Monday, April 28, 2014

The Gatekeepers







Apabila manusia mula mempercayai bahawa alam ini adalah sebenarnya bukan tunggal atau satu secara teknikalnya,maka mereka mula melihat kepelbagaian.Apabila mereka melihat kepada model keperbagaian ini-yang dipacu oleh istilah hiperdimensi (hyperdimension) dan alam berbilang (multiuniverse),maka mereka mula mengkaji tentang lapisan-lapisan di antara dimensi.

Mengapa?Adalah lebih mudah untuk mengkaji lapisan (shell) ini sementara mahu melihat keseluruhan dimensi-dimensi yang pelbagai tetapi ternyata nampak seakan-akan satu.Jika kita berada di dalam gelap di dalam sebuah bilik,kita cenderung untuk meraba-raba dengan tujuan mencapai dinding atau penjuru untuk mengagak kedudukan.

Setiap lapisan dan 'dinding' ini mempunyai pintu,kerana setiap dimensi mampu berhubung di antara satu sama lain.Dimensi atau alam-alam ini boleh direntasi,ya...melalui pintu-pintu ini dan setiap pintu mempunyai sistem mereka yang tersendiri,iaitu



'The Gatekeepers'









“Why it's simply impassible!
Alice: Why, don't you mean impossible?
Door: No, I do mean impassible. (chuckles) Nothing's impossible!”

― Lewis Carroll, Alice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass




Dalam artikel pengiring untuk siri The Heavengate: The Gate of Yehova II dalam siri kempen The Sacred Geometry,kami akan mengupas tentang perbincangan hangat dunia Fizik Teori tentang kewujudan hiperdimensi dan alam pelbagai ini dan yang penting;setiap dimensi pelbagai ini ada penjuru dan dinding yang berpintu,dan setiap pintu terdapat para penjaganya iaitu 'The Gatekeepers'.Secara teknikal dan saintifik,ia semacam sistem yang berfungsi untuk mengawal entiti yang keluar masuk dari dimensi ke dimensi.Secara falsafah,ia adalah para penjaga yang ditugaskan untuk menjaga pintu dan setiap orang yang mahu merentasi dimensi mestilah berdepan dengan para penjaga ini sebelum dibenarkan masuk ke dalam dimensi atau alam itu.

Antara topik-topik yang dibincangkan di dalam laporan ini adalah:

-Hiperdimensi
-Teori String
-Mekanik Kuantum
-Kosmologi
-Lapisan-lapisan antara dimensi (shell)
-Brane
-Sempadan antara ruang
-'The Gatekeepers' atau penjaga antara ruang. (dalam Fizik Kosmologi ia dipanggil 'sistem')
-Konsep Vedic dalam menerangkan sempadan (shell) antara dimensi
-Alam semesta berbilang
-Penjaga-penjaga Langit yang disebut dalam AlQuran
-Penjuru Langit dan Sempadan Langit
-Teori M
-Syarat merentasi antara dimensi
-Tahap dimensi
-Penjaga Langit yang mengawal amal naik ke atas
-Penjaga Langit yang melempar api

Kesimpulannya,apabila didapati bahawa terdapat kewujudan The Gatekeepers,maka kita tahu bahawa di sana ada pintu-pintu yang dijaga.Maka,kewujudan pintu-pintu ini adalah manifestasi kepada dinding,atau lapisan (shell) yang membentuk ruang alam atau dimensi tadi.Alam atau dimensi adalah sesuatu yang tercipta,maka apa jua yang tercipta mempunya had atau sempadannya.Maka kewujudan sempadan-sempadan ini,memungkinkan pencerahan kepada apa yang dipanggil alam pelbagai (multiuniverse),alam berserenjang (parallel universe) atau hiperdimensi (hyperdimension).



The Gatekeepers dalam AlQuran

Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

(al-Jin: 8-9)

Alam ini mempunyai dimensi atau ruang-ruang yang tidak mampu dicapai manusia,soalannya,mengapa ia memerlukan penjagaan yang ketat?Jawapannya,ia tidak mampu dicapai oleh kudrat manusia setakat ini,namun mampu dicapai oleh makhluk-makhluk lain seperti jin dan syaitan.Kewujudan malaikat-malaikat penjaga ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menunjukkan kebesaran-Nya.

Semua ini boleh dibaca di dalam MistisFiles dan MistisJournal.


-M.O


Cara untuk akses:

Klik sini>> http://goo.gl/aUdiXj



6 comments:

  1. setan kan bekas ketua kpd malaikat, mesti la dia tahu selok belok alam langit ..

    ReplyDelete
  2. Lps nabi muhammad saw lahir, maka tertutup la segala pintu langit dan jin2 tak lg sesuka hati mengintai rahsia langit..

    ReplyDelete
  3. Bukan setan la encik karim..iblis la...ini sume salah umno..

    ReplyDelete
  4. yang paling pontingnyer...
    madah paling berbisa dialaf mutakhir ini...

    'takkan melayu hilang di cakerawala'

    ketaq pale lutuk yahud sosat tuh wihihi..
    salam dari melayu bintang sirus.

    ReplyDelete
  5. Peristiwa Isra' Mi'raj banyak menceritakan rahsia antara dimensi. Semasa rasulullah berada di masjidil Aqsa, baginda menjadi imam solat kepada seluruh nabi (yang berada di alam barzakh). Kemudian semasa naik ke langit, ada berjumpa dengan rasul-rasul tertentu di setiap tingkat langit.

    Dr Jamnul Azhar Mulkan yang suka mengkaji sains mengatakan yang sekiranya manusia boleh bergerak pada kelajuan cahaja, bergerak antara dimensi adalah mudah sahaja. Persoalannya, manusia tidak dicipta untuk bergerak pada kelajuan cahaya tetapi amalan manusia bergerak pada kelajuan cahaya ke hadrat ilahi.

    ReplyDelete