik Pauh Janggi' ini,telah wujud beberapa negeri atau
negarakota di sekeliling tasik.Inilah dia yang dinamakan 'Malayang'
atau negeri-negeri Melayu dalam satu inskripsi Angkor.Selepas perluasan
kuasa oleh Chenla,orang-orang Melayu di sana sama ada berasimilasi
dengan bangsa Khmer atau pun bergerak ke selatan seperti ke Segenting
Kra.
Ini adalah misteri yang tersembunyi dalam legenda Tasik Pauh Janggi.
Persoalannya,mengapa Suryavarman I ingin membina West Baray walaupun tahu ia berdekatan dengan tasik air tawar yang besar?
Rahsianya
merentasi beratus-ratus tahun ke belakang,sebelum Jayavarman II
menyeludup 'blueprint' piramid Sailendra ke Kemboja,ketika Srivijaya
menduduki Cahaya dan Lawasanggaratha (Chiang Mai).
NANTIKAN SIRI TERAKHIR YANG SEMAKIN MENDEBARKAN.
HANYA DI MISTISFILES...