Ketika era Bintang Tiga, pihak Bintang Tiga (Malayan People's Anti-Japanese Army) yang merupakan cabang bersenjata dari Parti Komunis Malaya telah bermaharajalela setelah kekalahan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Tanah Melayu menjadi kosong dari apa-apa pentadbiran pusat. Maka kira-kira 14 hari, Bintang Tiga 'mendapat kuasa' tidak rasmi di Tanah Melayu. Ini kerana mereka telah memiliki senjata-senjata api hasil tinggalan askar Jepun dan juga bekalan dari British yang sebelumnya adalah merupakan sekutu mereka dalam usaha menumpaskan pihak Jepun. Apa yang mereka buat apabila mendapat 'kuasa' itu?
Tentera Bintang Tiga menyerbu ke kampung-kampung membunuh orang Melayu yang dituduh sebagai talibarut Jepun. Pembunuhan ini adalah tanpa apa-apa perbicaraan dan mahkamah.
Kemudian, pihak Komunis di Tanah Melayu mengatakan mereka ingin menjatuhkan British. Maka orang kampung dihasut untuk menyertai mereka, jika tidak, mereka akan dituduh sebagai talibarut British. Ada juga orang Melayu yang menyertai Komunis dan akhirnya disuruh membunuh orang kampung yang disyaki sewenang-wenangnya tanpa apa-apa mahkamah atau perbicaraan yang sah. Melayu disuruh bunuh Melayu, ini real dan paling terkenal adalah dalam Tragedi Bukit Kepong.
Pihak Komunis menculik orang kampung dan dibunuh. Terutamanya ketua kampung dan guru agama. Orang-orang Melayu yang bekerja mencari sesuap nasi dengan kerajaan seperti polis, kerani dan sebagainya dibunuh. Keluarga mereka seperti wanita dan kanak-kanak dikumpulkan dalam rumah/bangunan dan dibakar hidup-hidup tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Pada masa itu tidak ada media sosial yang cepat menularkan berita-berita kejam seperti ini di sana-sini. Hanya memori mangsa-mangsa yang terlibat menjadi saksi kekejaman pihak Komunis.
Tokoh-tokoh pihak Komunis berbangsa Melayu seperti Mat Indera diangkat sebagai hero oleh DAP dan orang-orang Melayu suruhannya. Mereka juga membela Chin Peng. Bagaimana dengan orang-orang kampung yang dibunuh mereka (komunis) ini? Adakah mereka 'mati katak'? DAP dan Melayu suruhannya mengatakan orang Melayu yang dibunuh itu layak mati kerana mereka ejen British. Semudah itu? Beratus-ratus orang Melayu dibunuh tanpa apa-apa perbicaraan mahkamah dituduh membutatuli sebagai ejen British? Mengapa mereka begitu pasti membuat kenyataan pukul rata seperti ini? Paling menakjubkan ada juga 'ustaz' yang bekerja dengan DAP 'terpaksa' mengiakan juga padahal dia pun tidak pasti tentang masalah itu.
Orang kampung yang tidak bersalah, hanya mahu hidup tenang dan mencari rezeki, hidup secara pacifist: damai, telah diperlakukan dengan kejam dan sewenang-wenangnya. Melayu 'bunuh' Melayu apabila diperkudakan orang lain malangnya masih wujud sampai ke hari ini
Melayu 'Screw' Melayu
Idea Melayu 'screw' Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru, apabila Lee Kuan Yew telahpun menggunakan cara ini untuk berkuasa. Lee Kuan Yew memakai songkok di tengah-tengah kampung orang Melayu, berwajah dan bermulut manis. Orang-orang Melayu dipujuk dan ramai yang menjadi hamba suruhannya. Selepas mendapat kuasa, bermulalah pelan menjadikan orang Melayu warga kelas terakhir di Singapura. Nasi sudah menjadi bubur dan keadaan mereka kekal begitu sampai ke hari ini.
Ini akan berlaku kepada orang-orang Melayu yang cuba untuk memperhambakan diri dengan DAP, tidak terkecuali, Tun Dr. Mahathir sendiri.
Perhatikan video ini:
Video Nga Kor Ming
Baru-baru ini tular berkenaan rakaman video yang memaparkan Nga Kor Ming, pengerusi DAP Perak yang jelas menghina dan mempersendakan Tun Dr. Mahathir yang antara lain menggambarkan bahawa DAP hanya mempergunakannya dalam merebut kuasa di Malaysia.
Kenyataannya amat menarik kerana sama dengan kenyataan oleh Superman Hew. Ini merumuskan bahawa memang Tun Dr. Mahathir sedang dipergunakan oleh DAP dan kita lihat Lim Kit Siang sekalipun hanya rileks sahaja manakala saban hari imej Tun di mainkan dan Tun sendiri seolah-olah bekerja keras untuk DAP dan HARAPAN.
Ada seorang Melayu yang membela Nga Kor Ming mengatakan bahawa terjemahan video di atas tidak tepat. Perhatikan:
Namun setelah dipertikaikan oleh seorang pembaca, Afyan Mat Rawi yang merujuk video ini kepada seorang yang juga tahu berbahasa Cina, orang yang bernama Mohd Shahrul ini mendiamkan diri.
Malah Mohd Shahrul sempat berusaha untuk membela Nga Kor Ming sebelum penipuannya terkantoi:
Ini juga disahkan oleh netizen-netizen yang lain berkenaan terjemahan video itu:
Dari sini kita tahu bagaimana hamba DAP dari kalangan Melayu berfikir dan jiwanya bagaimana. Kebanyakan darinya tidak membuat banyak rujukan dan hanya angguk-angguk geleng-geleng, tipikal hamba suruhan yang ideal untuk DAP.
Kenyataan ini bertepatan dengan ceramah oleh seorang pemimpin DAP yang lain. Perhatikan:
Maka pelan DAP ialah memperkudakan Tun Dr. Mahathir dan selepas itu menyepaknya keluar. Kemungkinan Tun akan ditangkap dan dibicarakan selepas habis term 2 tahun itu atau sengaja diguling dengan membuat undi tidak percaya atau macam-macam lagi tipuhelah perundangan dan politik.
Kemaskini Terkini Isu Video Nga Kor Ming
Baru-baru ini Datuk Seri Dr. Wan Azizah telah mengecam Nga Kor Ming atas ucapan kasar dan biadapnya kepada Tun Dr. Mahathir. Ini menunjukkan banyak perkara tersirat:
1) Terjemahan Bahasa Melayu untuk video itu adalah tepat, apa yang diterjemahkan sama dengan isi hati Nga Kor Ming dan itulah yang dimaksudkannya. Jika tidak benar, sudah tentu Wan Azizah akan menafikannya terjemahan itu atau membela Nga Kor Ming sementelah ramai saja kawan-kawan Cinanya akan membantu menjelaskan maksud video itu.
2) Sikap DAP yang masih sama terhadap Tun. Dendam yang sama.
3) Pelan DAP untuk memperkudakan Tun memang terbukti benar dengan kecaman dari PKR, rakan dalam pakatan sendiri
4) Tanda-tanda 'Game of Thrones' sesama parti di dalam Pakatan Harapan yang semakin kuat baunya
Kita tunggu apakah drama lagi selepas ini. Sama ada menang atau tidak Pakatan Harapan, pasti ada drama yang menarik.
Adakah Tun Dr. Mahathir Tahu Tentang Ini?
Kemungkinan ini sudah ada dalam kepala Tun, namun Tun ada alasannya yang tersendiri untuk menyingkirkan Dato Seri Najib Razak. Salah satunya ialah kerjaya anaknya sebagai ahli politik, kelangsungan kekayaan dirinya, kawan dan anak cucunya dan legasinya di Malaysia. Jadi, mungkin Tun ada pelannya sendiri untuk menghapuskan DAP dan lain-lain yang mungkin akan mengancam pihaknya. Dua tahun berkuasa macam-macam boleh dibuat.
Huru-Hara
Jika ini berlaku, maka Malaysia mungkin dalam keadaan tidak stabil dengan drama konflik perebutan kuasa antara Tun Dr. Mahathir, DAP dan PKR. Cantas mencantas, serangan fitnah yang bertaliarus dan sebagainya. DAP akan menggerakkan seluruh Red Bean Army-nya untuk mengharungi 'Game of Thrones' ini. Parti Amanah bolehlah diabaikan kerana umum mengetahui bahawa ia adalah parti tunggangan DAP.
Semua pemimpin parti dalam Pakatan Harapan sudah pasti inginkan kuasa paling tinggi, yakni perdana menteri. Adakah DAP membiarkan sahaja Tun berterusan memerintah dan kemudian mewariskannya kepada anaknya, Dato Seri Mukhriz? Atau adakah PKR membiarkan sahaja DAP dan Tun bersaing merebut kerusi panas itu? Dalam keadaan ini suara Parti Amanah akan tenggelam dan imej Islamik progresifnya itu tidak berguna sama sekali, tidak praktikal kepada masyarakat dan diketepikan dengan mudah. Mereka tidak ada kuasa dan tidak ada suara.
Tun tidak akan semudah itu membiarkan DAP berterusan menjadi de facto dalam Pakatan Harapan. Apabila Tun naik dengan mengenepikan DAP, beliau akan berdepan dengan PKR yang mungkin akan kembali bereformasi dan bergabung dengan reformis tulen seperti Chegu Bard.
Rakyat paling merana, diletihkan dengan drama-drama politik yang biasanya berlaku di luarnegara dalam berita TV.
Apa Kata Melayu-melayu Dalam Pakatan Harapan Yang De Facto-Nya ialah DAP?
Kita boleh lihat betapa Pakatan Harapan mengusung Tun ke sana sini, begitu juga dengan Nik Omar. Mereka jelas diperah keringat dan tenaga untuk menjadi 'frontman' bagi Pakatan Harapan. Sama ada Pakatan Harapan menang atau tidak PRU kali ini, kita bakal menyaksikan apakah layanan yang DAP akan beri kepada Nik Omar dan Tun selepas 9 Mei. Ini adalah benar-benar masa untuk berpopcorn.
Nik Omar berpendirian beliau tidak menentang dasar PAS yang sememangnya berkait dengan Islam, tetapi beralasan strategi PAS yang berjuang sendirian dan tidak bergabung dengan parti lain adalah tidak bijak untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Masalahnya, dengan siapa beliau hendak bergabung? Bolehkah bergabung dengan syaitan dengan matlamat hendak menyepak si Iblis?
Adakah beliau setuju dengan semua dasar-dasar DAP? Semua propaganda dan gerakan DAP yang jelas melawan dasar Islam? Adakah itu semua 'luka kecil' jika dibandingkan dengan pentadbiran Dato Seri Najib? Apakah amat pentingnya menjatuhkan sosok tubuh manusia bernama Najib itu, adakah dia telah membunuh orang Islam? Bukankah Nik Omar boleh berdakwah kepadanya atau mendoakannya sungguh-sungguh di dalam solat malam? Adakah Nik Omar telah hadir dan mendengar sendiri penerangan oleh Arul Kanda dan lain-lain tentang isu-isu yang berbangkit serta dasar-dasar kerajaan mengenai perancangan ekonomi negara sebelum membuat apa-apa tuduhan? Perlu ada bukti dan hujah terperinci bagaimana Najib merompak duit rakyat, misalnya.
Nik Omar memang kompeten dalam bidangnya, yakni bidang agama Islam, namun belum tentu faham sepak terajang politik yang umumnya mengambil faham Machiavelli. Apa yang dibimbangkan, beliau hanya diperkudakan oleh politikus Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.
Tipikalnya, apa jua isu-isu tentang orang Melayu dan penganut Islam yang ditentang, dikacau, dicabul atau diganggu oleh DAP, semua Melayu-melayu Islam bawahan mereka akan mendiamkan diri malah membela tindakan DAP itu. Ini paling epik berlaku dalam Parti Amanah yang complete menjadi hamba sahaya DAP. Namakan apa jua isu - arak, penghinaan ke atas Islam, isu pendidikan negara dan sebagainya, Melayu-melayu Islam dalam Pakatan Harapan tidak berani bersuara ke atas DAP malah yang tahu agama akan menunggang agama demi membela DAP. Apabila mereka tidak berguna, DAP akan membuang mereka dan kemudian kita akan menyaksikan drama seterusnya - mereka menyalahkan DAP seperti yang berlaku kepada Zaid Ibrahim.
Melayu-melayu ini akan berkokok tentang kejahatan DAP, tiba-tiba mendedahkan itu dan ini namun semua telah terlambat. Ini adalah harga yang mesti dibayar oleh sikap khianat kepada orang Melayu dan agamanya sendiri. Takkanlah semua Melayu-melayu ini tidak tahu dan mengkaji latarbelakang DAP? Adakah mereka ini sudah dibayar? Jika dia seorang yang rugi yang malang yang dibangsatkan tak mengapa, tapi ini melibatkan nasib seluruh anak bangsa.
Memang DAP akan menganaktirikan orang Melayu dalam apa jua urusannya. Jangan haraplah mereka mahu bagi muka kecuali ingin memperkudakan orang Melayu yang bodoh tadi.
Kasihan Orang Kampung & Melayu Miskin Bandar
Orang Melayu di kampung-kampung tidak tahu bahawa mereka akan 'dituduh' lagi macam-macam apabila 'next Komunis' akan berkuasa kelak. Walaupun mereka memiliki populasi besar, tetapi suara mereka tidak sevokal warganegara lain yang lebih minoriti. Keadaan mereka yang begini kadang-kadang dipergunakan oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional untuk mengabaikan mereka namun sebaliknya amat memerhatikan suara orang Cina yang lebih vokal dalam menyuarakan hak.
UMNO khususnya perlu menjaga kebajikan masyarakat Melayu luar bandar ini dan bumiputra yang lain terbukti saban pilihanraya, Barisan Nasional bergantung kepada undi mereka. Undi bukan bumiputra selalu swing ke DAP, mengapa perlu terhegeh-hegeh mengemis lagi undi mereka.
UMNO sepatutnya mengenepikan sahaja tuntutan aneh seperti pengiktirafan kepada UEC dan kekal menjaga perlembagaan negara, Kontrak Sosial dan dasar-dasar negara. Tidak patut mengorbankan orang Melayu dan bumiputra semata-mata untuk mengejar sejemput undi yang tak pasti. Seluruh bukan bumiputra mengundi DAP sekalipun tidak akan mampu melawan semua undi orang Melayu dan bumiputra yang setia dengan kerajaan.
Kasihan orang kampung dan Melayu miskin bandar yang tidak mengerti percaturan ke atas mereka. Populasi mereka terpecah-pecah atas nafsu politikus Melayu yang bodoh padahal mereka boleh bersatu untuk agenda bumiputra yang lebih praktikal dan berkesan dalam hidup mereka di tanahair mereka sendiri.
Apa pun, orang Melayu tidak harus membiarkan diri mereka dijajah lagi sewenang-wenangnya. Tidak patut orang Melayu menyerahkan nasib dan nyawa mereka kepada Melayu-melayu korup dan blur yang telah menyerahkan 'roh' mereka kepada DAP. Sultan-sultan tidak memiliki kuasa dalam hal pilihanraya ini. Hanya orang Melayulah yang tertanggung satu amanah berat untuk menyelamatkan diri mereka masing- masing dari malapetaka ini.
*Kemaskini: Apa Nak Buat, Wahai Orang Kampung?
Selepas kenyataan kecaman presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah terhadap ucapan Nga Kor Ming yang biadap terhadap Tun Dr. Mahathir tempoh hari, kita sudah tahu perancangan DAP itu memang benar. Bukan sahaja nasib Tun Dr. Mahathir yang tidak ketahuan, nasib orang Melayu dan bumiputra juga akan tidak ketahuan punca juga.
Jadi sebagai panduan mengundi nanti, adalah lebih selamat untuk orang Melayu di kampung-kampung atau miskin bandar mengundi:
1) Calon-calon Islam yang benar-benar bekerja untuk rakyat, mengutamakan dalam membela Melayu Islam & Bumiputra disamping berlaku adil kepada bukan bumiputra/non muslim.
2) Undi kepada 3rd Force yang betul-betul kuat yang bukan dari BN atau PH, jadi apabila BN atau PH hampir membentuk kerajaan, mereka tidak dapat kuasa yang betul-betul mutlak dan perlukan 'Kingmaker' untuk sertai mereka. 'Kingmaker' boleh letakkan syarat apa saja dan boleh pilih mana-mana yang ikut syarat 'Kingmaker'.
'Kingmaker' ini mungkin gabungan Buzze Azam, PAS, PSM dan sebagainya.
3) BN atau PH yang tidak dapat membentuk kerajaan yang solid atau mutlak, akan lebih berhati-hati dengan rakyat. Sama juga dengan 3rd Force tadi. Masing-masing akan bekerja keras dalam menjuarai isu rakyat. Ugutannya dalam PRU seterusnya, rakyat bawahan akan tentukan siapa yang lebih bekerja untuk rakyat dalam kerajaan. Menjadi 'pembangkang' yang mentadbir dalam kerajaan lebih berkesan dari menjadi pembangkang yang tidak ada kuasa dalam kerajaan. Prestasi kelompok mana dalam mentadbir kerajaan akan dibuat keputusan oleh rakyat.
Ini sebagai panduan sahaja. Undi adalah rahsia. Semoga Tuhan memberkati kita semua.
-MF
Benar, Yang sedihnya ramai org Melayu kita ada mentaliti "matlamat menhalalkan cara". Sedih, ramai Islam tapi tak sedar. Islam tiada istilah matlamat menghalalkan cara, hanya wahyu, the right way always, everywhere and all the time, no matter the cost.
ReplyDeleteSape buzze azam?
ReplyDeleteSalam tuan, apakah pandangan tuan terhadap status kerajaan baru kita sekarang ni? Bagaimana ketua kerajaan baru kita berhadapan dengan puak puak elite yang sememangnya kita tahu sedang sibuk cucuk negara kita melalui proksi proksi mereka. Ataupun, adakah parti yang baru ini merupakan proksi the elite yang cuba masuk dalam politik malaysia?
ReplyDelete